tinggal 9 hari lagi nak raya. sedar tak sedar bulan ramadan semakin ke penghujung. sana sini dah sibuk buat persiapan raya. ada yg berjaga mlm buat kuih raya, menjahit baju raya, menukar langsir baru, mengecat rumah dan mcm2 lagi yg boleh dilihat menjelang aidilfitri. dalam keghairahan nak sambut raya, sedih rasanya bila jemaah yg berterawih kat masjid/surau semakin sedikit bilangannya. kalau awal2 puasa dulu, hampir penuh masjid tapi semakin dekat nak raya cuma tinggal 3 saf saja. itu pun ramai yg tua2. aura hari raya lebih kuat dari aura solat terawih. kepada yg masih setia menunaikan amalan sunat dibulan puasa, lipat gandakan amalan sunat kerana kini sudah sampai 10 malam terakhir. kalau ada rezeki, bertemu lah dgn lailatur qadar. cukup cerita pasal puasa.
bila menjelang hari raya, orang dewasa lah yg paling teruja sekali. betulkan? budak2 steady jer. untung jadi budak2 ni sbb confirm akan dpt pakaian baru dan duit raya. kalau boleh aku nak kembali ke zaman budak2 dulu. 20 thn lepas terlalu ketara bezanya dgn sekarang. budak2 dulu aktif, berotak geliga. budak2 dulu ada group masing2. dekat2 nak raya dah buat plan nak pergi beraya kat mana, rumah mana yg nak terjah dulu. kalau tak habis round semua rumah dlm kampung mmg tak sah. biasanya jalan kaki jer, ada jugak yg konvo ramai2 naik basikal. biasanya kalau terjah satu2 rumah mmg tak duduk lama. dpt jer pitih (duit) raya, terus angkat kaki. kadang2 kuih raya atas meja tak sentuh pun. masa tu kalau dpt 50 sen dah kira mewah. tapi jarang tuan rumah yg kasi 50 sen, biasanya dlm 20-30 sen jer. agak2 nya kalau kasi 20 sen kat budak2 skrg mesti diorang akan cakap, kedekutnya tuan rumah ni. skrg ni paling kurang mesti kasi seriyal (seringgit). kan kan kan..
seminggu sebelum raya, budak2 kat kampung biasanya pergi tebang buluh utk dibuat pelita. yg lahir sebelum era 90an mesti tahu mcm mana rupa pelita masa tuh. tersusun terpacak depan pagar rumah. kat kampung aku dulu, time malam jer mesti terang benderang kawasan depan rumah dgn api pelita. comel jer bila lihat dari jauh, berkeli-kelip. selain buat pelita, buluh jugak ditebang utk dibuat lemang. sehari sebelum raya confirm dpn rumah atau belakang rumah ada lemang dibakar. permandangan biasa masa tu. sekarang ni nak tgk suasana mcm ni susah. kalau dlm 20 buah rumah, adalah sebuah yg buat lemang. kalau dulu, hampir setiap rumah akan ada aktiviti membakar lemang atau merebus ketupat. orang dulu mmg rajin, jarang beli2 makanan mcm sekarang.
selain buat pelita dan lemang, buluh jugak digunakan untuk membuat meriam buluh. 2 hari sebelum raya dah boleh kedengaran dentuman meriam buluh. kaboomm kaboomm sana sini. paling best bila berlawan bunyi meriam buluh yg paling kuat dgn budak2 kampung sebelah. berdentam dentum sampai ke tgh malam. budak2 yg tak berapa suka main meriam buluh biasanya main mercun jer. malam raya ramai2 duk dpn rumah masing2 main mercun. bunga api kertas, mercun lidi, mercun ular, mercun bawang dan mercun gasing mmg femes bagi kategori mercun ringan. dulu kalu pi pasar bukan main ramai lagi yg jual mercun. masa tu mercun tak diharamkan lagi. arwah tok yang (moyang) aku suka beli mercun utk cucu dan cicitnya. sehari sebelum raya, dia akan bahagikan mercun tu kat cucu cicit yg sedia menanti. setiap org akan dpt bahagian masing2.
aktiviti membuat biskut raya mmg sgt ditunggu2 oleh kaum pompuan. biasanya 10 hari sebelum raya dah start operasi membuat biskut raya. sebut jer lah nama biskut raya yg terlintas dlm kepala pasti semua ada masa tuh. semperit, suji, tat nenas, makmur, badam, kelapa, sarang semut dan mcm2 lagi. antara biskut2 raya ni aku paling tak suka semperit sbb bila makan pasti akan melekat kat lelangit. bila dah start buat biskut raya mmg sampai ke tengah malam. ada yg sampai ke pagi. masa tu paling kurag mesti buat lebih dari 5 jenis biskut raya. itu tak dikira lagi dgn tempeyek, kacang, popia mini dan karipap mini. rajin org zaman dulu. time buat kuih, penuh lah kat dapur tuh dgn anak beranak. riuh rendah suasana. secara tak langsung mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. tugas aku dulu cuma angkat biskut yg dah masak dari dlm oven. biasalah time nak susun dlm tabung, mesti ada sebijik 2 hilang dlm mulut aku. hahaha.. tapi sekarang ni ramai yg suka beli jer. jimat tenaga lah katakan.
apa yg paling best sekali bagi budak2 zaman dulu? jawapannya mengira duit raya. 2-3 hari selepas raya biasanya dah start tugas mengira duit raya. lepas tu mesti buat perbandingan dgn kwn2, siapa yg dpt paling banyak. kalau dpt sekitar 40-50 ringgit dah dikira kaya raya lah masa tuh. kalau rasa duit sikit jer, confirm kebas yg adik punya sikit. huuu... duit raya biasanya disimpan dlm bank. ada jugak yg guna buat beli permainan dan peralatan sekolah. korang ingat tak tabung duit yg dikeluarkan oleh tabung haji atau bsn? comelkan bentuk tabung duit tu. tapi aku tak der, tabung duit buat sendiri jer. ambil botol bedak pastu tebuk buat lubang kat atas penutup utk masukkan duit. save cost..
lagu raya adalah kewajipan utk menyerikan lagi suasana aidilfitri. lagu raya yg dulu2 mmg best. sampai sekarang pun terasa best lagi, evergreen. sapa yg tak suka dgr lagu dedang perantau, satu hari dihari raya, suasana dihari raya, musafir di aidilfitri dan mcm2 lagi. dengar jer lagu raya rasa tak sabar2 nak raya. bersemangat buat persiapan. kadang2 bila dgr jer lagu raya, berdecum amik parang kat dapur pi tebang pokok buluh. semangatnya nak raya masa tuh. bagi perantau, lagu wajib yg didengar semestinya balik kampung. rasa nak jer cepat2 balik kampung. duduk dlm bas sambil dgr lagu ni, syahdunya.. hebatnyanya aura lagu2 evergreen ni. sampai sekarang boleh bilang dgn jari lagu baru yg setanding dgn lagu evergreen ni.
apa pun hari raya dah lama hilang dlm kamus hidup aku. bila datangnya hari raya mcm tak der apa2 makna pun. apa lagi yg boleh buatkan aku gembira dihari raya ni. hari raya lebih sinonim dgn budak2, yg mata air, yg baru kahwin dan jugak yg baru dikurniakan anak. untuk aku..nothing. hari raya aku dikira tamat bila balik jer dari solat sunat hari raya...
3 comments:
raye dolu2 msti lg meriah dari sekrg kn...
huhuu
yup...semestinya
salam petang selasa =)
lemang itu kesukaanku...
dulu2 ms kecik meriah raya dh besar n tua x rasa apa2 dah...
Post a Comment