Saturday, August 28, 2010

Ayah Ibu Tersayang

kasihnya ibu membawa ke syurga, 
kasihnya saudara masa berada,
berkorban raga rela binasa, 
berkorban nyawa tanda kasihnya,
kasihnya ayah sanggupkah berpisah, 
dan kasih anaknya berkorban nyawa,
biar pun jiwa akan tersiksa, 
ikhlas dan rela asal kau bahagia..

lirik lagu tu cukup mendalam. terdengar lagu tu, teringat aku kat ayah dan mak. sejak aku kecik lagi aku diasuh dgn baik hingga aku membesar seperti skrg ni. syukur kerana dikurniakan mak ayah yg penyayang. syukur kerana aku tidak menerima nasib seperti bayi2 malang yg dibuang oleh ibunya.

masa aku kecik2 dulu mak mmg tegas tapi bertempat. selalu sgt aku kena marah, kena pukul bila buat salah. yg selalu mak tekankan, kena ada rasa hormat pada org lain dan jgn bersikap kurang ajar. walaupun tegas tapi mak tetap seorang yg penyayang. kalau ada masalah, mak lah org pertama yg aku cari. kalau ada berita gembira, mak jugalah yg pertama aku beritahu. sbb dia adalah ibu yg terbaik dlm dunia...

sabda Rasullullah SAW: “Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah S.A.W, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah S.A.W menjawab: Ibumu. Kemudian aku bertanya lagi selepas itu siapa? Rasulullah menjawab : Ibumu. Kemudian aku bertanya lagi, seterusnya siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Kemudian aku bertanya lagi seterusnya siapa? Lalu Rasulullah menjawab : Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”. (hadis riwayat at-Tirmizi)

dari dulu sampai skrg aku lebih rapat dgn mak berbanding ayah. tapi bukan bermakna aku kurang mesra dgn ayah tapi sbb ayah kerja kat pelantar minyak, jumpa pun sekejap2 jer. mmg ayah sibuk, kerja keras nak sara keluarga. dlm perhubungan ayah lebih suka anggap aku sbg seorang kawan. kata ayah, kalau jadi kawan lebih senang nak borak2 dan bergelak ketawa. sbb tu aku dan ayah share minat yg sama, gila bola. bila dah jadi kawan taklah rasa kekok nak pergi stadium sama2, bersorak sama2 dan mengutuk sama2. like father like son...kan kan

2 comments:

Unknown said...

selalu berdoa utk kesejahteraan ibu bapa lepas sembahyang...pernah terfikir, esok2 anak2 kita doakan kita tak...huhu...

Unknown said...

itulah kewajipan seorang anak..mendoakan kesejahteraan ibubapa setiap kali lepas semayang