Hora... Ashimoto Wo Mite Goran,
Kore Ga Anatano Ayumu Michi
Hora... Mae Wo Mite Goran
Are Ga Anatano Mirai...
Masa yang berlalu takkan kembali. Ia akan kekal tinggal menjadi kenangan. Walaupun ahli keluarga, kawan2, cikgu2 ataupun tempat jatuh dah tiada tapi dlm kenangan tetap muncul walaupun tak berapa jelas.
Semalam aku terjumpa sekeping gambar lama yg mengambarkan suasana kat perhentian bas k.terengganu sekitar era 60an. Betul2 legend dan antik. Jika diperhatikan memang jauh berbeza suasana dulu dan sekarang. Cuba lihat sendiri kalau tak percaya..
Dulu-dulu, suasana sekitar 60an
Sekarang, 50 tahun kemudian (cilok dari pakcik Google)
See, nampak kan perbezaan antara 2 zaman. Kemeriahan dulu dah hilang ditelan arus pembangunan dan peredaran masa. Sementara ingatan masih ada, better aku story sikit pasal kenangan lama tempat ni. Maybe 3 atau 4 tahun akan datang tempat ini akan dirobohkan utk beri laluan kepada pembangunan.
1- Bus Stand
Inilah tempat tumpuan rakyat terengganu suatu ketika dulu. Tak kiralah samada datang dari kuala, dari hulu atau dari barat, semuanya akan berkumpul di sini. Logik kalau dikatakan bus stand ni adalah pusat bandar kuala terengganu. Setiap hari sabtu atau hari cuti am, konpem penuh sesak bus stand ni dgn rakyat jelata. Walaupun di tepi bus stand ni ada tapak kubur lama tapi tak der pulak kedengaran hantu mengacau. Tepi kubur tu siap ada yg menjamu selera lagi sementara menunggu bas datang. Cuma pernah kedengaran satu cerita bila usaha utk mengalihkan kubur2 lama tu tak kesampaian bila bulldozer tak mampu nak cabut batu2 nisan yg ada kat situ.
Sekitar awal 90an hingga pertengahan 90an, bus stand ni sendat mcm ikan sardin dlm tin sbb bas yang ada terlampau banyak. Bayangkan waktu tu tempoh menunggu bas tak sampai 15 minit. Kalau duk kat kg, tak sempat panas punggung duduk kat pondok menunggu, bas dah sampai. Selepas siapnya bus stand baru, bus stand lama ni dijadikan taxi stand. Kemeriahan dah tak sama mcm dulu sbb tak ramai yg nak naik kereta sewa sbb cajnya mahal. 1x caj kereta sewa bersamaan 3x caj tambang bas.
2- Bas
Klasik kan bas zaman dulu. Orang terengganu panggil bas kayu sebab frame tingkap bas ni diperbuat dari kayu. Kalau nak fresh air, turunkan tingkap ke bawah dan kalau nak tutup, angkat tingkap ke atas. Kalau naik bas kayu ni mmg bising sbb tingkap tu akan bergegar sebaik saja bas bergerak. Kadang2 dlm bas pun boleh bermandi hujan bila tingkap bas tu x dpt ditutup. Huhuhu... Kalau naik bas, biasanya ramai yg berebut nak berdiri kat tangga. Tak tahu lah kenapa sbb aku pun sama waktu tu walaupun masih lagi kecik tuek.
Sekitar tahun 70an, 80an dan awal 90an, pengangkutan bas didominasi oleh 4 buah syarikat iaitu HD (singkatan kpd Hj. Deraman), Kompeni (Syarikat Bas Terenganu), SPPMB (Syarikat Pengusaha Pengangkutan Melayu Berhad) dan Wan Sembok. Bas HD sinonim dgn warna hijau putih, bas Kompeni guna warna oren & kuning, bas SPPMB berwarna merah biru putih dan bas Wan Sembok berwarna biru putih. Syarikat Wan Sembok paling lama bertahan. Kali terakhir beroperasi dlm 3 tahun lepas sebelum gulung tikar. Akhir tahun 90an dan awal 00an (pandai2 jer aku letak nama utk alaf baru), bas mini bermaharajalela atas jalan. Mmg sinonim bas mini ni dgn warna pink. Tambang pun murah, 50 sen utk setiap perjalanan. Fast delivery..
Ada teringin nak naik bas macam ni?
