16 tahun dah berlalu sejak aku tinggalkan zaman sekolah rendah, skkmt. tapi baru sekarang aku tahu, baru hari ni aku tahu salah sorang kawan lama aku dah lama pergi menghadap Ilahi. 7 tahun selepas pemergian dia, baru hari ni aku tahu. Berita ni pun aku tahu selepas terjumpa balik sorang kawan lama masa zaman sekolah rendah dulu. sehinggakan kelmarin aku masih menyangkakan dia masih ada. Ya Allah, singkatnya hidup ini. aku terasa bagaikan baru semalam bertemu dia, bermain bersama, mkn bersama, belajar dlm kelas yg sama dan balik sekolah bersama. Dan sekarang dia dah tiada. Ya Tuhan, aku tak berkesempatan pun utk menziarahi arwah buat kali terakhir. kalau menangis pun, aku tetap takkan berpeluang utk putarkan balik masa.
walaupun dia dah pergi selamanya, hanya kenangan lama yg masih aku ada sekarang. kenangan bersama dia. setiap kali tersebut nama dia, aku pasti akan teringat kenangan waktu darjah 1 bila mana dia terbongkok2 mencari coklatnya yg terjatuh dlm air tepi pagar sekolah agama. sweet memory...
"Semoga Engkau Ditempatkan Dikalangan Orang2 Yang Beriman, Kawanku Shahrul Nizam"
4 comments:
Sedeynye...!! Nk buat macam mana telah ketentuan Ilahi.
hidup ni terlalu singkat kan. hari ni kita bersama dia, esok dia dah hilang dari pandangan mata
aminnn....sekurang2 nyer kenangan tu masih mampu dikenangka kembali..
hanya tinggal secebis kenangan yg cukup berharga
Post a Comment