lusa kita semua akan menyambut bulan ramadhan, bulan yang paling mulia. semoga ramadhan kali ni dapatlah kita semua tempuhi dgn sebaik mungkin. tingkatkan amalan, banyakkan membaca al-quran, mengerjakan solat terawih disepanjang malam bulan ramadhan dan yg paling penting, membayar zakat. rugilah pada sesiapa yg membiarkan bulan yg mulia ini berlalu begitu saja sedangkan ganjaran pahala dibulan ramadhan ini berlipat kali ganda berbanding dgn bulan2 yang lain. tak perlulah difikirkan lagi persiapan utk menyambut aidilfitri. marilah sama2 kita menginsafi dosa2 yg telah kita lakukan, sama2 kita menadah tangan memohon kepada Tuhan agar diampuni segala dosa2 kita dan diberikan hidayah utk menempuhi saki baki hidup ini.
mungkin ramadhan kali ini adalah yg terakhir utk saya dan juga kawan2 sekalian walaupun dalam hati ini masih berharap agar dipertemukan lagi dgn ramadhan ditahun2 akan datang. marilah kita bersama2 memanfaatkan kedatangan ramadhan kali ini. kepada lelaki dan wanita, peliharalah aurat dgn sebaiknya. bukan saja dibulan ramadhan, tapi dibulan2 yg lain juga kerana menutup aurat itu wajib. berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi segala2 nya. jagalah percakapan, hati, pandangan mata dan pendengaran.
dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada kawan2 alam maya sekiranya ada terguriskan hati dan perasaan dgn komen yg keterlaluan ataupun ada menuliskan coretan yg membuatkan kawan2 rasa kurang senang. dan kpd kawan2 diluar sana, saya memohon maaf andai ada terlanjur kata, terlebih gurauan ataupun tersalah perbuatan. semoga ramadhan kali ini akan memberikan petunjuk kpd saya utk perbaiki apa yg terkurang dalam diri ini. insyaallah..
2 comments:
ouhh jadinye esok la pose (11hb)..sy xtau pun huhuhu xdey nok tgk tv heheh
sy pun nk amik kesempatan gok..nok mitok maah kalu ado tulis kasar² ke ne
owoss..always beri kemaafan utk hari ini dan hari2 seterusnya.. huuu
Post a Comment