Tuesday, November 17, 2009

Hujan Dan Penat



hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

indah kan lirik lagu tuh. karaoke acap kali pun tak kan rasa puas kalau tak nyanyi lagu tuh walaupun suara aku sumbang. lagi sempurna bila nyanyi time hujan, time musim tengkujuh dan jugak time menangis. cut cut cut!!! bukan nak cerita pasal lirik lagu tu lah. nak cerita pasal kisah aku pi oustation today. aku dihantar ke kemaman minggu ni. semua tahu kan sekarang ni musim hujan. memang leceh buat kerja waktu hujan. time nak bertolak pagi tadi, mendung jer. aku turun dari rumah dlm pukul 6.50 pagi. sebelum tu aku rasa dah tak sedap hati sebab tak nampak fajar dilangit. tak sampai 10 minit bergerak, titisan air hujan mula membasahi jalanraya. tapi ok lah lagi kalau sekadar rintik2. tapi bila hujan merintik pun dah cukup utk buatkan aku mengeluh. sure lambat siap kerja aku hari ni. tak baikkan aku mengeluh mcm tu. bukan ke hujan tu nikmat dari Tuhan kpd ciptaan-Nya. tapi betullah, mmg kerja aku semakin slow bila hujan ni. nak lindungi dokumen penting dari basah. dlm pukul 3 ptg, hujan semakin rancak menari menaburkan benih sejuk, awan hitam semakin tebal berkumpul. ah sudah!! dlm hati aku berdoa kpd Tuhan agar diberikan kesempatan utk aku siapkan kerja today. kaki ku mengatur langkah dgn perlahan2 sambil tgn berusaha melindungi dokumen dari terkena air hujan. alhamdulillah..dpt jugak siapkan kerja walaupun dah lewat ptg.

aku bertolak balik dlm pukul 6.45 ptg. sepanjang perjalanan hujan tak pernah penat utk membasahi bumi. sesekali jarak penglihatan terlalu teruk kerana hujan lebat. sejuk bukan main, sampai ke tulang aku rasakan. 140km, tu lah jarak perjalanan utk pulang. 2 jam aku bertarung dlm hujan utk sampai ke rumah. habis mengecut kulit2 dijari. tu lah, gatal2 sgt nak pi dgn motor, padan muka aku. 2x aku hampir terlanggar org yg nak melintas jalan. huh!! nasib baik. dgn suasana dlm hujan, kelajuan motor 150km/j..mmg bahaya kalau brek mengejut. terpaksalah aku berganjak ke laluan bertentangan utk mengelakkan terlanggar org yg sedang melintas jln. sampai kat rumah, aku jadi blurrr jer. agaknya fikiran dah beku sbb kesejukan. penat tak usah diceritakan. 13 jam aku kerahkan tenaga utk buat kerja dan jugok perjalanan pergi balik. sampai kat rumah mcm dah hilang segala tenaga. tgn kanan dah mengeletar. mata terlalu mengantuk.  rehat ah dulu..mandi utk segarkan tubuh. esok kena pi dgn kereta ah. senang..

p/s - entry aku pasal tepon baru tuh, yup aku dah beli. tapi 2 hari lepas aku dah jual tepon tu kat kwn sepejabat. leceh ah touch screen. manja  sgt. biarpun function nampak menarik tapi tak mampu buat hati aku terdetik tuk pakai lebih lama. tak kisah ah aku rugi 10 riyal asalkan aku dpt balik duit yg dilaburkan utk beli tepon baru. kay lah..mata dah tak leh tahan ni. penat, terlalu penat. kat luar hujan semakin lebat turun. sejuk..kalau ada bini kan best. boleh peluk bini time hujan lebat mcm ni. huhuhu ngeekkk

4 comments:

~Pn.Ilah~ said...

Berulang ke Kemaman..dasyat!!Agak jauh tuh..dh ler musim hujan loni.nasib tak berbeku time bwk mtr tuh...

E.L.I.Z.A said...

alahai sygnya jual balik..tp mujo gok..sy pun x berapa minat touch screen.

Mata Hati said...

~Pn.Ilah~
mmg letih tapi kerana kerja terpaksa jugak lalui semua ni..

Mata Hati said...

E.L.I.Z.A
touch screen mmg dok best. semakin melambatkan keje2 menaip mesej. kalau jari besar sure tertekan 2 nombor sekaligus..