Tuesday, January 06, 2009

Na..Na..Na Teganu Kiter - Part 3

satar

satar ni makanang yg dbuat dari isi ikang. kalu nok kire mmg menu special jugok ah kat teganu. aku dok rajin juper agi satar ni kat negeri lain. dok tahu ah kalu2 aku terlepah pandang.

.

kalu tgk bentuk satar, lek lek mcm piramid. pahtu pulok yer dicocok mcm sate, tapi dengan batang buloh, bukan dgn lidi sate. kalu dok patoh riok time panggang atah bare api. tapi satar ni lebih besor dari sate. biler makang, rase awer awer pedah sikit sbb isi ikang tu digaul sekali dgn lade dan halia.

.

kalu nok cari satar ni, boleh cari kat pasor2 kat teganu, dok pun gi beli kat hentian lemang kat kijal, kemaman.

resepi satar 

bahan-bahan
400 g isi ikan kembung(diambil isi sahaja)
100 ml air asam jawa
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam
1/2 camca gula
1 camt belacan
2-3 biji lada merah, dicincang
1-2 camt serbuk lada
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

cara membuat
rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. campur dengan semua bahan. bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan. bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).

.

masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.

No comments: