Thursday, October 29, 2009

My New OS - Windows 7

 

finally, setelah 2 jam bersengkang mata utk menyiapkan operating system (OS) baru pc aku, inilah lah hasilnya. say good bye to windows xp, and welcome to perisian terbaru microsoft, windows 7. windows 7 better than windows vista. tak berat, ringan jer.. nak transfer file ke usb sekelip mata dah siap. kelajuan 1x ganda dari windows vista dan xp. nice graphic, but if using graphic card, lagilah cantik jadinya. nak install OS windows 7 ni tak perlukan high requirement seperti windows vista. if you want to run windows 7 on your pc, here's what it takes:
  • 1 GHz or faster 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor  
  • 1 GB RAM (32-bit) or 2 GB RAM (64-bit)
  • 16 GB available hard disk space (32-bit) or 20 GB (64-bit)
  •  DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver

look, requirement pun biasa2 jer. nak install kat laptop pun ok jer. but before plan nak install windows 7 ni, better u all download the "windows 7 upgrade advisor" for a more detailed understanding of whether ur pc can run windows 7. windows 7 ni didatangkan dlm 4 versi 32-bit dan 64-bit, home premium, professional and ultimate editions. kalau nak puas hati, amik ler yg ultimate editions. but before buy it, try lihat dulu berapa harga windows 7 ni. hehehe.. so, u all tahukan macam mana caranya nak dapatkan windows 7 ni dgn cara lebih mudah. actually, bukan tak nak sokong saranan membeli yang original but kalau harga dah terlalu mahal, rasa tak berbaloi pulak untuk keluarkan duit sampai 600 riyal semata2 kerana OS ni. baik berikan jer duit tu kat isteri2 ku. ok lah, selamat mencuba OS baru dari microsoft ni.




Sunday, October 25, 2009

Bila Dah Fanatik




today aku hilang sekejap suara pagi tadi. rasa perit jer dlm tekak. semuanya gara2 bersorak tak ingat dunia semalam. bersorak dlm stadium, bukan kat tepi jalanraya. semalam kan ada match piala malaysia antara terengganu dgn selangor. mujur menang, berbaloi lah aku kuarkan duit 10 riyal utk beli tiket, dan berbaloi jugak bila suara aku dah jadi serak2 basah sekarang ni. semalam mmg penuh rumbu stadium dlm bandar k.terengganu ni. dah masuk peringkat suk akhir, mmg ramai ler yg dtg tgk nak bagi sokongan.

aku bukan nak cakap bertapa ramainya rakyat jelata dtg memenuhi stadium semalam sbb u all sure dah tgk live dlm tn semalam. aku nak perkatakan pasal gelagat peminat yg terlampau fanatik sampai lupa asal usul. dlm kemeriahan menyambut gol pertama semalam, ada ler yg bodoh sombong lempar telor ayam. langsung sepupu aku yg tak bersalah menjadi mangsa. giler ke apa. dah ler telur ayam mentah. mujur tak ditemui manusia jahil yg lempar telur tuh, kalau tak ada ler berlaku aksi tinju dan gusti dlm stadium tuh. ada gak penyokong yg lebih ekstrem melempar mercun. kalau nak lontar pun. lontarlah atas trek dlm padang. ni pergi lempar kat tengah2 ribuan penyokong dlm stadium tu. manalah org tak marah. tak pasal2 ada yg terkena lempang mentah sorang  pakcik tua. kesian pancik tu, berlubang baju dia terkena api mercun. ada jugak budak2 nakal yg lontarkan mercun kat penyokong selangor. udah ler diaorang dtg dari jauh semata2 nak bagi sokongan, musibah pulak yg melanda. tak pasal nama terengganu yg jadi busuk. ni ler gelagat penonton yg sesekali dtg stadium. bukan nak tgk bola pun, saje jer nak menyusahkan org lain.

budaya bodoh sombong ni mmg takkan hilang. sentiasa ada penganti. mmg tak boleh buat apa2 dah. kalau nasihatkan pun, bukannya diaorang dengar. bodosssss..

Monday, October 19, 2009

Can You Help Me?

