nothing special utk ditulis kali ni. tak der benda menarik berlaku dlm beberapa hari ni. ala ala suam kuku jer. hari ahad aku tak pi kerja kes takder air. apakebenda lah syarikat air ni, nak buat kerja2 pembaikan paip air senyap2 jer. tahu2 bila buka paip air pagi tu, setitik air pun tak keluar. ah sudah..takkan nak pi kerja tanpa mandi. tak sanggup aku. kalau pakai kemeja tak bergosok pun aku dah rasa tak selesa, inikan pulak kalau tak mandi. kan nanti ada pulak bau kambing dlm opis. tunggu punya tunggu, kol 9 mlm baru ada air balik. cehh!!
masuk kerja keesokan harinya, jadi teramat bz pulak. dari pagi sampai balik kerja, aku tak sentuh makanan. just minum milo o-peng jer. dah jadi kelabu mata aku ktang ktung ktang ktung menyiapkan 4 peta. peta ke 5 aku tak sempat nak siapkan, kemalasan dah melanda masa tu. next week lah pulak aku siapkan peta tuh. bila jer aku siapkan kerja, langsung aku dimaklumkan today hingga thursday aku kena pi outstation. yahoooo..boleh keluar opis. serta merta mata aku jadi segar balik, berkelip-kelip mentol atas kepala aku. kay lah, lapar ni. makanan kat resort ni tak best, tak best sangat. mujur receptionist comel. kena pi keluar makan kat kedai ler lepas solat isyak nanti...
No comments:
Post a Comment