Tuesday, August 31, 2010

Kisah Raya Zaman Dulu

tinggal 9 hari lagi nak raya. sedar tak sedar bulan ramadan semakin ke penghujung. sana sini dah sibuk buat persiapan raya. ada yg berjaga mlm buat kuih raya, menjahit baju raya, menukar langsir baru, mengecat rumah dan mcm2 lagi yg boleh dilihat menjelang aidilfitri. dalam keghairahan nak sambut raya, sedih rasanya bila jemaah yg berterawih kat masjid/surau semakin sedikit bilangannya. kalau awal2 puasa dulu, hampir penuh masjid tapi semakin dekat nak raya cuma tinggal 3 saf saja. itu pun ramai yg tua2. aura hari raya lebih kuat dari aura solat terawih. kepada yg masih setia menunaikan amalan sunat dibulan puasa, lipat gandakan amalan sunat kerana kini sudah sampai 10 malam terakhir. kalau ada rezeki, bertemu lah dgn lailatur qadar. cukup cerita pasal puasa.

Sunday, August 29, 2010

Khazanah Peninggalan Rasullullah SAW: Part 2

sambungan dari part 1...

surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

 surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

Khazanah Peninggalan Rasullullah SAW: Part 1

Subhanallah, akhirnya dapat juga melihat khazanah peninggalan Nabi SAW. Khazanah peninggalan Nabi SAW ini tersimpan dibeberapa buah negara seperti Turki, Jordan, Iraq dan negara Timur Tengah yang lain. Semoga dgn menatap khazanah agung ini, akan menguatkan lagi rasa sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW.

Gambar2 dibawah dipetik dari http://moeflich.wordpress.com 

  baju Nabi SAW yang lusuh.

 
 jubah Nabi SAW

Saturday, August 28, 2010

Ayah Ibu Tersayang

kasihnya ibu membawa ke syurga, 
kasihnya saudara masa berada,
berkorban raga rela binasa, 
berkorban nyawa tanda kasihnya,
kasihnya ayah sanggupkah berpisah, 
dan kasih anaknya berkorban nyawa,
biar pun jiwa akan tersiksa, 
ikhlas dan rela asal kau bahagia..

lirik lagu tu cukup mendalam. terdengar lagu tu, teringat aku kat ayah dan mak. sejak aku kecik lagi aku diasuh dgn baik hingga aku membesar seperti skrg ni. syukur kerana dikurniakan mak ayah yg penyayang. syukur kerana aku tidak menerima nasib seperti bayi2 malang yg dibuang oleh ibunya.

Monday, August 23, 2010

Kisah Penjual Burger

kepada wanita, ketika mencari pasangan.. apakah kriteria utama yang menjadi pilihan. harta atau hati budi? kalau lelaki itu cuma seorang penjual burger, sanggupkah kamu menjadi pasangan hidupnya? haii!!! ramai yg akan berfikir acap kali dan ada juga yg awal2 lagi dah menolak. kenapa? sbb ramai yg beranggapan kahwin dgn penjual burger ni ibarat menempah kesusahan dikemudian hari. penjual burger tak dapat memberikan kesenangan. penjual burger low standard, baik cari yg berharta. hinakah kah si penjual burger?

Tuesday, August 17, 2010

Menu Semalam

doh lama rasenya aku dok balik rumoh. doh dekat 3 bulan. semalam aku balik berbuka puasa kat rumoh. mcm biasa ah kalu aku balik mesti mok akan masok tempe goreng pedas. favourite aku tuh sejok sekolah menengah. sapa kata org johor jer kenal tempe, aku pun berahi jugok tempe ni walaupun bukan org johor. dok kisah lah org selatan ke, pantai timur ke yg penting itu makanan tradisi org melayu.

opsss, family aku dah pelihara kucing baru. 2 ekor, ibu dan anok. ibu kucing kaler oren, anok kucing kaler kacuk, putih, hitam dan oren. bulu kembang mcm kucing parsi. mmg kacuk parsi pun. hehe.. comel lorrr. ada masa kekgi aku tepek gambor kucing tuh kat blog nih.. buat masa ni, tgk jer ler menu berbuka puasa aku semalam..

Sunday, August 15, 2010

Hari Ke-5 Bulan Ramadan

dah masuk hari ke 5 umat islam menunaikan ibadah puasa, dan malam ni adalah malam ke 6 solat terawih. alhamdulilah hingga ke saat ini aku masih dikurniakan kesihatan yg baik utk meneruskan ibadah puasa. semalam balik dari solat terawih, aku lalu hadapan mydin mall dan giant. ramai betul rakyat jelata kat kedia2 pasaraya ni. jah lebih ramai dari malam2 sebelumnya. agaknya aura hari raya sudah terasa walhal puasa baru 5 hari. patut ler kat masjid dah semakin nampak berkurangan yg berjemaah, rupa2 ramai yg sudah mula membeli persiapan hari raya. oh my...apalah nak jadi. kot kot yer pun, biarlah sampai pertengahan puasa dulu barulah start membeli keperluan hari raya sikit demi sedikit.