 

- Bila jauh terasa rindu, 
bila dekat terasa benci
- Bila jauh terasa nak berbual, 
bila dekat lidah kelu membisu
- Bila jauh terasa dekat sangat jaraknya, 
bila dekat rasa terlalu jauh jaraknya
- Bila jauh nak saja bertanya kabar, 
bila dekat nak bagi salam pun tak terpikir
- Bila jauh selalu nama disebut dalam hati, 
bila dekat nak panggil nama terasa berat jer mulut 
- Bila jauh selalu teringat kisah lama, 
bila dekat terasa kisah lama dah tak bermakna
- Bila jauh nak sangat berada dekat,
bila dekat selalu menjauhkan diri
- Bila jauh terasa best jer tengok orang kahwin,
bila dekat rasa takut nak kahwin
- Bila jauh selalu jer lihat gambar,
bila dekat nak pandang pun teragak-agak
- Bila jauh selalu jer menaruh harapan,
bila dekat rasa macam dah tiada harapan
- Bila jauh banyak jer idea untuk tulis something,
bila dekat rasa kosong dlm kepala utk menulis
- Bila jauh selalu termimpi-mimpi,
bila dekat selalu jadi gabra
- Bila jauh rasa aman jer dunia,
bila dekat ada jer penyebab untuk bermasam muka
- Bila jauh senang jer nak lihat senyuman,
bila dekat no smile for you
- Bila jauh terasa 5 tahun bagaikan semalam,
bila dekat rasa semuanya dah lama berlalu
 - Bila jauh terasa nak mengundur diri,
bila dekat rasa berat hati untuk melangkah pergi

well, yang kat atas tu saja jer aku merapu. maybe sometimes i'm too childish but aku bukan mat jiwang. pada usia mcm ni, tak sesuai nak madah berhelah or nak berbunga bunga cinta.

ermmm... may i ask u all something tak? maybe kalau sudi, boleh ler tolong berikan jawapan untuk soalan2 dibawah ni.

1- jodoh, adakah ia akan datang sendiri atau kita perlu berusaha untuk mencarinya?

2- zaman sekarang, masihkan perbezaan usia menjadi halangan (wanita lebih berusia dari lelaki),

3- masihkah harta dan pangkat menjadi ukuran (tak banyak duit, tak berjawatan tinggi)?

4- susah ke kalau pasangan bekerja dibawah satu bumbung?

5- after married, adakah kena bataskan semua aktiviti diluar?

6- yang mana paling tepat, bercinta dulu pastu kahwin or berkahwin dulu pastu bercinta?

7- adakah dikatakan terlalu lewat kalau berkahwin pada usia melebihi 30 thn?

Sunday, October 18, 2009

2012 - Who Will Survive



tak sabar nak tunggu movie ni masuk panggung 13 november. tgk trailer pun dah leh agak best atau tak movie ni. mmg dahsyat wess. walaupun sekadar movie tapi dah dpt sikit gambaran bertapa dahsyatnya hari kiamat kelak. jauh lebih dahsyat dari apa yg dipaparkan dlm movie ni...

Monday, October 12, 2009

Terima Kasih Cikgu - Final

zaman sekolah menengah - tingkatan 4 - 5



dah sampai bahagian akhir. rasa mcm nak ceritakan lebih banyak lagi kenangan dgn cikgu2 ni tapi jari jemari dah terlalu letih utk menaik banyak2. awal tahun 1997 aku bertukar ke sekolah baru. what to do, kat sekolah agama menekankan penguasaan bahasa arab tapi pelajar yg malas dan nakal mcm aku ni mcm mana lah nak score bahasa arab kalu time cikgu mengajar ke depan, aku tido kat belakang. sambung cerita pasal cikgu2 yg pernah mengajar aku..

cikgu rohaya.. mengajar bahasa malaysia masa aku tingkatan 4. ok lah..aku pun suka cara dia mengajar. nak kata serius tak jugak. yg sedang2 ajer.. cikgu rozita, modern teacher. dia pandai bergaya. suka sgt ikat selendang dia kat tengkuk. fesyen org bandar.. i'm still remember perkataan yg selalu dia ucapkan setiap kali mengajar, 'just tak balance'. aku kerap gak ponteng kelas dia. rasa malas jer nak belajar perinsip akaun. sir lim meng ooi, guru kelas aku masa tingkatan 4. satu2 nya cikgu cina yg pernah mengajar aku. dia selalu tersenyum. nak tgk dia marah, hanya dlm mimpi. dia pernah cakap, 'kalau nak bergambar, kita mesti senyum. kalau tak, gambar nampak tak cantik'. betul betul betul.. cikgu sakinah, ajar english masa aku tingkatan 5. kerana jasa dia penguasaan english aku semakin baik, dan juga semakin aku berminat dgn m/p english ni.

