Wednesday, March 31, 2010

Pertemuan Untuk Seketika

today, aku mendapat kabar berita.. sorang lagi my old fren dari skkmt, (sampulizam@mamat jepun) kembali ke rahmatullah. after 4 months bertemu balik. sepanjang tempoh ni hanya dapat bersembang kat facebook, belum pun ada peluang untuk bertemu muka. now dia dah pergi untuk selamanya. singkatnya pertemuan ni, singkatnya hidup ini.

untuk kisah 18 tahun yg lepas, aku berterima kasih kat dia sbb selamatkan aku dari kemalangan. kalaulah dia tak buat tindakan drastik terjun dari basikal tu, pasti aku dan dia dah melayang nyawa dilanggar kereta waktu melintas jalan. 3 bulan lepas lepas dia ada buka 1 thread kat group skkmt untuk menyenaraikan kawan2 yang dah meninggal dunia. dan hari ni secara langsung dia dah termasuk ke dalam senarai tu.. al-fatihah

Monday, March 29, 2010

Kisah Di Sebuah Masjid



Awal tahun 2009.. Dalam perjalanan balik dari kerja, aku berhenti singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat asar. Suasana sekitar masjid tika itu agak lengang, hanya kelihatan beberapa orang saja yang beransur pergi dari situ. Lagi pun waktu itu dah pukul 6 lebih. Selesai berwuduk, aku cepat2 ke ruang utama solat di tingkat 1 kerana waktu pun sudah lewat. Kalau lambat, kan tak pasal2 nanti terlepas waktu. Sampai ditingkat atas, pintu besar dewan solat dah tertutup rapat.

Aku berkata dalam hati.."biarlah aku solat diluar ni saja..". Sebaik habis berkata begitu, tidak semena-mena kedua-dua daun pintu besar terbuka. Alhamdulillah.. mungkin ada jemaah yang tolong bukakan pintu dari dalam. Sebaik melangkah masuk, aku menoleh ke kiri ke kanan. Tiada sesiapa didalam dewan solat. Siapa pula yang tolong bukakan pintu ni? Biarlah dulu. Tak nak lengahkan masa, aku terus tunaikan solat asar. Selesai solat, aku pergi ke pintu besar. Aku cuba tolak pintu tu, memang berat. Mustahil tiupan angin mampu menolak pintu tu yang hampir setinggi 4 meter itu kecuali ada seseorang yg menolaknya dari dalam. Dan aku teringat waktu naik tangga menuju ke tingkat atas tadi, aku dah berselisih dengan pakcik penjaga masjid yang mahu turun ke bawah.

Sepanjang perjalanan balik aku masih terfikir macam mana pintu besar yang berat dan tertutup rapat itu boleh terbuka? Apa pun apa saja boleh berlaku dengan kehendak-Nya. Teringat aku pada satu kuliah agama yang pernah aku hadiri. Ustaz pernah berkata, kalau kite mahu berbuat sesuatu kebaikan apa lagi perkara yg dituntut dalam agama, insyaallah segala perjalanan urusan kite akan dipermudahkan.. Subhanallah..

Saturday, March 27, 2010

Ainul Mardhiah

Mukaddimah:
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar Nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Secebis kisah...
Ainul Mardhiah (bermaksud mata yang di redhai) merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi di dalam bulan puasa ketika Nabi SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya sesiapa yang keluar di jalan Allah dan tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari di syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar berperang.

Sebelum zohor, menjadi sunnah Nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah). Maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama-sama jemaah tadi. Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri. Lalu dia bertanya, "Dimanakah aku?" Dan lelaki itu menjawab, "Inilah syurga." Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lelaki itu menunjuk ke satu arah, maka dia pun berjalan.

Di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu. Tak pernah dilihat di dunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, "Kamu kah Ainul Mardhiah?" Wanita itu menjawab "Eh!! tidak.. Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata perhiasan di dalam
mahligai. Dia memberi salam dan bertanya lagi, "Adakah kamu Ainul Mardiah?" Lalu wanita itu menjawab, "Eh!! tidak. Saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana."

Di naikinya anak-anak tangga mahligai permata itu yang kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berkali ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda cantiknya dari yang kedua. Tak pernah dilihatnya di dunia.

Lalu wanita itu berkata, "Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku." Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu berkata, "Nanti! Kamu belum syahid lagi."

