Tuesday, January 06, 2009

Na..Na..Na Teganu Kiter - Part 4

beronok sagu

ader org panggil kuih beronok, ader panggil beronok sagu sbb yer dibuat dari sagu. kalu kat pasor2 area teganu, name famous yer beronok sagu jer. kenkadang time nok beli tu akan juper 3 kaler beronok sagu.. meroh, ija dan kuning. dok kire ah waner naper2 pun, rase yer samer jer.

aku berahi gok kuih ni tapi kalu nok makang banyok tu dok ah sbb yer lembek dek pun. rase mcm nekit dan sejuk jer bile masuk dlm mulut. lagi beh biler makan dgn nyior parut.

.

resepi beronok sagu

bahan-bahan
1/2 gelas sagu biji
3 gelas air
1 senduk besar gula
1/4 biji kelapa
sedikit garam dan pewarna merah (lain2 warna pun boleh)

cara membuat
sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya. kelapa dibuang kulit dan airnya, kemudian diparut dan gaulkan dengan sedikit garam.
masakkan gula dengan air hingga hancur dan mendidih setelah itu masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang. bila sagu kembang angkat dan sejukkan.
setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

1 comment:

SUZIE APAI said...

mmg beh kuih ni..tingat bulang prosa pulok weih