cikgu ariffin ajar subjek sains teras. cermin mata yg dia pakai mcm dari zaman 60an jer. cikgu noraini pun ajar subjek yg sama. comel apa dia ni. sweet jer.. aku pun tak tahu mcm mana time kelas dia jer, sure aku akan jadi budak baik. duduk kat depan sekali. tekun jer tgk dia mengajar.. huhu cikgu nurul jannah, cikgu normalaiwati dan cikgu ghani mengajar subjek sains tambahan. cikgu normalaiwati tu guru sambilan jer. mengantikan cikgu nurul jannah yg cuti bersalin. tapi time dia mengajar, budak2 dlm kelas mmg tak reti nak tumpukan perhatian. dah nak terkeluar anak tekak dia marah2 pun budak2 buat tak reti jer.. biasalah, pelajar melayu mmg mcm tu kan. cikgu jain, kalau dia masuk kelas jer, mesti semua pelajar jadi baik. dia org no.2 dlm sekolah selepas pengetua. paham2 sendirilah apa jawatan dia. dan tugas merotan dah menjadi tanggungjawab dia. ustaz hanafi mmg cool giler. nampak tenang selalu. dlm kelas, ada jer lawak sengal dari aku setiap kali dia mengajar. ustaz tak kisah kan kan kan.. ustazah samihah sama lah, ajar pendidikan islam jugak. cikgu suzaidah, cikgu raihan, cikgu raihana dan cikgu uzbahlina mengajar matematik. aku mmg sengal sikit dlm matematik ni. rasa boring jer. acap kali ler kena marah sbb tak tumpukan perhatian dlm kelas. cikgu nor azmi, pelajar2 kat sekolah panggil dia cikgu mat burger. mentang2 ler dia gemuk dan pendek, terus dipanggil mcm tu. huhuhu..

cikgu zulkiflie, cikgu roshayati dan cikgu naim sempoi jer time mengajar. kalau korang nak belajar duduk diam2. kalau tak nak, buat lah apa yg korang suka asalkan jgn buat bising sudah. hehe. cikgu mat gawi pun sama jugak mcm tu. tapi perangai sama mcm budak2. suka mengutuk. jgn sesekali mencabar kesabaran dia. kan tak pasal2 ada yg masuk hospital. whatever, cikgu mmg rock. cikgu fauzi.. walaupun ramai pelajar rasa takut bila berdepan dgn dia (maklumlah cikgu disiplin), tapi aku dgn dia ok jer, kamcing giler. waktu sekolah jer nampak kejam sikit tapi sebenarnya dia mmg perihatin dgn kebajikan pelajar2. lebih2 lagi bila aku pernah berada dibawah jagaan dia waktu terlibat dgn tarian kebudayaan dulu.

cikgu rohani, aku dah anggap dia mcm ibu. dia ambil berat sangat hal ehwal pelajar dia. tak penat2 dia buat nota utk pelajar2 dia. setiap hari, ada jer nota baru yg dia beri. pelajar2 just perlu baca jer nota yg dia berikan. tak perlu nak salin dari buku teks. apa yg aku kagum dgn dia, dia boleh target soalan apa yg akan keluar dlm exam dan tak pernah sekali pun target dia tu tersasar. kerana nasihat dia, aku berjaya mencapai keputusan yg baik dlm exam. sampai mati pun aku akan ingat nasihat dia. sebelum exam spm, dia ada bagi kad. 'langkah pertama adalah kunci ke arah kejayaan'. itulah yg dia tulis dlm kad tu..aku simpan kad tu dgn baik supaya  ia sentiasa menjadi pendorong utk aku mencapai kejayaan. rasanya aku dah sebut nama semua cikgu2 yg pernah mengajar aku. kalau ada yg tertingal tu nak buat mcm mana. manusia, mmg tak leh lari dari sifat pelupa. kan kan kan..betul kan.

apa pun, aku hargai segala jasa dan pengorbanan cikgu2 dlm usaha membentuk aku menjadi org berguna. segala kenangan bersama cikgu2 sentiasa segar dlm ingatan aku. 10 tahun sejak meninggalkan alam persekolahan, dah bermacam2 perkara terjadi dlm hidup aku. tapi berkat asuhan dan petunjuk yg diberikan oleh cikgu, aku masih lagi gagah bediri disini, dijalan yg betul, dijalan yg lurus. seandainya ada cikgu yg membaca blog aku ni, sorry yer kalau pernah buat cikgu2 pening kepala dgn kenakalan aku dulu. biasalah kan, anak muda, jiwanya sentiasa memberontak.

aku doakan semoga cikgu2 sentiasa bahagia disisi keluarga dan dikurniakan kesihatan yg baik agar dpt terus berbakti mencurahkan ilmu. kepada cikgu2 yg telah pergi mengadap Tuhan, aku menadah tangan memohon kepada Tuhan agar roh kalian ditempatkan dikalangan org yg beriman.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang Ulama yang mulia