Pemuda itu tersentak lalu terjaga dari tidurnya. Dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat. Namun begitu dia berpesan kepada sahabat itu agar jangan menceritakan kepada Nabi SAW. Sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu mereka sedang menunggu makanan untuk berbuka (menunggu makanan adalah satu sunnah nabi) maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW. Lalu diceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Sepanjang sahabat bercerita Nabi menjawab, "Benar, benar, benar..." Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga. Subhanallah...

Layakkah aku untuk didatangi mimpi seperti itu? Terlalu banyak dosa berbanding dengan pahala didalam diri ini..


Ainul Mardhiah

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih

Thursday, March 25, 2010

Aku Menang Hadiah Entri Paling Kreatif KAMIBLOGGER Contest



look look...aku dapat Hadiah Entri Paling Kreatif. keh keh keh. laaa..tak sangka pun akan dapat hadiah ni sbb ingatkan tersenarai antara top 10 pun dah kira nasib baik. whatever cam manalah entri aku boleh terpilih sebagai entri paling kreatif padahal aku buat secara spontan jer. taip terus apa yg muncul dalam pikiran pada masa tu. non stop sampailah aku habis taip entry pasal contest ni. tak tahulah apa yg menarik dlm entri aku tu sbb aku merapu dulu pasal kenangan waktu kecik2 dulu sebelum pergi kpd tujuan sebenar berkaitan KAMIBLOGGER Contest. nak baca entri merapu aku tuh, klik kat SINI

kay lah..whatever, this is 1st time aku dapat hadiah contest sepanjang hidup aku. well, HAPPY!!! ngeekk

Tuesday, March 23, 2010

Masa Untuk Menuai Padi

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan 
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

dah sampai musim menuai padi. zaman sekarang, padi ditanam 2 kali setahun. lagi pun sekarang ni pakai cara taburan jer. tak perlu susah2 mcm org zaman dulu kala. masa aku kecik2 dulu, sistem penanaman dan penuaian padi masih menggunakan sistem tradisional. kalu kat teganu especially kat kampung aku, menanam padi dipanggil "Cedong", menuai padi dipanggil "Mukul". dulu time nak "Mukul", tong padi akan diusung ke "Baruh". ek lupa, org teganu panggil sawah padi ni "Baruh". sekali nok "Mukul", rasa mcm nok tercabut bahu. letih.. tapi masa tu semua org bekerjasama. apa yg penting, kerjasama. time "Cedong" dgn "Mukul" semua anak beranak turun "Baruh". suka..sbb bila ramai2 join, kerja pun jadi cepat siap. kalu rasa lapor, buka tikar atas batas pahtu makan ramai2. tak kira ah naik lauk ikan singang ke, ikan goreng ke.. tapi bila makan ramai2 gitu, secara otomatik jadi berselera. sekarang ni susah nak tgk suasana mcm tu. org2 muda malu nok turun ke "Baruh". takut kotor, takut pacat, takut lintah. yang masih buat padi sekarang ni kebanyakannya org2 tua. tapi sekarang dok susoh mcm dulu. nok tanam padi pakai cara taburan benih jer, nok tuai padi guna jentera padi.

orang biasa, basikal tua.. lalala ~~

 iklan basikal tua dulu...

 ready nok mulakan tugas memesin padi..



kusyuk benor budok2 ni tgk mesin padi

  opsss!! hati2.. jgn sampai termasuk dlm kawasan rumoh org

 dah siap mesin.. nak dihantar ke kilang padi pulak lepah ni

Sunday, March 21, 2010

KAMIBLOGGER CONTEST sampai ke penghujung

kelmarin hari terakhir soalan contest dikeluarkan. dah 20 hari lamanya contest ini berjalan. rasa terlepas sudah beban yang ditanggung. sepanjang tempoh contest ini berjalan, setiap hari aku terpacak depan komputer untuk menjawab soalan. ada waktu-waktunya rasa geram sangat bila tak ketemui jawapan yang dicari. perjalanan sepanjang menyertai contest ini agak menarik.

bermula dari hari pertama aku menyertai contest ini, secara mendadak traffic naik bila menerima kunjungan dari peserta2 bertanding ke blog ini. sesuatu yang cukup mengembirakan bila dapat berkenalan dengan lebih ramai blogger, tua atau muda, student mahupun yang sudah bekerja. tugasan 4 adalah yang paling best. Tag Game adalah sesuatu yang menyeronokkan. sepanjang 3-4 hari berturut2 aku menjelajah dari 1 blog ke blog yang lain untuk menjawab soalan. ada waktu2 nya soalan yang perlu dijawab agak melucukan tapi itu lah keseronokkannya. secara tidak langsung telah mewujudkan ikatan kemesraan antara para blogger.