Friday, August 13, 2010

Tragedi Semalam

tajuk gempak jer kan. tapi mmg gempak apa yg berlaku semalam. ni kisah lepas balik dari solat terawih. 2 kejadian dlm 1 malam yg betul2 boleh membuatkan aku hampir terlantar kat hospital. nak start dari mana ek? ermm..semalam aku pergi solat terawih kat masjid putih. dah kebiasaan setiap kali ramadan memang aku suka berterawih kat masjid ni. why? sebab masjid ni terletak berhampiran dgn laut. tenang jer rasa bila sdg solat, angin laut bertiup sepoi2 bahasa. ada sesaper yg tak tahu mcm mana rupa masjid ni? tgk gambar kat bawah tu.. comel kan, serba serbi warna putih. binaan klasik..

Kisah Aku Dibulan Ramadan

kalu nak dikira sejak aku lahir sampai skrg, dah masuk tahun ke 28 aku berada dibulan ramadan. cepatnya masa berjalan..sikit jer lagi nak cecah angka 30. itu pun kalau masih dipanjangkan usia. heeee... aku start berpuasa masa darjah 1. sejak berumur 7 thn sampai skrg, byk sgt kisah suka duka dibulan puasa ni. memandangkan mata pun masih tak ngantuk2, aku share lah sikit kenangan masa bulan puasa.

aku ingat lagi hari pertama dlm sejarah aku puasa penuh. sampai meringkuk bawah kerusi sbb terlalu lapar. bila time berbuka, terketar2 tangan suapkan kuih dlm mulut. hilang habis segala tenaga..

masa sekolah rendah, aku selalu ponteng puasa. balik jer dari sekolah, mesti terus pi mandi. sambil2 tu teguklah air paip sampai hilang dahaga. gukk gukk gukk.. alhamdulillah, hilang dahaga

bukan setakat sekolah rendah jer, masa sekolah menengah pun aku ponteng lagi tapi 2-3x jer lah. yg aku ingat masa tingkatan 1. sbb letih sgt mengecat rumah, aku terus bukak peti sejuk, minum air sirap semalam

Thursday, August 12, 2010

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa

jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1431 H / 2010 M bagi daerah Kuala Terengganu dan Marang

note: klik utk pembesaran

Wednesday, August 11, 2010

10 Sebab Kenapa Saya Menulis Blog


1. Kenapa saya menulis blog?
- sbb sya mmg suka menulis sesuatu yg berlaku dlm kehidupan seharian sejak sekolah menengah lagi. masa sekolah dulu tulis dlm buku nota, skrg tulis dlm blog pulok

2. Kenapa saya menulis blog?
- sbb sya mmg suka sejarah. menulis blog ibarat seperti menulis sejarah diri sendiri. bila akhir tahun, sya akan baca balik apa yg ditulis sepanjang tahun. ada waktunya mcm tak percaya apa yg dah berlaku sepanjang tahun

3. Kenapa saya menulis blog?
- sbb boleh refresh balik kenangan silam. apa yg berlaku masa kecik, masa sekolah, masa remaja sampailah skrg. semuanya diceritakan dlm blog walaupun x sepenuhnya. so, dgn cara ni kenangan silam takkan luput dek hujan, tak lekang dek panas

Monday, August 09, 2010

Salam Ramadhan 1431H

lusa kita semua akan menyambut bulan ramadhan, bulan yang paling mulia. semoga ramadhan kali ni dapatlah kita semua tempuhi dgn sebaik mungkin. tingkatkan amalan, banyakkan membaca al-quran, mengerjakan solat terawih disepanjang malam bulan ramadhan dan yg paling penting, membayar zakat. rugilah pada sesiapa yg membiarkan bulan yg mulia ini berlalu begitu saja sedangkan ganjaran pahala dibulan ramadhan ini berlipat kali ganda berbanding dgn bulan2 yang lain. tak perlulah difikirkan lagi persiapan utk menyambut aidilfitri. marilah sama2 kita menginsafi dosa2 yg telah kita lakukan, sama2 kita menadah tangan memohon kepada Tuhan agar diampuni segala dosa2 kita dan diberikan hidayah utk menempuhi saki baki hidup ini.

Thursday, August 05, 2010

Mok!! Aku Nok Tubaik

kisah benar mengenai rintihan seorang pelatih di Pusat Serenti yang menginsafi kesilapannya. meronta2 pelatih ini ingin keluar dari Pusat Serenti, pulang ke kampung bertemu ibunya..

(sajak written and read by Ibrahim Mohd Taib of Ajil, Ulu Terengganu)

Balik Lah Wook....

sajak tentang seorang ibu yang telah sekian lama menanti kepulangan anaknya yang merajuk lari ke Kuala Lumpur. sehingga sekarang anaknya belum juga mahu pulang ke kampung walaupun hari raya semakin dekat..

(sajak written and read by Ibrahim Mohd Taib of Ajil, Ulu Terengganu) 

Monday, August 02, 2010

New Proton Waja???

shuhhh!!! just nak share lakaran gambar new Proton Waja replacement based on Mitsubishi Lancer yang bakal dikeluarkan sedikit masa lagi. jangkaan dilancarkan pada akhir tahun ni dan harga belum ditetapkan. harap2 harga janganlah melambung tinggi. kalau sampai RM100 ribu ke atas, baik beli jer Mitsubishi Lancer. berita berkenaan Proton Waja baru berasaskan model Mitsubishi Lancer bukan sesuatu yg baru kerana sejak awal tahun lagi sudah kedengaran desas desus ini.