Wednesday, December 24, 2008

Kekasih Ku Di Menara

Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata ku lelapkan
Lalu ku cuba coretkan
Secebis lembaran buat mu

Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang

Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu

Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhan mu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata

Dulu aku bagi mu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasa ku
Semua pengorbananku untuk mu

1 comment:

sissyira said...

salam petang selasa =)


sedih lagu ni..sob333