Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Assalamualaikum.. Selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua rakan blogger, silent readers, makcik pakcik, kakak abang dan adik2 semua. Semoga kehadiran aidilfitri kali ini dapat menyatukan kembali hubungan yang telah lama terpisah dan mengeratkan lagi silaiturahim sesama ahli keluarga dan saudara seagama. 

Next entry.. maybe seminggu selepas raya baru dapat update blog kembali. Oh ya.. nak umumkan jawapan kepada entry sebelum ni adalah Kek Coklat. Ni nama kawan2 dapat meneka dgn tepat.. Tahniah!!! Hadiahnya top-up tepon sebanyak RM10 seorang.. Kiranya ni duit raya utk pemenang.. :-) 

1- KuNanGKuNanG
2- deqlis

Kepada pemenang, sila emailkan no. tepon anda atau sebarang no. yang anda mahu di top-upkan.. Hantar ke fiverul81@hotmail.com 

p/s: Sorry deqlis, x leh kasi hadiah kuih penganang. Abang posmen semua dah bercuti..huhuhu

Wednesday, August 24, 2011

Teka Meneka Edisi Raya

Actually aku nak upload gambar bebanyak tapi lupa nak bawak kabel tepon. Next time jer lah kalau dtg mood rajin utk mengupload gambar. Bila takder gambar, tak tahu nak cerita pasal apa. Godek godek godek pc kat opis, terjumpa gambar ni. Tapi sengaja aku mengrayscale gambar tuh. Kuang kuang kuang..
 
Cube korang teka aku sedang masak apa atas dapur tuh? Kalau dpt jawab dgn betul nanti aku hantar rombongan meminang. Hachummmm!!! Tak ler, aku kasik jer present kecik. Maybe biskut raya, maybe kuih penganang, maybe duit raya... Huhuhu...
 
 
Oh ya, kasik pembayang sikit. 'Sejenis makanan yg semakin popular dihari raya'. Sebelum raya aku kasi jawapannya. Maybe hari sabtu, ahad atau isnin. Selamat menempuhi baki puasa yg masih ada dan jangan lupa bayar zakat..

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Hari Raya

Dah sampai di pertengahan ramadhan. Sekejap jer rasa masa berlalu. Rukuk sujud rukuk sujud, malam ni masuk malam ke 17 solat terawih. Esok pulak Nuzul Quran. Cuti lagi.. Ehh..korang cuti gak ke esok?

Macam mana dengan ramadhan kali ni? Adakah korang memanfaatkannya sebaik mungkin dgn menjadikannya lebih baik dari tahun sebelumnya? Atau pengisian ramadhan kali ni semakin pudar berbanding tahun lepas? Mana yang masih ada lompang sana sini tu, masih sempat lagi utk menampalnya sbb ramadhan masih berbaki 13 hari lagi. Rugi kalau tak gunakan peluang yg ada. Tahun depan belum tentu lagi kita masih bernyawa..

Dengar2 semalam, lagu raya dah berkumandang kat radio. Kat mydin mall pun dah kedengaran lagu raya. Aura raya dah datang. Nafsu membeli persiapan raya dah memuncak. Tapi aku satu habuk pun tak beli apa2 lagi. Rasa sesajer jer hari raya ni. Klimaks raya cuma bila berada dimasjid utk solat sunat raya. Lepas tu aura raya pun surut. Setuju tak kalau aku cakap yg betul gembira dihari raya ni cuma beberapa golongan jer.  

Golongan pertama adalah budak2. Of coz lah kan sebab ni ler time utk kutip duit raya. Satu lagi dapat pakai baju baru sambil menunjuk eksyen kat kengkawan.. huhuhu.. Aku pun mcm tu gak dulu2. Tapi budak2 sekarang ni awal2 pagi raya lagi dah terpacak kat tv tgk kartun. Hari raya pun nak layan tv gak.. Dulu 1-2 hari raya langsung tak tgk tv. Tahu nak beraya kat rumah org jer.. Poket tak usah citer ah. penuh dgn duit raya. Syiling lah.. Zaman dulu boleh bilang dgn jari jer tuan rumah yg kasi duit kertas..

