Monday, October 31, 2011

Hari-Hari Terakhir Aku

Just tinggal 44 hari jer lagi. Dalam meniti hari2 terakhir seorang lelaki, aku cuba renungkan balik apa yang dah berjaya aku capai dan apa yang belum terdaya untuk dicapai. Pencapaian terbaik untuk tahun ni bila aku ditawarkan kerja baru. Bertahun-tahun aku mencuba akhirnya dapat juga aku bertukar kerja. Suasana kerja baru, kawan2 baru dan paling ketara adalah aku lebih banyak habiskan masa kat pejabat berbanding kerja lama yang memaksa aku outstation memanjang.

Sehingga hari ni ada satu perkara yang buat aku sesangat kecewa. Bertahun-tahun berusaha tapi tetap tak berjaya. Kena berusaha lagi kalau diberikan peluang ke dua. Dalam hati selalu berdoa semoga peluang itu akan datang. Kalau dah tersurat peluang telah berakhir, redha lah dengan ketentuan-Nya.

Malas nak fikir perkara2 yang memeningkan kepala. Sekarang kena nikmati betul2 baki hari yang masih ada. Selepas ni semuanya akan tinggal kenangan yang takkan berulang kembali. Maybe aku pun akan menjadi sejarah dalam alam maya korang semua. Hargai apa yang dimiliki pada hari ini kerana esok mungkin segalanya telah tiada...


Nota: Ada yang bertanya kenapa gaya penulisan aku banyak yang tersirat? Actually aku tak pandai meluahkan secara terang-terangan. Kenalah main sorok- sorok. Bukan semuanya boleh dikongsi.. Kan kan kan

Tuesday, October 25, 2011

Oktober Dalam Kenangan

Ini bukan berkenaan tragedi oktober yang menjadi tajuk lagu awie tu. Dalam lagu tu, tragedi oktober berkenaan kisah sorang pakwe yang kematian aweknya. Itu cuma fantasi semata-mata. Langsung tiada kaitan hidup atau mati dengan aku. 

Penghujung tahun (oktober, november, disember) selalu membuatkan aku hidup dlm blues. Terlalu banyak yang berlaku dalam 3 bulan ni pada 6 tahun lepas. Nak huraikan satu persatu tak perlu rasanya. Biarkan ia tersemadi aman dalam lipatan sejarah. Kalau selalu mengenang kisah lama, hidup akan selalu terbuai dalam angan-angan yang tak kesampaian. Hidup mesti sentiasa bergerak ke hadapan, bukannya berundur ke belakang.

Entah apa yang aku merapu di pagi hari selasa ni. Tiba-tiba jer blues mood. Ni semua sebab mimpi semalam. Bila jer terjaga, terus teringat kat seseorang. Huwaaa!!! i miss u bebeh.. (mood mengada-ngada taik kuda). Setiap kali rindu bertandang, aku akan menadah tangan berdoa..

"Ya Allah, Engkau lingkarilah hidupnya dengan cahaya kebahagiaan. Peliharalah kehormatannya, peliharalah keimanannya, dan peliharalah keselamatannya. Seandainya dia bukan jodohku, ketemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dariku. Ketemukanlah dia dengan insan yang dapat membimbingnya ke jalan kebaikan, jalan yang menuju ke syurga. Amin.."

Tetiba pulak tergiang-giang kat telinga aku sebuah lagu lama.. 

Andainya ada di antara kita nanti,
Berubah hala serta memungkiri janji,
Jangan ada benci,
Suka dan duka dilalui,
Jadikan kenangan di sudut hati..

 Andainya cita-cita tidak kesampaian,
Ikatan murni terputus di pertengahan,
Jangan dikesalkan,
Jangan lantaran kegagalan,
Kita berdendam saling bermusuhan.. 

Sorry deh kalau korang terheret sama dalam oktober blues aku. Sesekali terjiwang karat tak der salahnya kan kan kan. Kalau tetiba korang dibuai perasaan, jangan salahkan aku. Sila salahkan mimpi yg datang mengacau aku semalam. Ngeh ngeh ngeh...

Friday, October 21, 2011

Jawapan Kepada "Bila Kamu Nak Kahwin?"


Sometimes dah tak terpikir nak bagi jawapan macam mana bila acapkali ditanya "bila nak kahwin?". Selalunya aku jawab "coming soon" jer. Tapi dah bertahun2 aku beri jawapan tu. Selepas ni kalau ditanya lagi, inilah jawapan yang akan aku berikan. Kepada yang still single mingle, sudah terlajak usia atau masih belum ada perancangan nak kahwin, boleh lah copy paste jawapan ni bila nak menjawab pertanyaan pakcik makcik dan kawan2 di luar sana. Jawapan terbaik untuk soalan cepumas ini. Ngeh ngeh ngeh

S- Kenapa lambat?
✔   Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku

S- Dah berpunya?
✔   Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing

S- Siapa?
✔   Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku

S- Bila?
✔   Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemputlah datang ke walimatul urus nanti

Usahlah ditanya selalu bila seseorang itu nak kahwin kerana semua rahsia itu terletak di tangan Allah. Tiba waktu Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah..


