Kisah Umar bin Abdul Aziz - sejurus selepas beliau dilantik menjadi khalifah, dia menghilang diri dan tidak kelihatan di khalayak ramai selama 2 hari. Seseorang bertanya pada anak Umar, "di mana ayah kamu?" anaknya menjawab, "semenjak dia dilantik menjadi khalifah, dia menjadi terlalu takut sehinggakan berkurung di dalam bilik. Dia menangis setiap masa sehingga saya lihat janggutnya sentiasa basah dengan air mata.
Zaman sekarang jawatan pemimpin jadi idaman dan rebutan. Sanggup bermatian matian menindas dan menjatuhkan orang lain untuk merebutnya.
Hendak berlaku adil dalam kepimipinan dan pemerintahan saperti yang di kehendaki oleh Allah bukanlah mudah. Sedangkan pemimpin dan pemerintah yang tidak adil, akan di rejam ke dalam neraka. Dalam sejarah dunia, hanya beberapa kerat sahaja pemimpin yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga. Selain mereka, semuanya ke neraka.
Apakah kita suka kiranya jawatan pemimpin itu membukakan pintu neraka untuk kita? Tidak, bukan? Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya kita tercalon untuk jadi pemimpin. Sebab umumnya ramai pemimpin gagal dalam tugasnya. Lihat dunia di sekeliling, mana ada lagi pemimpin dan pemerintah yang adil. Di akhir zaman ini adalah satu pembohongan jika ada pihak yang melaungkan dia boleh memimpin dan memerintah lebih adil dari pemerintah yang ada.
Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit. Orang yang ingat Allah akan rasa tidak munasabah untuk merebut jawatan pemimpin. Kalau ada orang yang lebih baik hendak ambil jawatan pemimpin dari kita, kita sepatutnya bersyukur. Ibarat kita di suruh panjat pokok kelapa? Bahaya kan? Kalaulah ada orang lain boleh panjat, kita rasa lega. Demikianlah untuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa.

sumber: blogtokwan.blogspot.com
Nota: Semalam aku diarahkan turut serta dlm serbuan ke asrama kediaman siswa/siswi. Budak2 sekarang mmg tak tahu hargai kemudahan yg diberikan. Baru seminggu dua mendaftar masuk ke universiti, dah pecah pintu bilik ditendangnya.. Ganas betul...