Golongan ke dua adalah pasangan yang baru berkahwin. Mesti best sbb kali ni dpt beraya dgn suami/isteri. Aura kahwin masih tebal lagi. 1st time bersalam dgn pasangan, 1st time hidangkan juadah raya utk pasangan, 1st time pergi jalan2 raya dgn pasangan dan 1st time jugak beraya dgn keluarga mertua. Paling best bile jenjalan kat umah sedara mara dan kengkawan sambil perkenalkan suami/isteri kat diaorang. Everything bagi yg berkahwin ni adalah 1st time..

Golongan ke tiga adalah yang baru menimang cahayamata. Kalau sebelum ni pergi raya berdua jer, kali ni dah bertiga pulak. Paling best bila org kasi duit raya kat baby. Paling x hensem pun mesti org kasi duit kertas warna merah. Lagi lah kembang semangkuk bila org puji baby "Alalala tomelnya. Anak saper lah ni?" huhuhu.. Tapi kalau isteri baru dalam pantang, pi ler beraya sengsorang.. Isteri raya kat umah jer lah.. Tunggu turn tahn depan.

Golongan terakhir, yang pertama kali beraya kat rumah baru. Ni ler peluang nak menjamu kawan2 sanak saudara kat rumah baru. Lagi best kalau buat open house. Tapi letih lah sikit nak melayan tetamu yg tak kunjung habis sampai ke malam. Yang mana belum kenal rumah sebelum ni, ni ler masanya nak kenal2. Kenkadang yg datang tu setahun sekali jer. Time hari raya baru nampak batang hidung..

Kay kay.. berkenaan dengan  "Kepala Pengat" dlm entry sebelumnya. Actually ia membawa maksud.... jeng jeng jeng.. aku sendiri dah lupa apa maknanya. Huhuhu.. Tapi konpem bukan membawa maksud orang yg degil. Sori deh.. lupa ah sbb dah lama sesangat tak guna perkataan ni.. :p 

 Gambar raya tahun lepas. Saja jer nak bangkitkan mood raya korang..huhuhu

Sunday, August 14, 2011

Pengat Durian

Dah sampai kita dipertengahan bulan ramadhan. Start hari pertama puasa sampai sekarang, aku belum jamah nasik lagi. Sebutir nasik pun belum masuk dlm mulut aku. Hari2 makan kurma, burger dan air milo jer. Tak normal betul budak ni.. Tak sampai 3-4 minit aku dah selesai makan..huhuhu..

Sebut pasal makan-makan ni, rasa nak pergi berbuka puasa kat luar lah pulak. Sesekali ubah tempat ok jugak. Kalau asyik berbuka kat rumah jer jemu jugak. Asyik2 tgk peti sejuk yg sama, meja makan yg sama, senduk sudu yang sama. Macam2 lah hari2 biasa aku terpacak makan kat rumah..huhuhu

Kay, actually tak tahu nak taip pasal apa. Tambahan lagi cuaca panas kat luar, terus kekeringan idea. Ohh..tadi aku singgah kat pasar payang jap cari kurma. Tetiba ternampak lak durian bukan main banyaknya kat kaki lima. Agak2 lah time bulan puasa ni orang masih berselera nak makan durian tak? Kalau bagi aku lebih suka dibuat pengat durian jer. Digaul pulak dgn nasik pulut. Perghh!! cukup menyelerakan..

 ihsan dari www.camemberu.com

Agak2 nya kalau ubah sikit resepi macam mana? Campur pengat durian dgn stroberi. Nampak macam best sesangat.. yummy!! Ada sesiapa tahu tak apa yg dimaksudkan dgn "kepala pengat?" Cepat cepat angkat tangan. Kalau betul nanti dpt duit raya.. :p

Friday, August 12, 2011

Mukjizat Di Sebalik BISMILLAH

ihsan pakcik Google

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' 

Kelebihan-kelebihan BISMILLAH 

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi) 

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. 

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. 
Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ' 

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ' 

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. 

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.. 

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. 

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca. 

Wednesday, August 10, 2011

Akhirnya Sampai Juga


Sedang bersiap2 nak balik hari isnin lepas, pak guard dtg ke opis menghulurkan sekeping sampul surat. Mulaya suspen gak sbb dah 3 hari berturut2 dpt kiriman surat. Saperlah penggirim surat ni. Bila tgk nama pengirim kat belakang sampul, lorrr dari kak Sz rupanya. Baru teringat hari tu dia ada minta address.. Mekacih lah daun keladi. 

