Friday, August 13, 2010

Kisah Aku Dibulan Ramadan

kalu nak dikira sejak aku lahir sampai skrg, dah masuk tahun ke 28 aku berada dibulan ramadan. cepatnya masa berjalan..sikit jer lagi nak cecah angka 30. itu pun kalau masih dipanjangkan usia. heeee... aku start berpuasa masa darjah 1. sejak berumur 7 thn sampai skrg, byk sgt kisah suka duka dibulan puasa ni. memandangkan mata pun masih tak ngantuk2, aku share lah sikit kenangan masa bulan puasa.

aku ingat lagi hari pertama dlm sejarah aku puasa penuh. sampai meringkuk bawah kerusi sbb terlalu lapar. bila time berbuka, terketar2 tangan suapkan kuih dlm mulut. hilang habis segala tenaga..

masa sekolah rendah, aku selalu ponteng puasa. balik jer dari sekolah, mesti terus pi mandi. sambil2 tu teguklah air paip sampai hilang dahaga. gukk gukk gukk.. alhamdulillah, hilang dahaga

bukan setakat sekolah rendah jer, masa sekolah menengah pun aku ponteng lagi tapi 2-3x jer lah. yg aku ingat masa tingkatan 1. sbb letih sgt mengecat rumah, aku terus bukak peti sejuk, minum air sirap semalam


masa tingkatan 4, tak pernah sekalipun aku pergi solat terawih kes terlampau malas... 

2-3 tahun lepas, acap kali jugak aku buka puasa sorang diri. sbb aku tak stay dgn family, so nak mkn apa time buka puasa cari ler sendiri. biasanya aku beli murtabak atau piza segera, tak pun burger kat bazar ramadan then mkn sorang2 tepi pantai. kadang2 pi berbuka kat dataran shahbandar. org lain sumenya bukak puasa dgn family, kwn2, bercouple.. aku jer sorang diri atas pagar berbuka puasa. apa pun aku enjoy..

masa mula2 kerja dulu, pernah lah berbuka puasa dlm semak sbb tak tahan dgn cuaca panas. masa tu outstation kat besut. semuanya gara2 kwn aku yg sorang ni, fatwa apa yg dia keluarkan sampai semuanya terpengaruh. habis 4-5 org puasa sekerat jer hari tu.. beli air coke dan biskut pastu cari port selamat dlm semak...

kisah dimasjid putih 4 tahun lepas. adalah sorang pak arab menawarkan diri utk mengimamkan solat isyak. dari jauh lagi dia angkat tgn mengofferkan diri. dgn tgn terbuka, imam masjid kasi dia chance. well, bacaannya mmg merdu, sebijik mcm imam kat mekah. tapi yg harunya, baru jer solat 2 rakaat, dia dah bagi salam. terpinga2 jemaah. bila masa pulak solat isyak cuma 2 rakaat jer..heee

8 tahun lepas, buat pertama kali aku pergi ziarah kubur tokki. sebelum tu tak pernah sekali pun aku pergi ziarah walaupun tahu dia disemadikan di tanah perkuburan berdekatan rumah tok..

No comments: