entry kali ni aku nak ceritakan pasal kerja. bila org tanya kerja kat mana? aku selalu katakan kat statistic department, not jabatan perangkaan. bukan sbb perkataan omputih tu nampak lebih best tapi kerana berdasarkan pengalaman aku berurusan dgn responden. bila disebut jabatan perangkaan, ramai yg tak tahu. tapi bila sebut statistic department ramai pulak yg angguk kepala tanda tahu. tapi bagi responden yg tinggal kat kawasan kampung, sebut jer jabatan perangkaan, diaorang dah tahu. hampeh betul org kat bandar ni, lebih2 lagi kaum cina.
31-disember baru2 ni, dgn rasminya kontrak aku tamat. kalau dikira tambah tolak darab bahagi, dah hampir 10 tahun aku bersama jabatan ni. aku mula2 masuk bekerja kat sini pada 23-julai-2000. masa tuh aku baru berusia 18 tahun (kalau ikut bulan kelahiran lah). dan bila kontrak aku dgn jabatan ni tamat, aku dah berusia 28 tahun. lama kan? dari zaman remaja hinggalah mencapai usia dewasa. aku sendiri tak pernah merancang utk terus berada dijabatan ni selama ni. banyak kenangan pahit manis aku kutip sepanjang kerja kat sini. kalu nak story kan 1 persatu, 100 pages pun dok cukup. berkawan, bercinta, putus cinta then bercinta balik, kemalangan, ketawa, sedih, melenting, kawan makan kawan, kambing hitam, semuanya dah aku tempuh kat sini.
well, kelmarin aku datang, hari ini aku pergi. aku dah lama plan nak mengutip pengalaman kat tempat kerja lain. tapi masih belum ada rezeki utk melangkah kaki. dengan berakhirnya kontrak aku bermakna dah sampai masa aku melangkah kaki ke tempat lain pulak. hampir 10 tahun kat sini, 5 tahun pertama aku berada disini kerana nak kutip sebanyak mungkin pengalaman. 5 tahun seterusnya aku masih bertahan kat sini kerana ada someone yg aku tak sanggup tinggalkan. someone yg aku sayang till the end of my life. whatever, pergi tetap pergi, rezeki bukan terletak kat 1 tempat saja. asalkan ada usaha dan kemahuan insyaallah rezeki pasti akan turun dgn melimpah ruah. bila aku melangkah kaki keluar, aku takkan kembali lagi ke situ.. aku harap tahun baru ini akan memberikan suasana baru, kehidupan baru utk aku.
menerima sijil penghargaan dari ketua perangkawan, dato' shaari
staf pusat prosesan banci 2000
aku sorang jek kumbang dlm team ni.. boleh lah
last day sebelum penutupan pusat prosesan banci
tahun 2001. merasa gak pegang piala malaysia
family day 2002 kat muzium losong
sukan peringkat zon timur kat kota bharu
staf distrubution trade 2002. lelaki kat depan tuh tuan haji ibrahim jantan. pengarah yg paling best. walaupun tegas tapi luar pejabat mmg friendly. sanggup turun padang utk merasai sendiri kesusahan anak buah menyiapkan tugasan kerja. sepanjang dia pegang jawatan pengarah negeri, kebajikan staf jabatan sentiasa dititik beratkan. kalau tak der duit nak pi outstation, boleh jer buat pinjaman dgn dia. how sweet kan..
family day EKS 2005
aksi mengatal atas katil masa pi taklimat kat cherating
taklimat kat cherating 2006
nak balik dah.. selepas habis taklimat kat paka
2008, outstation kat pulau perhentian
tunggu bot datang amik. nak balik ke pulau perhentian besar
kat mayang sari resort, dungun. nak balik pun sempat posing lagik..haha
taklimat inlist kat suria merang resort, awal tahun 2009
bbq kat kuala ibai
cuti2 malaysia kat pulau redang
aksi jejaka perasan..hahaha
kambing q kat kuala ibai
2 comments:
salam,
pnstoberi masuk melawat. dari ari tu nak komen, tp ada poblem plak masa nak send komen hari tu. So...da baca sesket blog awak ni dan jumpa samting yg menarik. Ya, kita berkongsi date befday yg sama cuma thn je berbeza. Hehe.
ohh. ye ker.. satu kebetulan. thanks sudi melawat blog yg tak seberapa best ni..
Post a Comment