Tuesday, February 23, 2010

Eksperimen - Infinity Downline

siapa yg pernah dengar program Infinity Downline. dalam sebulan 2 ni ramai pulak yg bercakap pasal sistem ni. kalau sebelum ni aku buat tak tahu jer, lantaklah. tapi lama kelamaan perasaan ingin tahu itu mula timbul. jadi aku amik keputusan untuk menyelidik apa sebenarnya disebalik Infinity Downline ni. apa kelebihannya, apa risikonya...

apa yang boleh dikatakan, Infinity Downline berisiko kecik, keuntungan sekelip mata. bayaran dimasukkan terus ke akaun kita. modal yg perlu dikeluarkan sebanyak RM100. keuntungan akan dapat setiap bulan dan ianya akan bertambah sebab setiap bulan downline akan signup. itu tarikannya.

sekarang dibentangkan pulak hasil eksperimen aku berkenaan Infinity Downline ni. sepanjang malam, aku dah search berpuluh2 website untuk mengetahui lebih lanjut pasal sistem cepat kaya ni. kesimpulannya yg boleh aku buat, infinity downline ni tak ubah seperti sistem piramid tersungkur ke bumi. kenapa aku kata mcm tu? easy, org yang terawal menyertai program ni akan dapat untung yg melimpah ruah. tapi org terkemudian termenung memikirkan modal yg tak pulang2. kalau lah kita perasan, kat facebook skrg ni tgh rancak dipromosikan program Infinity Downline. atau lebih glamer kalau diletakkan program RM100 sekali login. tiap2 hari bila bukak inbox, ada jer yg sent message promo tentang program ni. berserabut kepala dibuatnya.

fakta yang dijumpai :
1- memang la Infinity Downline ada produk iaitu software ribuan ringgit dan kita jadi master reseller (taktik jer ni)
2- web international nama – INFINITY DOWNLINE , infinitydownline.com (web in english so susah sket nak masuk market org melayu)
3- masa aku search terjumpa team Iifinity Downline ni kat malaysia dimana diaorang create web dalam bahasa melayu. ada autoresponder, autodownlines, randomizer (still program yang sama) iaitu – Kuasa100.com. team ni tgh duk berkembang gak ni. kalau dulu program sebegini kita kena byr admin fees (mmg kaya raya beb admin program2 yg mcm ni) tp Infinity Downline ni takde admin fees.. keje korang promote promote dan promote.
 
secara kasar info tentang program Infinity Downline:
-modal : RM100 (25 USD) - eh!! bukan ke 25 USD bersamaan dgn RM85
-setiap direct tajaan (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4, anda dapat RM100 terus ke akaun
-setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE anda dapat RM100 terus ke akaun
-perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)

 sumber: Nazha

konsep Infinity Downline:
"pendapatan daripada hasil usaha orang lain." lihat contoh dibawah..


1- Ali refer Abu.
2- Abu kemudian berjaya mencari 4 downline iaitu Hasan, Acong, Minah dan Raju.
3- Acong dan Raju akan diberikan kepada Ali tanpa sebarang usaha. Abu hanya akan dapat 2 orang downline walaupun di bawahnya ada 4 orang.
4- 2 orang dibawah Abu, Hasan dan Minah masing2 harus mencari 4 downline dan seperti yg ditetapkan, downline ke 2 dan 4 akan diberikan kepada Abu. nampak kan sedikit ketidak adilan dalam sistem tersebut.
5- kurang faham lagi? macam ni lah... 4 orang dibawah Abu harus membayar yuran sebanyak RM100 setiap orang. bila dicampur, semuanya berjumlah RM400. sebanyak RM200 akan diberikan kepada Ali. manakala baki RM200 lagi tu akan menjadi hak milik Abu. begitulah seterusnya...

sumber: Shamsuriyadi

terpulang kepada masing2 bagaimana untuk berusaha menambahkan pendapatan masing2. ada yg guna jalan mudah, goyang kaki jer tunggu duit masuk. ada yg lebih suka berusaha mengunakan tulang 4 kerat untuk mencari rezeki. tepuk dada tanya selera. bagi aku, jalan yg terbaik adalah dengan memerah keringat, menumpahkan titik peluh untuk mencari rezeki. tiada jalan mudah tanpa usaha, tanpa usaha kejayaan takkan datang bergolek. tapi kalau tetap berminat dgn program ni, join ajer lah. tak der siapa melarang...

well, aku dah bersengkang mata berjam2 lamanya utk cari info pasal Infinity Downline ni. aku dah korbankan RM100 untuk menusuk masuk ke dalam program ni semata2 nak tahu dgn lebih detail konsep program ni. aku tak kisah gadaikan duit tu asalkan dpt bagi info berguna kpd yg lain. (tapi RM100 tu besar jugak jumlahnya. uwaaaa..) kay lah, pikiran dah beku ni. nak tido mata tak ngantuk lagi. sementara tunggu masuk waktu subuh, nak mengaji lah dulu..

2 comments:

ibu damia said...

ohh...barulah saya faham...macam tu rupanya...betul lah..terpulang pada diri masing2 cam mana nak cari duit kan....dan setiap yg kita buat tu pasti ader risikonya kan.....

Unknown said...

ermm..sekarang ni byk sgt program cepat kaya.. walaupun cepat untung tapi risiko ttp ada. lebih baik jual goreng pisang dari goyang kaki menunggu duit...