Nak tahu apa ada didalam sampul ni? Meh meh kita tgk sesama...


Itulah dia cenderahati dari kak Sz. Comel sesangat pelekat bermagnet tu. Yang paling best bila ditampal sekali syiling 200 rupiah. How sweet.. Kalau nak meminang esok2,  boleh jadikan syiling ni sbg hantaran. Tapi kata kak Sz, kalau nak pi meminang bibik lakulah syiling ni.. Bibik pun bibiklah..huhuhu

Tuesday, August 09, 2011

Kenal Tak Penganang?


Khas buat Deqlis dan sesiapa yg belum kenal kuih penganang. Bentuknya lebih kurang sama berbunga mcm kuih bakar. Maybe rupa kuih bakar lebih hensem sedikit dari kuih penganang ni sbb kalau dilihat dari luaran, penganang dilihat lebih berkedut berbanding kuih bakar. Tapi kata orang putih, don't judge a book by its cover. Rasa penganang 100x lebih best dari kuih bakar. Manih ler'ting kata org terengganu. Rasa lemak manisnya sebijik mcm kuih akok.

Selain dari terengganu, susah nak lihat kuih penganang ni dijual kat mana2. Lagi pun kaedah membuat kuih ni jauh lebih rumit berbanding membuat kuih lain dan masih mengekalkan cara pembuatan tradisional. Nak membakar pun masih guna arang. Kalau tak kena cara membuatnya, konpem kuih ni akan jadi lembek dan cepat basi. Alaa..selalunya org2 tua jer yg terror membuatnya.


Kuih penganang ni ada 2 jenis. Penganang telor dan penganang kacang. Yang paling best adalah penganang kacang. Aku kalau mkn penganang kacang, 2 butir pun boleh habis. Siyes, tak tipu.. Bulan ramadhan mana ada tipu2. 

Kalau time bulan puasa ni, kat mana2 bazar ramadhan di terengganu ada jual kuih penganang. Tapi yg byk dijualnya adalah penganang telor.  Kalau nak cari penganang kacang kenalah mencari2 sikit. Kalau kat area aku tinggal ni, penganang mok yah paling femes. Selalunya time bulan puasa ni, dah berderet org menempahnya.Tapi sejak dia tak berapa sihat, tak merasalah nak makan penganang kacang. Cari penganang telor jer lah kat pasar.

Nak membeli kuih penganang ni kena hati2 sikit. Takut terbeli yg semalam. Tak pasal2 time nak makan rasa berlendir jer kat tapak tangan. Sebaiknya beli jer yg masih terasa hangat. Kalau dah sejuk mcm letak dlm peti ais, konpem itu yg semalam punya. Yang belum pernah makan penganang, try lah rasa sekali. Konpem lepas tu jadi angau kat penganang ni...

Monday, August 08, 2011

Malam Pertama


Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil…malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan…tidak pernah mereka berjalan beriringan…tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin…Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut….Si suami membasahkan tubuhnya…menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong…agak lama…sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu…Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil…umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur…itulah Cinta suaminya yang sejati…dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu…ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya…tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu….berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.

Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya…isterinya menunduk malu..

Thursday, August 04, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..
Hari ni hari ke 4 kita dibulan ramadhan dan jugak malam ke 5 kita berterawih. Sama2 lah kita perbanyakkan amal dan berdoa semoga segala amalan kita diterima Allah. 

Hampir 2 minggu sibuk dengan kerja dan pi cuti2 malaysia. Bukan lah pi buat umrah seperti yg disangkakan oleh beberapa kawan blogger. Dalam hati ini memang teringin sangat nak pi ke sana. Insyaallah tahun depan kalau dimurahkan rezeki dan masih ada hayat dikandung badan. Boleh bawak sekali bonda menunaikan umrah. 

Psstt..kak Suziyanti nak kasi something yg misteri kat aku. Apakah yg misteri itu? Awek dari indon kah? Calon isteri untukku kah? heeee. Kay, nanti ada masa akan ku jengah blog kengkawan semua. Tak lupa kpd sis LM, selamat mendodoi baby baru. Baru dapat tahu today sedangkan berita ni dah boleh dikatakan hampir sejuk beku.. Huuu