Thursday, January 14, 2010

Coretan Tengah Malam

mata aku terlalu keras malam ni, sikit pun tak rasa mengantuk. jam doh menunjukkan pukul 3 lebih. dlm kepekatan malam ni, aku keseorangan kat luar rumah. tersandar kat tiang. ntah ler, tak tahu apa yg sedang aku fikirkan disaat ini. cuma temenung kosong. bila aku pandang ke langit, ternampak kerdipan bintang2 yg bertaburan. subhanallah, terlalu indah ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. teringat aku masa kecik dulu, aku suka mengira bintang2 kat langit. dan aku selalu berharap akan dpt melihat taik bintang. tapi sampai sekarang pun aku tak pernah lagi melihat taik bintang secara live...

sunyi sepi sekali malam ni. hilang segala serabut dlm kepala. maza zaman sekolah dulu, cikgu pun pernah cakap..kalau nak cepat ingat apa yg dibaca, studylah tengah malam. sbb waktu tu suasana mmg sunyi, tak ada bunyi bising. senang nak mengingati apa yg ditelaah. tengah malam jugak waktu yg sesuai utk mencari ilham, mencari jln utk menyelesaikan masalah. oh my............terasa sangat tenang waktu ni.

2 hari lepas, masa sedang susun barang2 dlm almari, aku terjumpa byk gambar2 lama. kalau ditenung balik gambar2 tuh, rasa diri aku ni dah banyak berbeza. fizikal lagi lah..dulu kurus cekeding, sekarang dah berisi. perangai aku pun dah byk berubah seiring dgn peredaran masa. alam kanak2 dah lama aku tinggalkan. begitu jugak dgn alam remaja. sekarang aku sedang meniti fasa ke 4 kehidupan, alam dewasa. cabaran alam dewasa ni lebih mencabar. silap langkah, pasti akan rebah utk selamanya. apa pula yer yg akan menanti aku di esok hari. mungkinkah kejayaan, kesusahan ataupun kematian...

dah lama rasanya aku kat luar ni, nak masuk dlm rumah lah. lagipun aku dah mula terasa sejuk. dah boleh nampak pun titisan embun kat daun pokok jambu golok. kalu lama sgt terpacak kat luar ni, silap haribulan boleh terkena selesema. pagi nanti aku nak pergi ke majlis bandaraya k.terengganu. nak hantar borang permohonan jawatan kosong. harap2 kali ni melekat. dah tak larat aku nak panjat tangga, pi jengah bilik temuduga dari satu pejabat ke satu pejabat. letih..

2 comments:

Nor Hanis said...

good luck in ur jobhunting~

sama r kita sbenanye...huhuh~

s3norit4.blogspot.com

Mata Hati said...

ohh..good luck to u too...