Jika hari ini seorang Peguam menang bicara

Jika hari ini seorang Penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA

Sunday, October 11, 2009

Terima Kasih Cikgu - Part 2

zaman sekolah menengah - tingkatan 1 - 3

aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah pada tahun 1994. lebih ramai cikgu yg aku temui, lebih banyak kenangan manis terpahat. well, aku mulakan dgn cikgu marican. dia mengajar aku kemahiran hidup. walaupun nampak serius diluar kelas, maybe sbb dia jugak cikgu disiplin tapi time mengajar dia mmg kelakar habis. setiap kali masuk mengajar, ada jer lawak antarabangsa yg dia buat. tak pernah kering gusi aku dan kengkawan. maybe sbb tu lah pelajar2 kamcing dgn dia. tak malu nak tanya itu ini, mintak itu ini. tak pernah sekali pun dia marah sepanjang mengajar. semua student respect kat dia. sekarang dia dah tak mengajar. dah tukar profesion jadi tukang urut refleksi. apa pun yg dia buat pasti akan berjaya sbb tak kan dia putus asa utk dapatkan apa yg dia nak. cikgu sabudin baru ditukarkan dari sabah waktu dia masuk mengajar kelas aku. aku masih ingat cerita dia waktu mengajar kat sabah. kisah pelajar dia yg cuma makan beras dan minum air paip utk alas perut sepanjang berada disekolah. menangis dia bila ceritakan kisah bekas pelajar dia kat pendalaman sabah tu. apa pun dia mmg best..best sangat. dah kemana dia sekarang ni.. cikgu favourite aku namanya cikgu tazan. nama dia mcm tarzan kan..huhu aku selalu kenakan dia sbb nama dia yg unik tu. dia pun satu, pernah sekali dia nak ceritakan kisah seorang budak yg tinggal dlm hutan. dgn secara sepontan laju jer mulut aku  sebut tarzan. kan dah kena..tak pasal2 satu kelas gelakkan dia. dia pernah cakap nama dia mmg unik sbb dlm malaysia ni cuma ada 2 orang jer yg bernama tazan. selain dia, seorang lagi adalah pakcik tua yg bawak teksi. betullah tu.. cikgu zulkiflee mengajar kelas aku 2 subjek, geografi dan bahasa malaysia. dia satu2 nya cikgu yg pernah gunting rambut aku. ntah lah mcm mana time spotcheck ari tu, aku lupa nak menyorok. tak pasal2 rambut aku jadi mcm rambut askar. pendek ketot,  kata org teganu.  cikgu zul ni bila t/hari jer mesti acap kali mata dia berkedip2. cikgu mat sedik mcm cikgu zul jugak. ada waktunya garang, ada waktunya kelakar habis.

teacher nooraini, teacher maheran dan teacher samihah antara yg pernah ajar aku subjek english. diaorang sumenya lawa2. that why aku tak pernah ponteng time kelas diaorang. cikgu norulfah dan sir nasir pulak mmg tegas. kalau dia kata buat, jgn sesekali tak buat. nanti tak pasal2 rotan membelai tapak tangan. tapi aku tak pernah dirotan sbb aku akan bertukar jadi alim2 kucing time dia mengajar. cikgu rozaina ni, aku suka tgk her face. bukan sbb lawa tapi sbb wajah keibuan yg ada pada mukanya. pernah sekali aku ketuk belakang dia dgn pen sbb tak puas hati kena denda. tak pasal2 lepas tu kena hukuman denda 2x ganda dari yg sebelumnya. jahatkan aku ni..huhu ustaz harun, ustazah norazizah dan ustazah rahimah mengajar bahasa arab. so far so good lah. diaorang tak pernah tinggikan suara biar pun budak2 dlm kelas aku tu nakal2. honest aku cakap, aku tak suka sgt bahasa arab ni. ustaz musa pun mengajar bahasa arab jugak. dia selalu bagi nasihat kat pelajar2 dia. aku suka style dia. sederhana jer. pergi sekolah pun pakai kereta buruk. tapi ustaz mmg best.. guru praktikal masa tu, ustazah zuraida mmg comel giler. kecik jer orangnya tapi wajah sentiasa berseri2. sebelum habis praktikal, dia pernah bagi aku penanda buku. sekali dgn alamat rumah dia. sampai sekarang pun ada lagi dlm simpanan aku.

