Wednesday, January 13, 2010

Life Goes On


takder apa2 nak ditulis kali ni. takder cerita menarik utk dikongsi. segalanya kosong bila bermulanya tahun baru ni. sebaik melangkah keluar dari tempat aku mencari rezeki sejak 10 tahun lepas, aku terasa mcm dah tinggalkan sesuatu yg dah begitu sebati dgn diri aku. honest aku beritahu, aku masih rindukan suasana tempat kerja tu. byk kenangan yg aku bawak pergi bersama aku.
  1. aku lah budak yg dahulunya sgt pemalu, pendiam bertukar kpd lelaki dewasa yg nano-nano 
  2. aku selalu sampai kat pejabat hampir2 pukul 8. bulan2 terakhir kat situ, byk sgt tanda merah kat punch kad aku. paling kurang 8 tanda merah
  3. aku lah pekerja yg berperangai 4 musim. ada masa panas, ada masa sejuk, ada masa gila-gila, ada masa diam membisu
  4. aku pernah menjadi tumpuan staf2 dlm jabatan ekoran skandal aku dgn seorang pegawai (kekadang aku rasa diaorang ni busy body sangat. salah ke aku bercouple dgn pegawai? sampaikan sanggup buat cerita utk burukkan nama aku dan pegawai tu. sikap manusia, akan rasa jeles kalau melihat org lain bahagia)
  5. aku selalu membuatkan pegawai pening kepala sejak 4 tahun kebelakangan ni dgn perangaiku
  6. aku pekerja yg suka sgt mkn coklat cadbury dlm pejabat. dulu waktu ada peti sejuk kat pejabat, sure tiap2 hari bukak jer pintu peti sejuk pasti ada jer stok coklat cadbury aku dlm tu
  7. ada waktu2 nya tika bersendirian seperti sekarang, aku rindukan suasana waktu pergi outstation bersama kawan2
  8. hari2 terakhir aku disitu, aku tak berkesempatan utk memohon maaf kat semua orang. lebih2 lagi kat makcik yg selalu aku kutuk sbb perangainya yg over acting dan jugak kat cek yah, org yg telah memberi pengajaran berguna kpd aku.
  9. kalau aku pejamkan mata, aku masih boleh bayangkan setiap inci ruang pejabat
  10. tahun terakhir aku kat jabatan, aku dah kurang terasa keseronokan bekerja...maybe inilah petanda aku harus pergi mencari suasana baru, angin baru dan membina hidup baru
life goes on. yg pasti aku takkan kembali lagi ke situ... cuma menanam sedikit harapan kecil agar diberi kan peluang sekali lagi utk menebus kseilapan aku terhadap cek yah. semoga aku dpt menunaikan janji utk melindungi dia hingga ke nafas terakhir. (emosional lah pulak..ngeeekkkkk) cut cut!!!!

2 comments:

ibu damia said...

nano-nano tu apa??? yup betul..tak kira apa pun...hidup mesti diteruskan...cuma kematangan yg membezakan segalanya.....

Mata Hati said...

nano-nano tuh maknanya nakal.. huhuhu

betul tuh, pesit mcm mana pun, life goes on