Wednesday, October 19, 2011

Belajarlah Menghargai


Monday, October 17, 2011

Bungkusan Misteri Di Pagi Hari

Kisah semalam... Di satu pagi yang dingin. Jam baru menunjukkan pukul 7.16 pagi. Sedang aku asyik melalak sorang diri menyanyi lagu ntah hapahapa ntah, tetiba pintu opis diketuk. Tok tok tok!! "Boleh sya masuk.." suara yg merdu kedengaran di sebalik pintu tu. Tak payah nak berteka-teki milik siapakah suara itu. Dah sah suara guard pompuan yg boleh tahan cun itu. Bila jer pintu ditolak, nampak ler kelibat dia sdg mengangkat bungkusan2 pos laju. Baru 2 hari cuti dah sebanyak ni bungkusan yg diterima.

Belek membelek, ada satu bungkusan berbalut kertas warna putih untuk aku. Siapakah pengirimnya? Misteri misteri. Pagi2 lagi dah ada 1 bungkusan utk aku. Jgn biarkan diri anda diselubungi misteri nusantara. Jom kita bersama-sama merungkaikan misteri bungkusan ini.

Ini ler bungkusan misteri yg dimaksudkan tu. Tercatat kat resit kiriman tu, berat 941gram. Agak2 nya apakah yg terkandung dlm bungkusan ni. Pakaian? Toys? Barang cenderamata? Makanan?

Meh sini nak buka dengan penuh cermat dan kesenian, slow and steady. Dalam hati dup dap dup dap. Nak membuka 2 lapisan baju bungkusan ni betul2 mencabar adrenalin aku. Sebaik saja baju kat dalam dibuka, aku pun tersenyum happy. Akhirnya dapat jugak merasainya.

Benda ni ler yg terkandung dlm bungkusan putih. Coklat yang aku tumpang kirimkan kat kak Sz masa dia pi Langkawi baru2 ni. Nyumm nyumm!! Satu lagi gift dari kak Sz, fridge magnet. Best best, dah dpt 2 fridge magnet dari kak Sz. Dgn bangganya akan dilekatkan kat cpu aku. So, terlerai lah sudah misteri bungkusan di pagi hari.. ngeh ngeh ngeh!!

Tuesday, October 11, 2011

Perginya Dato Ahmad Jais

Salam takziah.. Hari ni Dato Ahmad Jais telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah
Tinggallah lagu evergreen Selamat Hari Raya yg akan terus berkumandang setiap kali menjelangnya hari raya 

 Ihsan dari Google

Monday, October 10, 2011

Kami Berpisah Jua Akhirnya

Awal pagi tadi tetiba rasa mcm tercabut jantung bila terpampang mesej blog dah di delete. Saper yg gatal2 nak bergurau ni? Mujur lepas 2 jam dah timbul balik blog ni. Kalau tak..siyes aku dah give up nak buat blog baru..

Semalam dah berlalu. Setahun bersama penuh dgn pahit manis kehidupan. Dia setia menemaniku siang dan malam. Tapi siapa yg boleh menolak suratan takdir. Kalau sudah tiba waktu utk berpisah, sedaya mana pun kita cuba elakkan, perpisahan ttp akan terjadi. Itulah yg berlaku kpd aku minggu lepas.

Hari2 terakhir bersamanya cukup bermakna tapi terasa terlalu laju perjalanan waktu. Walau dalam hati masih sayang, masih memerlukan, tapi demi kebaikan kedua2 pihak, kata putus terpaksa diambil. Hard to say goodbye tapi tetap kena lafazkan.

Goodbye my Nokia N97 Mini. Biarpun sudah hilang dlm gengaman tapi tetap segar dlm memori. Waktu pertama kali melihatnya dulu, aku cukup tertarik dgn warna garnet (seakan tembaga) yg belum pernah diguna pakai kat mana2 hp lain. Nampak special & ekslusif...


Tinggalkan yg lama, lihat yg baru. Tadaaaa!!! Akhirnya aku beli Nokia N8 hehehe. Lepas ni boleh amik gambar sepuas hati dgn camera tahap gaban. Paling best, keesokkan harinya terus aku upgrade OS (operating system) ke Symbian Anna. Next month boleh upgrade pulak ke Symbian Belle. Chaiyokk chaiyokk..

Thursday, October 06, 2011

Steve Jobs - Passed Away

sumber : Apple

Gajah mati meninggalkan gading, 
Harimau mati meninggalkan belang, 
Steve jobs mati meninggalkan Apple...

Apa akan jadi dgn produk iPhone selepas ni? Adakah akan mencanak jualannya atau akan merundum? Apple iPhone 4S yg dilancarkan kelmarin mendapat respon negatif dari peminat iPhone. So, adakah iPhone akan terkubur bersama dgn perginya pengasas Apple ini?

Tuesday, October 04, 2011

Bila Nafsu Memuncak (Buka Mata Buka Minda)

Ini gambar yg sudah lama tertampal di facebook dan blog. Kisah pengguguran yang sewenang-wenangnya dilakukan oleh perempuan melayu di Singapura. Seandainya pengguguran ini berterusan dan semakin bertambah bilangannya, suatu ketika nanti pupuslah bangsa melayu di Singapura.

Tapi dalam negara kita sendiri kes pengguguran semakin meningkat saban tahun. Di manakah silapnya sehingga si kecil yg berhak melihat dunia digadaikan nyawanya sebelum tiba waktu kelahiran.