cikgu azizah antara cikgu favourite aku. aku masih ingat lagi mcm mana rupa dia. dia mmg garang tapi bertempat. tapi aku suka cara dia mengajar, bersungguh2 nak bagi pelajar dia faham apa yg diajar. dia selalu ingatkan, jgn jadikan kemiskinan sbg halangan utk berjaya. dlm ramai2 pelajar dia, tulisan aku yg paling susah dia nak baca sbb terlalu kecil. dia pernah cakap, kalau nak baca tulisan aku kena baca dibawah kanta pembesar. mmg tulisan aku masa tu kecil sgt, mcm tulisan budak pompuan. ekekeke. cikgu khatijah mmg sempoi. selalu sgt aku cakap dia pilih kasih sbb salah sorang anak sedara dia satu kelas dia aku. wess duan boh, mung ingat lagikan mcm mana aku kenakan mak sedara mung nih.. ;p cikgu zainal, walaupun muka dia nampak garang tapi time dia buat lawak, mmg nak pecah perut aku dan kengkawan ketawa. mmg tak padan dgn tubuh dia yg besar, misai mcm genghis khan tapi pandai melawak. cikgu basir mmg sempoi. sekali tgk memang tak macam seorang cikgu pun. selamba giler time ngajar geografi. cikgu syafie pun mcm tu jugak. selamba orangnya.

cikgu wan ali..orang perak. aku suka sgt time dia mengajar. tegas tapi diselang seli dgn lawak antarabangsa. sbb subjek sejarah mmg aku paling minat, of course result exam aku tak pernah kecewakan dia. korang ingat tak kerja kursus yg kena buat time sekolah menengah dulu. kalu tak silap org panggil folia ek..ntah lah, aku lupa. hasil kerja aku mmg cemerlang. tapi kalau lah cikgu ada terbaca entry ni, sebenarnya 100% hasil kerja tu dicopy dari member punya. sorry dehh..malas sebenarnya nak pi muzium buat research sikit2. hehehe cikgu wan mariam dan cikgu hasnizan pun ngajar sejarah jugak. ok lah..biasa2 jer.. cuma cikgu mariam suka sgt cubit aku sbb aku jenis tak dengar kata. cikgu rahida sulong sekali tgk mcm pelajar jer. muka pun mcm budak2 lagi. dia baru keluar dari maktab masa mengajar aku. aku selau permainkan dia time dia mengajar. tiap2 hari ader jer benda yg aku buatkan dia pening kepala. dlm ramai2 pelajar dlm kelas, aku ler yg paling susah nak dikawal. tapi time aku jadi budak baik dlm kelas, dia cakap tak best pulak sbb takder yg mengacau dia. antara cikgu2, dia lah yg paling ramai pelajar cuba nak tackle. maybe sbb wajah dia yg manis sokmo dan sikap peramah dia. asal jer pelajar tingkatan 5 lalu tepi kelas, mesti ada yg cuba main2 mata dgn cikgu ni. gatal ek... huhu

ustaz jusoh mengajar pendidikan islam. biasa2 jer.. kalau tak silap, ustaz ni org sabah. kalau tetiba jer dia diam, itu maknanya dia  tgh marah. bila dah cold, baru sambung mengajar balik. ustazah fatimah pun mengajar pendidikan islam jugak. tapi setiap masa dia selalu pakai sweater sbb penyakit dia. kalau org lain rasa panas, dia pulak mengigil rasa sejuk. cikgu aria sukaria mengajar kemahiran hidup. dia sentiasa senyum. time kelas dia, mmg takkan rasa boring sbb tak pernah kering idea dia utk buat pelajar ketawa. sekarang dia dah berhenti mengajar. kerja kat jabatan hal ehwal islam pulak. cikgu azman mengajar subjek yg sama, orangnya pendek jer dan kurus, tapi tegas. tiap kali buat silap, sure kena marah, sure kena pumping. tapi dia selalu bagi peringatan kat pelajar2 dia supaya memikirkan masa depan dlm apa jua yg nak dibuat.

