Wednesday, January 27, 2010

Kepantasan Teknologi

kalau ada sesiapa yg masih ingat masa zaman sekolah dulu, tak kiralah sekolah rendah or menengah tapi 20 tahun yg lepas lah. tentu masih ingat rekabentuk komputer masa tuh kan. mcm mana rupa bentuk monitor, mcm mana rekabentuk 4 segi tepat cpu, mcm mana kedudukan monitor diatas cpu. keyboard pulak disertakan sekali dengan wheel. nak gerakkan pointer kat monitor, gerakkan ajer wheel kat keyboard tu. masa tu disket adalah satu keperluan kalau nak guna komputer. kapasiti sekeping disket cuma 1.44MB jer tapi ia dah dikira cukup besar pada zaman tu. dan kalau dilihat kat mana2 pejabat, kat sebelah komputer sure akan ada 2-3 kotak disket. tapikan sekarang ni disket dah ketinggalan zaman. digantikan dgn external hard-disk dan jugak usb flash drive. kapasiti pun dah semakin besar. kalau external hard-disk dah mencapai 1TB ni dan usb flash drive ada yg mencapai 10GB.

mcm ni ler rupabentuk komputer tahun 80an


rupabentuk komputer sekitar tahun 90an


walaupun kapasiti disket cuma 1.44mb tapi amatlah popular sekitar tahun 90an

perisian ms-dos adalah perintis kepada terbitnya versi windows yg kita pakai sekarang. bermula dgn windows 1.01 hingga  NT 3.51, kemudian diteruskan dgn windows 95 - ME. di alaf baru versi windows XP pulak dikeluarkan, kemudian Vista hinggalah kpd yg terbaru windows 7. 3 tahun dari sekarang, windows 8 (nama sementara) pulak akan dikeluarkan disusuli 3 tahun selepas itu windows 9 (juga nama sementara). masa sekolah rendah, aku sempatlah melihat perisian ms-dos digunakan kat kelas tuisyen. games yg dimainkan kat komputer masa tu pun cume 2D jer. tapi time tgk org main games kat komputer, sampai meleleh air liur tapi nak sentuh tak berani sbb mmg jahil tukey pasal komputer. dlm kepala terfikir, kan kalau salah sentuh rosak pulak komputer. masuk jer sekolah menengah, windows 95 telah dilancarkan. masa aku kat tingkatan 5, windows 98 pulak mengambil alih. tapi masa tu aku cuma kenal disket, monitor, keyboard dan enjin komputer (cpu ler tu). time balik sekolah aku sure pergi melepak kat umah member utk main games. tu jer yg aku tahu masa tu. nak bukak dan tutup komputer pun aku dokk reti lagi. memang woh nyior ah...

windows 1.01

 
windows NT 3.51

 
windows 98

 
windows xp. versi yg paling popular

after spm, aku adalah jugak pergi kelas komputer. masa tu lah aku diajar gunakan keyboard, buat dokumen kat microsoft office, chatting kat mirc (ni yg paling popular masa tuh). tapi masih tersangat cetek pengetahuan aku ttg komputer dan dunia IT. bila aku start kerja, barulah aku mula meneroka secara mendalam ttg komputer dan jugak dunia IT. kebanyakan pengetahuan tentang komputer aku terokai sendiri, godek sana sini komputer kat rumah. belajar sendiri mengenal apa itu software, driver dan jugak segala jenis baik buruk dunia IT.

10 tahun selepas pertama kali aku menyentuh komputer, kepantasan teknologi masa kini hampir2 tak dpt aku kejar. siapa sangka kan games yg dikeluarkan sekarang dah memasuki generasi ke 7. kalau dahulunya 2D, sekarang dah jauh meneroka ke alam 3D. perisian ms-dos yg dulunya perlu ditaip keyword utk mencapai sesuatu dokumen kini diganti oleh windows 7 yg memberi sepenuhnya kuasa klik mengklik pada jari jemari. 3 tahun dari sekarang teknologi touch screen akan digunakan secara meluas. sekarang ni teknologi touch screen dah digunapakai dlm handset. sebut pasal handset, korang masih ingatkan handset sekitar tahun 90'an yg sebesar batu bata. kalu pelekong anjing, soheh mapuh kerah anjing tu. kalu masa tuh cuma hitam putih jer screen tapi sekarang ni dah warna warni. ditambah pulak perisian seperti komputer dah diasimilasikan dlm handset. handset pertama aku beli nokia 3310 pada tahun 2002. kemudian digantikan dgn model nokia 6288. aku beli yg lain pun sbb 3310 aku terjatuh dlm lubang najis. rasanya tak perlu aku ceritakan mcm mana aku ambil balik handset dari lubang najis tu. korang sendiri boleh bayangkan..huhuhu

model 3310 yg paling best, simple dan tahan lasak.

zaman sekolah dulu diari lah yg menjadi tempat meluahkan perasaan, mencurahkan bakat penulisan. surat dan kad dihantar utk bertanya kabar, mengucapkan something ataupun utk berkasih kasihan. tapi berapa keratlah anak2 muda sekarang yg masih mengutus surat kat kawan or kekasih hati. sekarang ni kalau nak bertanya kabar, hantar jer sms org calling2. kalau nak berkenalan dgn ramai kwn, boleh guna friendster, tagged, YM, twitter, myspace, ataupun facebook yg menjadi fenomena diserata dunia sekarang ni. satu lagi teknologi yg tak boleh diketepikan dlm kehidupan kita seharian pastinya kamera. dulu masa kita kecik2, bila nak amik gambar sure kena pi kedai dulu beli filem. jenama yg famous masa tuh Kodak dgn Fuji Film. dlm 1 roll filem tu boleh lah tangkap sampai 32 keping ke atas. then kena pulak pi hantar cuci kat kedai. sekarang ni mana2 kamera generasi baru dah gunakan memory card sebagai penganti filem. sekeping memory card boleh snap beratus keping gambar. then boleh delete mana2 gambar yg tak disukai or buat sedikit editing utk mencantikkan lagi gambar tu.

ada yg panggil negatif ada yg panggil filem. mana 1 yg betul ek?

huarghhhh!!! ngantuk lah pulak. jam pun dah pukul 2 pagi. kay, sekian jer coretan aku kali ni. kalau ada apa2 fakta yg tak betul, tlg perbetulkan ekk. aku hentam jer apa yg terfikir dlm kepala. ngeekkkk... actually nak write about sad story but rasa tak sesuai berkongsi sadness with everyone. kalau tulis jugak, aku kena tukar blog title kat atas tu. akan jadik give everyone a sadness face! huhuhu. kaylah, nak layan lagu kat sinar fm jap pastu masuk beradu.

2 comments:

E.L.I.Z.A said...

entri yg menarik...mengimbas kembali zaman 20thn yg lepas..teruja tgk computer gedabak itew hheheh...skang mmg disket dh x wujud kan? kalu ada skalipun, nk sumbat kt laptop pun x boleh hahahah.........canggih betul teknologi skang....tak tercapai dek akal ku .........hurmm negatif atau filem ek? eli panggil kodak ekekekkeke

Mata Hati said...

disket dah tak leh digunakan utk pc dan laptop baru. kiranya dah ketinggalan zaman dsiket ni. semuanya guna usb port.

org ganu pun panggil kodak jugak. sbb jenama ni jer femes sekali masa tuh. huhu