Wednesday, August 11, 2010

10 Sebab Kenapa Saya Menulis Blog


1. Kenapa saya menulis blog?
- sbb sya mmg suka menulis sesuatu yg berlaku dlm kehidupan seharian sejak sekolah menengah lagi. masa sekolah dulu tulis dlm buku nota, skrg tulis dlm blog pulok

2. Kenapa saya menulis blog?
- sbb sya mmg suka sejarah. menulis blog ibarat seperti menulis sejarah diri sendiri. bila akhir tahun, sya akan baca balik apa yg ditulis sepanjang tahun. ada waktunya mcm tak percaya apa yg dah berlaku sepanjang tahun

3. Kenapa saya menulis blog?
- sbb boleh refresh balik kenangan silam. apa yg berlaku masa kecik, masa sekolah, masa remaja sampailah skrg. semuanya diceritakan dlm blog walaupun x sepenuhnya. so, dgn cara ni kenangan silam takkan luput dek hujan, tak lekang dek panas

4. Kenapa saya menulis blog?
- sbb dgn cara ini sya dpt menemui ramai kwn baru dan berkongsi cerita. actually seronok baca kisah kwn2 apalagi yg berceritakan kisah anak2 kecik

5. Kenapa saya menulis blog?
- sbb sentiasa berharap dpt abadikan sesuatu utk dibaca oleh anak2 cucu nanti. ala2 batu bersurat, opsss!! silap. actually "blog bersurat"

6. Kenapa saya menulis blog?
- sbb blog jauh lebih menarik berbanding laman sosial seperti facebook, friendster, tagged, myspace dll. dlm blog boleh letok saiz gambar sebesar mana pun yg dimahukan. paling best boleh tukar2 tema

7. Kenapa saya menulis blog?
- sbb apa saja yg bermain dlm kepala boleh dicurahkan dlm blog. lagipun blog ini aku yg punya. nak tulis apa tulis jer asalkan jgn tulis something yg menyakitkan hati org.

8. Kenapa saya menulis blog?
- sbb dlm blog sya boleh mempromosikan negeri terengganu secara tak langsung. well, bercerita ttg tempat yg harus dikunjungi, makanan taradisi, gambar2 menarik dan jugak loghat rakyat jelata terengganu. contohnya loghat negeri, ramai yg dok tahu apa makna pahit nepang, jambu golok, nok gi kedaroh, dok rock cetong dll

9. Kenapa saya menulis blog?
- sbb sya ni hantu internet. kalau takder blog sendiri, rasa seperti ada sesuatu yg belum diterokai. ala..mcm kehidupan seorang lelaki dari kecik sampai tua. kalau dia tak kawin mesti hidupnya tak sempurna

10. Kenapa saya menulis blog?
- hanya dlm blog sya boleh berkata2 dgn lancar. honest sya cakap, sya ada masalah dgn perututuran. sometimes bila ckp laju sikit, mesti org tak paham apa yg sya katakan sampaikan kena ulang 2-3x barulah diorang faham. dgn x-girlfren lagi lah. kelu jer lidah nak katakan sesuatu. so, dgn menulis dlm blog, moga2 dia dpt memahami isihati ini. dan jugak sbb lidah sya ni liat sikit. tak boleh speaking dgn baik walaupun tahu apa yg nak dituturkan

4 comments:

Unknown said...

yg no 10 tu best...cakap dn blog macam boleh luahkan segala perasaan dgn jujur...tapi tetap kena cover2 gak kan...hehehe..


oooo...masalah pertuturan yer...hehe

Unknown said...

yup yup..byk benda kena cover. tak boleh luahkan segalanya..

tu lah..masa kecik tak der pulak mcm tu. maybe sbb suara kot, bila ckp laju2 mcm radio yg kehilangan siaran..bzzzzzz

amirah said...

hehehe..no 10 tu tak tahan...yela, kalo nak cakap direct cam kena byk cover..

Unknown said...

penyelesaiannya..luahkan jer dlm blog