cikgu zainun, cikgu fuziah dan cikgu rosnida mengajar matematik. cikgu rosnida mmg tegas sikit antara 3 org cikgu ni. time mengajar, dia suka duduk kat depan papan hitam sambil menyilangkan kaki. ada gaya seorang model lah cikgu. cikgu ismail mmg tegas. kalau tgk muka dia pun dah rasa kecut perut. pelajar mana yg berani buat sambil lewa time dia mengajar. kalu nak rasa penampar, try lah buat. dia nak sangat ada antara pelajar dia yg masuk maktab tentera. rasa2 nya takder sorang pun kengkawan aku yg penuhi impian dia tuh. dia pernah cakap nak terbitkan sebuah buku tentang budaya bodoh sombong. tak tahu lah samada dia dah siapkan atau belum buku tu. aku teringin nak baca.. nama cikgu terakhir yg aku nak tulis kat sini, cikgu nordin. cikgu sukan yg best sangat. dia anggap pelajar2 adalah kawan dia. that why pelajar rapat sgt dgn dia. walaupun nampak selamber, kelakar tapi semua pelajar hormat kat dia. dia pandai guna psikologi utk handle pelajar2 dia. dia lah cikgu yg berjaya mengesan bakat aku dlm bola sepak dan bola tampar. walaupun aku tak lah hebat sgt tapi dia tetap suruh aku cuba sampai habis kudrat. pernah satu ketika dia tak hadir ke sekolah kerana pergi kursus, dgn selambe jer aku dan kengkawan main bola dalam hujan. cikgu2 lain cuma tengok sambil mengelengkan kepala. yer lah, nak tegur pun serba salah. dah mmg diketahui seluruh warga sekolah, kelas aku kelas yg paling teruk, kelas yg paling byk masalah disiplin masa tu. bila dilaporkan hal tu kat cikgu nordin, tak der pun dia marah2. just bagi nasihat jer. kat manalah dia mengajar dia sekarang ni ek.. ada lagi ke skil pelik2 dia dlm sepak takraw..

dah panjang lebar aku menaip ni..bersambung di siri yg ke tiga dan terakhir pulak. walau dah lama aku tinggalkan alam persekolahan tapi aku tak pernah lupa cikgu2 yg pernah mengajar aku. aku masih boleh ingat nama mereka, aku masih ingat subjek apa yg mereka ajar dan aku masih ingat kenangan bersama mereka..

Terima Kasih Cikgu - Part 1

pagi ni tgh ralek (asyik) aku belek album, aku terjumpa 2 keping gambar. 1 masa sekolah rendah dulu, 1 lagi mase sekolah menengah. sedor dok sedor doh 11 tahun aku tinggalkan sekolah. cepatnya masa berjalan kan. masa ambil spm dulu, aku baru 17 tahun. sekarang dah 28 tahun. err..belum lagi lah. tak cukup bulan lagi. baru 27 tahun lah.. tak ngaku dah tua bangka..hehe. aku pun dah lama tak jumpa kengkawan zaman sekolah dulu. dah ke mana diaorang ni. ramai yg dah kawin kot. maybe cuma aku jer yg masih lagi mengekalkan keterunaan aku.  ada yg masih study kat luar negara, ada yg jadi doctor, lecturer, cikgu, pegawai kerajaan, businessman, ahli koporat, ahli politik, engineer, technician dan apa2 lah. tapi ada jugak yg tertunduk ke bumi kerana dadah. what to do.. cikgu dah berikan cukup ilmu, apa pun terpulang kpd kita mcm mana nak mencorakkan hidup dikemudian hari.

entry kali ni aku nak flashback balik kenangan dgn cikgu2 masa zaman sekolah dulu. rindu kat cikgu2 ni. tak terbalas jasa diorang kat aku. kerana diaorang aku jadi seperti sekarang, kerana diaorang aku pandai membaca, menulis, mengira, melukis... pandai membezakan antara baik dan buruk, benar dan salah, halal dan haram..

zaman sekolah rendah 



masa sekolah rendah ni, aku paling dok suka m/p english. bukan sbb susah nak faham tapi sbb cikgunya garang giler. masa darjah 1-4 ok lah lagi. tapi start naik darjah 5-6, sorang cikgu india mengajar kelas aku. teacher vanitha a/p thanabalan. sampai sekarang aku masih ingat nama dia sbb dia satu2 nya cikgu india yg pernah mangajar aku. garang woo..time dia masuk kelas, mesti tak der yg berani buat bising. kalau ada yg lembab, tak masuk dlm otak apa yg dia ajar, siaplah. sure ada pemadam papan hitam yg akan melayang hinggap di muka. komang2 pun kena penampar or kena rotan dgn kayu pembaris kuning. korang sure ingat lagikan kayu pembaris kuning yg besar tuh, yg selalu cikgu guna utk buat garisan kat papan hitam. hah!! kayu tu lah.. err, aku rasa duan pondan ingat lagi time dia kena penampar teacher vanitha sampai pecah bibir  sbb tak leh sebut dgn betul perkataan 'employer'. hehe.. aku ingat ayat dia yg paling famous, selalu sangat dia ulang setiap kali nak exam.  

