Monday, February 01, 2010

Facebook


sekarang rata2 pengguna internet diseluruh dunia dilanda fenomena Facebook atau singkatannya FB. kini terdapat 3.85 juta pengguna FB di Malaysia, iaitu 1.1% berbanding 350 juta pengguna FB di seluruh dunia. kehadiran FB telah menenggelamkan populariti yg diraih oleh friendster, myspace dan tagged sebelum ini. kalau 3-4 tahun lepas ramai yg ketagih dgn friendster, sekarang ni ketagihan tu beralih kpd FB pulak. pada 1 ketika, hukum penggunaan FB ini pernah menjadi pertikaian dikalangan pengguna islam setelah didedahkan identiti pengasasnya, mark zuckerberg adalah dari bangsa yahudi laknatullah. dan pernah disebarkan maklumat bahawa pengasasnya ini menggunakan keuntungan pernigaan FB untuk membiayai serangan israel ke atas Gaza di Palestin. lantaran itu pernah dilancarkan 1 kempen menyeru pengguna islam untuk memboikot penggunaan FB kerana didakwa boleh membawa kepada haram. whatever telah dijelaskan oleh ulama, hukum mengguna dan membuka akaun FB pada asasnya adalah 'harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam. jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) islam, maka ia menjadi sangat digalakkan. namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan FB ini disalahguna. tepuk dada, tanya iman. (sumber Harakah Daily).

well, aku masih baru dlm penggunaan FB ni. belum sampai setahun jagung pun. before this, aku lebih syok melayan friendster dan tagged. myspace pun adalah jugak tapi jarang2. waktu sign up kat FB ni, aku rasa takder apa2 yg menarik sgt. yer lah, lagi pun masa tu belum ramai pengguna FB kat negara ni. nak guna aplikasi dlm FB ni pun aku tak reti lagi. but, sekarang ni baru aku tahu kenapa ramai yg dah jadi ketagih dgn FB ni. byk benda yg bermanfaat dan jugak tak berfaedah boleh dilakukan dlm FB ni. terpulanglah kpd matlamat seseorang.

bagi aku lah, FB ni mendatangkan byk kebaikan kpd aku. sesuatu yg aku sangkakan selama ini mission impossible dah jadi kenyataan dgn FB ni. taip jer nama kawan kat search box. kalau ingat full name lagi memudahkan kerja pencarian. apa yg dikatakan mission impossible tu ek? well, after 16 years aku bertemu balik dgn kawan2 masa sekolah rendah (skkmt) dulu kat FB ni. aku sendiri pun tak menyangka boleh bertemu balik dgn diorang yg rata2 nya dah berkeluarga. mmg happy bila dpt bersembang balik, bertanya khabar, bertukar cerita ttg kenangan masa zaman sekolah dulu. how sweet kan.. biarpun ada yg dah lupakan kawan2 tapi tak kisahlah. itu hak diaorang. maybe diaorang ada reason utk mengelak dari bertemu kawan lama. hmmm... dgn FB jugak aku dpt terus berhubung dgn kawan2 yg berada diserata tempat. walaupun dah tak berkerja dlm 1 jabatan tapi sesekali aku rasakan mcm kitaorang masih lagi berada dlm 1 team sbb sentiasa bergelak ketawa, kutuk mengutuk, memberi nasihat, meluahkan perasaan, berkongsi masalah kat sini. biarpun berjauhan tapi ikatan persahabatan takkan lenyap mcm tu jer.

1 benda lagi yg buat aku melekat kat FB berjam2 lamanya adalah games yg ada kat sini. kalau diikutkan ada byk games kat sini but i just play 2 games jer. farmville games pertama yg aku layan kat FB ni. melekat lah jugak 1-2 bulan. lepas tu aku rasa boring dgn games ni sbb malas nak menunggu tanaman membuahkan hasil. then aku beralih ke cafeworld sampailah sekarang. syok layan cafeworld ni. boleh bukak cafe maya. uruskan sendiri cafe ni dari membuat makanan, cari pekerja, susun atur barang dlm cafe, renovate dan mcm2 lah. nak ceritakan banyak2 kat sini pun aku tak ingat.. lagi pun dah hampir pukul 5 pagi. otak pun dah hampir beku dek kesejukan. nantilah lain masa aku tambah lagi apa yg patut kat entry ni. apa pun aku suka layan FB. memberi banyak kemudahan untuk aku. selagi digunakan utk tujuan kebaikan, tak salahkan... ngeekkkkk!!!

 
ni ler rupa cafe aku yg tak seberapa..huhuhu 

3 comments:

tOsHiO..... O.o said...

ok la 2...
cafe sy g la..
x berkembang sgt..
huhu
btw..
salam ziarah ye

Unknown said...

thanks..sudi singgah kat blog ni

Martin said...

I am absolutely loving your informative blog.