Friday, October 21, 2011

Jawapan Kepada "Bila Kamu Nak Kahwin?"


Sometimes dah tak terpikir nak bagi jawapan macam mana bila acapkali ditanya "bila nak kahwin?". Selalunya aku jawab "coming soon" jer. Tapi dah bertahun2 aku beri jawapan tu. Selepas ni kalau ditanya lagi, inilah jawapan yang akan aku berikan. Kepada yang still single mingle, sudah terlajak usia atau masih belum ada perancangan nak kahwin, boleh lah copy paste jawapan ni bila nak menjawab pertanyaan pakcik makcik dan kawan2 di luar sana. Jawapan terbaik untuk soalan cepumas ini. Ngeh ngeh ngeh

S- Kenapa lambat?
✔   Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku

S- Dah berpunya?
✔   Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing

S- Siapa?
✔   Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku

S- Bila?
✔   Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemputlah datang ke walimatul urus nanti

Usahlah ditanya selalu bila seseorang itu nak kahwin kerana semua rahsia itu terletak di tangan Allah. Tiba waktu Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah..


16 comments:

♥cikmOt♥ said...

haah, baru nak tanya...bila nak kawin ni..
lama dah saya menunggu kad datang...
last2 saya bersalin dulu dah...hehehe

Fahimah Mahayuddin said...

Setuju! Dah mula rimas bila orang asyik tanya bila nak kawen

maya amir said...

walaupun saya dah kawen, tapi saya sendirik tak suke kalau ditanye soklan2 gitu..cth soklan : bile nak tambah anak lagik? bile nak dpt anak pompuan? sama jek utk org bujang atau dah kawen, masyarakat kite mmg "sungguh2 prihatin"..adehh..lebih baik derang ni prihatin kpd gejala sosial yang ade skang ni kan?..haishhh...

azwa amani said...

yg itu semua amani tak kisah, tapi kalau MH dah kawin soalan ini amani nak tanya..

"eh, bila kawin ?? nape tak ajak??"

boleh?? huhu..

Ayuni said...

hm, jawapan yg bagus.....biler nk kawin? sye nk konvo dh bln 9 thn dpn, x tau lg nk dtg unisza biler....hikhik...

NM02 said...

bila dah kawin, tanyer lg bila nk dpt anak, pastu bila nak tambah lg.. dll... sampai pejam tutup mata buat selamanya...

hehehe

Cik Specky said...

sama jgk klau org asik tanya - "bila nak tmbah anak lg??" saye cuma leh jwb dgn senyum kelat je.. *sighhhhhhhhhhhhhhhhh*

mummyrinazone beauty said...

insyaallah adalah tuh jodohnya tak kemana..=)

e.l.i.z.@ said...

eh jap jap..pakcik sama umo ngan sy kah? :P
org laki xpo pakcik kawen lambat

mak encik | SZ said...

senyummm tak perlu kata apa-apa!

LadyBird said...

kenapa ek ramai sgt org bertanya bila nak kawin.. lepas kawin bila nak dpt anak.. kalau x dpt anak lagi atau lmbt dpt anak.. mcm2 dikata.. seolah2 kehidupan depalah paling baik.. paling bagus.. rimas sgt dengan soklan2 camtu.. mrk seolah2 lupe kuasa Allah yang berhak memberi kepada siapapun yang Dia kehendaki..

E'in said...

lau ade jodoh, kawen laa kn.. :)

KuNanGKuNanG said...

sape tanya lg kene ketuk kepala nnti.

Afzainizam said...

Mungkin saja keterlambatan itu kerana ada hikmah yang terkandung didalamnya yang kita sendiri tidak dapat untuk menterjemahkannya. akhirnya kita sedar bahawa Allah lah tempat kita bermohon.

Insya Allah

Maaf lama tak ziarah kamu semua.. Minggu lepas out station lerr...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip cari kereta terpakai proton perodua

Miss PIJAOSIX said...

aku dah jadi manusia yang anti pada mereka yang suke bertanye soalan2 begini....ish...

Noorul0206 said...

hai lawatan baals ni...dulu saya pun letih nak jawab..nape la entry ni kuar lambat sangat kalau tak leh guna masa tu.... hihihih