"lebih baik dpt C dari B. yg dpt B mmg bodoh, malas nak usaha sikit lagi utk dapat A"

teacher suraini  mmg best. tapi selalu dia marah2 sbb aku tak pernah pergi beraya kat rumah dia. padahal dia duduk kat kuarters sekolah jer.. ustaz mat nor mmg pandai buat lawak. tak pernah aku rasa boring time dia mengajar. ustaz talib mmg serius. dia pernah tulis huruf jawi atas kepala kawan aku (nizam) sbb susah sgt kawan aku yg sorang ni nak ingat alif ba ta.. padan muka ko..huhuhu. ustaz wan yusuf mmg sempoi. slow jer orang nya tapi anak dia mmg lawa giler. anak dia mengajar aku fardu ain sebelah petang. rasa nya aku masih ingat lagi muka anak ustaz ni. cikgu siti zaleha suke bercerita kisah dia zaman budak2 dulu. tak boring time kelas dia. dia ni ada masalah dgn suara. rasanya sekarang dia bergantung kpd 1 alat utk bantu dia bercakap. cikgu hanafi mmg best. dia ni mmg tinggi mcm galah. aku masa tu cume separas pingang dia jer. dia ajar pendidikan jasmani. sapa lagi ek.. teacher rozilawati pun slow gak. lembut jer suara dia time mengajar.  

cikgu mek maryana garang giler. sekali tgk, dia ni tak ubah mcm watak cikgu bedah dlm filem adik manja. mcm tu lah orangnya. cikgu azizah pun garang jugak. dia mengajar muzik. silap main rekoder sikit, sure berapi mulut dia marah2. cikgu zaki pun tinggi gak orangnya. ngajar matematik. kalau berdiri kat pintu, rasanya sama tinggi jer dia dgn pintu tuh. teacher hajah zaimah sempat ngajar aku english masa darjah 4. dah tua dah dia masa tu, tunggu masa nak pencen. cikgu harun mengajar alam dan manusia. sekali tgk mcm jins samsudin. last sekali aku jumpa dia 4 tahun lepas. dah beruban habis rambut dia. tapi aku tak sempat nak hai hai kat dia. cikgu zuki pun ngajar matematik. cikgu razib pulak suka bercakap bahasa baku time ngajar. sesekali terasa mcm belajar bahasa klasik pulak. kasut pun dia panggil sepatu. adess. cikgu noraini dan  cikgu faridah sekali tgk mcm org arab. selalu berjubah, muka pun dah iras2 mcm org arab. cikgu engku khairul sebijik muka dia mcm sorang pelakon drama kat tv. apa ntah namanya aku dah lupa.. dia ni tak penah tinggikan suara kalau anak murid buat bising. tersenyum jer. sama jugak mcm cikgu zaidi.  

dulu ada sorang cikgu pelatih pompuan yg mengajar aku masa darjah 4. apa ntah nama dia, aku pun dah lupa. dia suka bagi hadiah kat pelajar yg tumpukan perhatian masa dia ngajar. best.. aku pernah dpt sekali hadiah dari dia. sekali jer lah sbb aku mmg nakal masa sekolah dulu. selalu buat bising. dia suka panggil aku abang as. jauh benar panggilan nama tu dari full name aku. hehe.. tapi apa pun dlm ramai2 cikgu, masih tak leh lawan dgn apa yg pernah  cikgu hajah zainora buat. pernah ke korang lihat cikgu kencing dlm kelas disebalik almari. tak tahulah samada itu lakonan atau betul2. tapi tu lah yg pernah dia buat sbb geram sgt dgn pelajar dia yg suka gaduh time dia tak der. biasalah masa sekolah dulu kan nak tunjuk hero dpn pelajar pompuan. aku pun tak terkecuali. tak tahulah dah brp kali pembaris kuning mengetuk tapak tangan aku ni. ekekeke

kay lah, aku sambung di entry lain pulak. lapar lah, belum breakfast lagi ler.. 

