kelmarin aku terjumpa dgn seorang atuk. dengan kopiah di kepala, berjalan terbongkok2 menggunakan tongkat. aku berhenti ditepi jalan dan bertanya sesuatu kepada dia. tapi pendengarannya sudah tidak setajam seperti usia muda sehingga aku terpaksa kuatkan suara. dgn lembut dia menjawab pertanyaan aku. selepas mengucapkan terima kasih, aku berlalu pergi ke tempat yg dituju.
satu persatu rumah aku singgah hinggalah tiba disebuah rumah kayu. didepan pintu kelihatan sekujur tubuh sdg terbaring. ahh!! rupannya atuk yg aku temui pagi tadi. dia bangun dan mempersilakan aku naik. belum sempat aku membuka mulut, dia mula membuka cerita tentang dirinya. waktu masih ada kudrat dulu, dia menyara hidup dgn mengayuh beca. pernah berkahwin tapi tidak mempunyai zuriat sehinggalah suatu hari isterinya lari meninggalkannya. sejak itu dia hidup sendirian dirumah pusaka itu. waktu siang kalau tidak sakit, dia akan berjalan sana sini utk menghilangkan rasa sunyi. waktu malam dia tidur keseorangan kalau tiada anak jiran yg sudi dtg menemani. makan minum hanya mengharapkan belas ihsan dari jiran2 yg sudi membantu. tersentuh hati aku bila dgr kisah dia.
hari ini, aku bertemu lagi dgn atuk. bila dia nampak aku, terus dia datang. tersenyum berdiri disebelah aku. walaupun sudah bertongkat, dia masih sanggup berjalan sejauh ini. atuk atuk... esok, entahlah aku tak tahu samada akan bertemu dgn nya lagi atau tak. apa pun aku harapkan agar kita semua menyayangi warga tua. jgn sesekali dilontarkan mereka ke rumah kebajikan. aku teringat kata2 atuk tadi, "dulu orang nok anto atuk ke umoh orang tua tapi atuk tak moh. atuk lagi suka kalu mati kat umoh atuk sediri.."
5 comments:
alamak..siye nyo ko atuk tuh..awk memang x kenal dia ek?
sedih sgt part bini dia lari, sejak tu dia duk sorg² huhuhu
sedihnye..sian atuk tu....
e.l.i.z.@ - mmg tak kenal langsung... dia terus tinggal kat umah tu sbb berharap kalau2 1 ari nanti bini dia balik
Hawa - sedih.. terbayang lak kalu2 terima nasib mcm dia bila tua nanti..
InsyaAllah kalu betul didikan kite pada anak dan isteri/suami..perkara ni tak kan berlaku..yang penting sentiasa merapatkan diri dengan Allah Taala
mungkin ader silap kt maner2....
kita yg muda harus menjadikan panduan dan pengajaran...
semoga atuk tu tabah terima dugaan hidup ini...
anda adalah insan yg baikkk
Post a Comment