Sunday, June 12, 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011

Akhirnya kemenangan mutlak milik Terengganu yang menamatkan kemarau selama 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung penuh dramatik, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. 

Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira pasukan Penyu apabila berjaya menjaringkan gol penentuan kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 selepas tempoh 90 minit berakhir.

Kali terakhir Terengganu menjulang trofi itu ialah pada 2000 setelah menewaskan Pulau Pinang melalui sepakan penalti 5-3 apabila kedudukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan. 

Beraksi dengan disaksikan kira-kira 85,000 penyokong kedua-dua pasukan, Terengganu dan Kelantan bermula garang apabila masing-masing saling berbalas serangan dan perlawanan yang seimbang turut mengheret sehingga ke minit -79 untuk Kelantan mememcah kebuntuan dengan gol pendahuluan. 

Mohd Nurul Azwan Roya, menghadiahkan gol pertama itu untuk skuad `The Red Warrior’ ceria buat seketika. 

Sebelum itu, skuad anak didik Irfan Bakti Abu Salim berpeluang mendapat gol awal pada minit ke-20 menerusi penyerang sensasi, Abdul Hadi Yahaya yang membuat sepakan percubaan dari dalam kotak penalti, namun ketangkasan penjaga gol Kebangsaan yang menjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menafikan cubaan itu. 

Malah, Kelantan turut mendapat peluang terbaiknya pada minit ke-40 tetapi sepakan kencang penyerang berbisa Norshahrul Idlan Talaha berjaya ditepis keluar penjaga gawang Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli. 

Pada minit ke-68, anak didik Datuk M. Karathu gagal menyudahkan peluang terbaik apabila penjaga gol skuad Penyu 'lemas' dan gagal menangkap kemas percubaan Mohd Ramzul. 

Jaringan pertama kelantan langsung tidak mematahkan semangat juang pemain Terengganu yang tangkas bangkit mengatur serangan untuk memaksa Kelantan bertahan, dan hasilnya skuad Penyu memperolehi gol penyamaan pada masa kecederaan hasil kesilapan pemain pertahanan negeri Cik Siti Wan Kembang, Daudsu yang tertanduk bola ke gawang sendiri. 

Kedudukan itu membawa pertarungan ke masa tambahan, sebelum Terengganu menamatkan impian pasukan lawan untuk bergelar juara FA buat kali pertama menerusi jaringan Ahmad Nordin yang menggegarkan stadium.

Kemenangan yang dihadiah buat seluruh rakyat Terengganu itu lebih istimewa sebagai hadiah meraikan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Sabtu lalu. Baginda turut berkenan menyaksikan perlawanan sekaligus menyampaikan trofi kemenangan kepada pemain kedua-dua pasukan

Turut hadir, dua pemimpin utama berasal dari Terengganu, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Haji Ahmad Said.
 
Ketua pasukan Terengganu Mohd Mazuki Yusof dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Pasukan Terengganu mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penjulang terakhir trofi yang diperkenalkan pada 2005 sebelum trofi baru bakal diperkenalkan untuk edisi musim depan.


Nota: Pekabar kengkawan blogger. Semoga sihat walafiat. Ingatkan hari ni akan diisytiharkan cuti peristiwa. Kalau tak, dapat ler aku melawat blog kengkawan. Whatever, sampai bertemu lagi malam nanti..

8 comments:

Sz said...

tahniah sang penyu!
mesti senyum tak habis ni... :)

Cik TeN10 said...

lohh xdpt cuti ?.. xpe2 ganbatte

n@m@n said...

owh..geng kawe kena peteh male tadi..

tahniah ganung!!!

kinn said...

tahniah la ko ganu dess

CikGu NOr said...

yes..akhirnya x senang duduk smalm tgok bola berbaloi...

Asrul "iLham" Sany said...

tahniah kepada genk ganu...

walaupun aku tak tgk bola malam tu

;D

shamizu said...

salam ziarah tuan rumah,

relaks minda :
Ganu Juara Fiala FA,
Kelantan Tak Ada Rezeki

Oh, sedihnya hati usah dikata,
Kecewa kecewa sampai berdenyut kepala,
Hajat di hati ingin lihat TRW junjung piala,
Tahu-tahu Sang Penyu ditabal juara.

Kelantan betul-betul ditimpa malang,
Selepas Nurul Azwan Roya score gol dengan sepakan lambung,
Dan terus mendahului hingga minit terakhir pada masa kecederaan yang panjang,
Hanya beberapa saat lagi untuk diistiharkan menang,
Cuma tunggu pengadil tiup wisel yang dipegang,
Tau-tau Daudsu tertanduk bola sendiri ke gawang,

sambungannya di shafizums.

deqlis said...

tahniah....kopok leko!! hehe