3- Teksi
Kalau diperhatikan gambar kat atas, dapat lihat pengayuh beca roda tiga (lebih femes dgn panggilan teksi dikalangan orang terengganu) sedang menunggu penumpang. Sekitar tahun 60an - akhir 90an, teksi adalah pengangkutan yg sesangat popular selain bas dan bot penambang. Selalunya dari bus stand, aku dan family akan naik teksi kalau nak pergi ke rumah tok wan kat kampung ladang. Bayaran pun murah lagi masa tu, 1-2 ringgit jer. Kadang2 bila ditanya brp harga tambang, pengayuh akan jawab "ikut panda ah nok bagi berape riyal pong (terpulang lah nak bagi berapa ringgit pun)". Nak bagi seringgit 2 kesian jugak sbb kebanyakan pengayuh teksi ni kebanyakannya orang2 tua.
Rasa panjang lak entry kali ni. Jadi aku ceraikan kpd 2 bahagian. Bersambung...
21 comments:
peerrgghh..olg skool beb!
Wahhh masih adakah bus mcm tu skrg ni? Kalau ada tringin jgak nk try naik! Cepat 2 smbung ea.. Suka jgak nk dgr kisah2 nostalgia zaman lalu.. :)
antik gitu..
msh ada bas fesyen lama ni kat kg my hubby Parit Buntar nun...bpa zaman dah..haha
salam MH
dulu akak selalu takmo naik beca sbb kesian.tp akak lupa itu puynca rezeki mereka..teruk akak kan?
woooo mmg antik betul klehh.... dulu lain meriahnya siap berbagai bus ada yerr sekarang lengang beb...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy hydro fuel system kereta
Wah..terbaekk laa gmbr bus stand yg lama tu..gile old school bro!mmg kene simpan gmbr tu;) tingkap kayu..yess!sgt ingat...hehe
Salam
Rupe paras bas tu mmg terbaik lah..mane nak jumpe dah bas macam tu..:)
kadang kadang benda antik, lama ni lebih bernostalgia! teringin nak naik bas lama tu!:)
Mrs. Eady - kisah klasik utk masa depan
Cik TeN10 - dah tak der.. agaknya semua dah jadi besi buruk
Siti Hajar - antikkan bas mcm ni. bila bergerak jer habis bergegar 1 badan.. :)
Lydia Miza - kalau kita tak naik, hilanglah punca rezeki kita pada har tu :)
Afzanizam - sekarang ramai yg dah ada kenderaan sendiri.. sbb tu bas henti-henti dah tak popular mcm dulu
Nana BamBam - boleh lah.. :p
maya amir - hanya yg lahir sebelum 90an yg tahu bertapa bestnya nasik bas ni.. :)
Miss PIJAOSIX - still boleh jumpa lagi tapi hanya dlm gambar jer..
FIFIEY LYCHEE MARATION - jom jom kita naik sama2
ada vintage di situ..huhu teringat zaman naek bas dulu.skang naek ketajer..oo org ganu panggil teksituh beca ek
eh.. awk org trg ke?
p/s : lagu tu best..
uniknyer bas tu
Thank you for sharing the historical moment,
Rgds.
Lorenz, Kg Cina
Thank you for sharing that historical moments,
Best Rgds,
Kg. Cina, KT
Sapa dia hok jalan dgn seluar Lee @ Levis tuuuu.Set keda buloh ke set tanjung...ke set takir.Salam kenangan semua.Mohon ampun dan maaf.Ukhuwwah Islamiah.Kita Bersaudara.
Siapa tau 2 kubur yang ada di tapak perhentian tersebut?
Bus stand yg mula2 wujud di Kuala Terengganu tahun 1950an ialah di tapak bank HSB bersetentang pejabat TM dan di hadapan BSN. Iaitu antara bangunan Politeknik Kota (dulu Pej. Daerah) dengan Kamdar sekarang. Langsung tidak berbumbung dan kawasannya dipagari dengan pokok buluh cina. Peringkat awal tidak bertar, hanya tanah merah dan berlopak2. Bas pun tak berapa buah. Semua bas bhg depan berkepala mcm kepala lori. Ada antara bas yg paling tua dan lama cara startnya menggunakan batang besi berbentuk yg dijolok dari depan bas ke injin dan di pusing dengan tangan, baru injin hidup.
Untuk pengetahuan anak2 cucu generasi baru sekalian zaman tu perkhidmatan feri juga digunakan. Perkhidmatan perahu layar digunakan bagi penduduk Seberang Takir Pulau Duyong ke bandar K.Terengganu. Boat berinjin belum ada.
Hampir 70 tahun usia pakcik, semua sudah berubah.
bas wan sembok tu hidup lagi tapi lening ada bas ekspress jee...nini ekspress
Tengok stesen lama ingat masa dulu dulu
Post a Comment