dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
mlm ni aku tak tahu apa nak dibuat. tak seperti malam2 sebelumnya, segala yg disentuh terasa serba tak kena. nak menghadap komputer pun rasa malas. nak baca buku lagilah.. bila aku bukak tingkap, terasa sejuk jer bayu malam. dilangit nampak bertaburan bintang. sana sini bintang2 berkelip. kalau dihitung dgn jari, agak2 nya berpakah jumlah bintang2 dilangit tu? subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan. kalau lah tak kerana kesejukan bayu malam, dah lama aku bentangkan tikar atas ge'rail. usung sekali bantal busuk. jadi boleh ler aku baring memandang langit. how nice kan?
aku cuba bandingkan perbezaan diri aku, dulu dan sekarang banyak sangat bezanya. fizikal dan perangai dah lain. kalau fizikal of coz lah kan, kalau dulu kecik sekarang dah besar. kalau dulu kurus cekeding, sekarang dah berisi. muka pun mmg tak sama langsung, jauh berubah. aku perasan muka aku lah yg paling berbeza antara adik beradik. tak sama. kalau adik2 yg lain, pasti ada sikit persamaan sana sini, tapi aku tak. berbeza. bila aku tgk balik zaman masa zaman sekolah dulu, tak sama langsung. seperti 2 orang yg berbeza. aku pasti ramai kawan2 sekolah dah tak kenal aku kalau terjumpa kat mana2. perangai aku pun cukup ketara perubahannya. aku bukan lagi seperti budak 8 tahun lepas, budak yang tersengih sokmo mcm kerang busuk. time menahan sakit pun aku masih tersengih2. hampir2 nak kena langgar kereta pun aku steady jer, sengih2. gilo ker apo..? aku bukan lagi budak yg takut kpd hantu. masa kecik bila tgk cerita hantu kat tv, sure tengah2 malam kalau nak bangun kencing, aku akan gerakkan mak suruh temankan. pernah jugak terkencing atas tikar sbb takut nak pergi tandas. huuu..
huuu..rasa ngantuk lak mata ni. dah dekat 2 minggu aku asyik tido lewat. kadang2 tak tido langsung 2 hari berturut2. penyakit lama aku dtg balik. kalau telan 2-3 butir pil tido pun membazir jer. mata aku tetap keras semacam, tak nak ngantuk2. agaknya kalau ada jawatan kosong sbg batman, aku lah org pertama yg apply. ngeeekk
No comments:
Post a Comment