Saturday, October 10, 2009

Kahwin, Aku Kahwin


 

dont make andaian terlalu cepat bila baca tajuk entry ni. tajuk tu tak seperti yg disangkakan. aku bukan nak kawin. belum sampai seru lagi, belum bertemu jodoh lagi. just nak ceritakan pasal mimpi semalam.

yer.. semalam aku bermimpi aku kawin. diulang sekali lagi, aku kahwin. ntah tak pernah2 aku mimpi kahwin sebelum ni. this is 1st time mimpi mcm ni, 1st time in my life. dlm mimpi tu aku lihat sendiri mcm mana sibuknya sedara mara buat persiapan kenduri kawin aku. sampai saat aku angkat nikah depan tok kadi pun ada sekali. tapi tak sempat nak bersanding sbb bila sampai saat aku nak lihat saper pengantin pompuan tu, terus aku terkejut dari tido. kan best kalu aku dpt lihat saper pengantin pompuan tu. manalah tahu kot2 someone yg aku kenal, tak gitu?  huhuhu

mainan tido jer tuh..kan kan kan... apalah mimpi pasal kawin pulak, kan best kalau mimpi jadi jutawan ker, jadi raja ke yg dikelilingi oleh dayang2 dan gundik2.. tak pun mimpi bawak ferrari ke, mimpi pi mekah pun best. ni mesti semalam kes lupa nak baca doa tido, terus dpt mimpi mcm tu.. tapi kan, agak2 nya saper lah pengantin pompuan yg malang tuh? dpt pulak pengantin lelaki yg perangai mcm budak2 ni.. keh keh keh

Thursday, October 08, 2009

Bila Hari Minggu

bagi aku, weekend mmg hari yg memboringkan. dlm kepala aku ni selalunya kosong, tak tahu nak buat apa. selalunya aku surfing internet or main games jer. kalu ada xtvt menarik kat luar, baru aku keluar rumah. beberapa tahun sebelum ni, aku selalu habiskan masa dgn jalan sana sini, beli itu ini kat pasaraya. sejak 2 minggu lepas, aku habiskan masa dgn tgk movie kat rumah jer. tak beli pun, just download. malas sebenarnya nak kuar kan pitih nak beli movie ni. lagi pun nak tgk sekali jer. kalau movie tu best, baru aku tgk 2-3 kali.


well, ni ler movie yg aku tgk sepanjang minggu lepas. aku pelik lah, mcm mana aku boleh tertengok citer hindustan pulak ni. selalunya aku mmg rasa boring tahap cipan nak tgk aksi dlm citer hindustan ni, asyik2 menyanyi, menari sampai habis 7 gunung, 7 lautan.. kalau hero gaduh dgn penjahat, polis mesti sampai bila penjahat sumer dah mati.. boring. apa pun citer hidustan yg 4 ni rasa best pulak. maybe sbb jalan citer menarik kot. dlm keempat2 citer ni, shah rukh khan yg jadi hero..aku tak minat pun mamat ni. mujur lakonan dia best, jln citer manarik. lagu pun so far so good lah..



  
 

kalau tak tgk cite tranformers ni mmg rugi. my childhood heroes ni.  yg no.1 kurang sgt aksi gaduh, yg no.2 ni better than no.1. robot pun semakin banyak. tapi 1 jer yg hampeh, kenapa ler pi buat pertarungan kat padang pasir. kalau kat bandar kan best. boleh tgk kedahsyatan kemusnahan akibat pertempuran between autobot dgn decepticon. whatever, i hope ler filem susulan nanti akan lebih dahsyat. fight ler dlm bandar.

dlm banyak2 box office movie, g.i joe paling tak best. kecangihan teknologi melampaui zaman. kalau ada 5 bintang, aku kasik 2 bintang jer. citer g-force mmg best. aku dah tgk 2x.. masyuk tgk aksi tikus2 belanda ni. apa pun aku tabik kat citer animasi made in malaysia, geng @ upin & ipin. tahun 2011 akan kuar movie pasal upin & ipin plak. harap2 lagi best..


 
 
 

Friday, October 02, 2009

Finally.. New Face

tadaaaa...akhirnya siap gok keja aku ni. simple sikit template baru ni. buang mana2 gadget hok dok perlu..so ringan ah biler nok buke blog ni. before this memang berat biler nok buke, amik mase lama nok tubek sutir2 benda dlm blog ni. giler ah line internet dlm 3 ari ni, slow giler. sakit jiwa aku nok surfing. nok bace online newspaper pun rohok. maybe kesan dari gempa bumi kot.. arap2 ah dok berpanjanggan ke-slow-an internet nih. susoh aku nok wat keja. nok layan YM lagi ah dok leh.



From Ekspresi Orang Teganu Kiter


Thursday, October 01, 2009

New Template

utk 1-2 hari ni maybe blog ni akan berada dlm keadaan darurat. ntah lah tetiba terasa rajin plak nak ubah penampilan blog ni. biasalah, kekadang kena tukar pakaian baru jugak, takkan nak pakai pakaian yg samer jer kan kan kan.. mcm mana hasilnya nanti, tunggu jer ler.. harap2 menjadi lah.. lalala~