soalan bonus 6 yang merupakan IQ Test adalah sesuatu yang baru bagi aku. pertama kali menjawab soalan berunsurkan IQ Test sangat rumit aku rasakan. kena banyak berfikir... mengira untuk menyelesaikan satu persatu soalan. apa pun alhamdulillah aku dapat jugak menjawab semua soalan tu walaupun jaminan 100% full mark diberikan bagi peserta yang menjawab soalan IQ Test tidak kira the answer right or wrong.

semoga contest seperti ini dapat dianjurkan lagi dimasa hadapan. adalah lebih menarik kalau nilai hadiah yang ditawarkan dapat ditingkatkan untuk menarik lebih banyak penyertaan. semoga maju jaya dan kepada peserta2 contest, sudi2 kanlah berkunjung ke blog yang seba kekurangan ini dilain masa. ngeeekkk

Agen Dropshipper RIZI BIZ SHOP

Sebagai bakal Agen Dropshipper RIZ BIZ Shop, aku harus memilih satu produk yang berpotensi untuk menjana pendapatan. Selain itu, ia haruslah satu produk berasaskan kesihatan. Dan produk yang bakal menjadi pilihan adalah Susu Colostrum Alpha Lipid Lifeline.


Pada masa kini, terlalu banyak produk penjagaan kesihatan yang menjengah pasaran. Setiap satu produk dikatakan mampu menjadi penawar kepada masalah kesihatan. Tapi Susu Colostrum Alpha Lipid Lifeline mempunyai lebih banyak manfaat berbanding produk2 lain dipasaran. Susu Colostrum Alpha Lipid Lifeline sangat berkesan untuk mereka yang menghidap Kanser, Kencing Manis, Leukimia, Darah Tinggi, Masalah Paru-Paru, Tekanan/Stress, Keletihan,  Masalah Usus, Migrain, Resdung, Stroke/Lumpuh, Sakit Kulit, Penyakit Jantung, Demam Campak, Parkinson, TB, Wanita Mengandung, Wanita Lepas Bersalin, Anti Penuaan (Awet Muda), Tingkatkan Daya Ingatan/IQ dan banyak lagi. Kalau nak disenaraikan kesemuanya, letih nak menaip. Apa yang boleh dikatakan, Susu Colostrum Alpha Lipid Lifeline ini All in One.

Mengapa perlu memilih Susu Colostrum Alpha Lipid Lifeline?
1- Produk kesihatan yang unggul
2- Selamat dan tidak bertoksik 
3- Tidak alegik
4- Kaya dengan bahan pemulih penyakit

Susu Colostrum Alpha Lipid Lifeline telah menerima Anugerah Ekspot oleh kerajaan New Zealand sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1992, 2003 dan 2004. Selain itu ia juga diiktiraf oleh kerajaan Pengeluar Kolostrum terbesar di dunia. Alpha Lipid Lifeline telah diiktiraf HALAL oleh N.Z. Islamic Processed Food Management yang merupakan organisasi yang memberi pengiktirafan kepada produk-produk halal di New Zealand. Pihak JAKIM telah mengiktiraf N.Z. Islamic Processed Food Management sebagai salah satu badan yang bekerjasama dengannya bagi menentukan sama ada sesuatu produk itu halal atau tidak.

Dengan harga RM180 setin, ia cukup untuk menampung keperluan selama 1 hingga 1½ bulan. Menjadi Agen Dropshipper bukanlah sekadar untuk memikirkan keuntungan semata-mata. Yang lebih penting adalah membantu orang ramai menjalani kehidupan yang sihat.

Tuesday, March 16, 2010

Minggu Kenduri Kahwin


cuti sekolah tiba lagi. sukalah budak-budak kat luar sana. tak payah nak bangun awal pagi.. tak payah susah2 nak menyiapkan kerja sekolah. tak payah pikirkan alasan munasabah bila terlupa siapkan kerja sekolah. semua ni aku dah rasa dulu. time cuti sekolah aku rasakan bagai sorang banduan terlepas dari penjara. i'm free..tak perlu berdepan dgn cikgu garang kat sekolah sbb dulu aku ni selalu langgar disiplin. sebut jer hukuman apa tak pernah aku rasa.. kena rotan, kena berdiri tengah panas, potong rambut, ketuk ketampi kat setiap kelas yg ada, denda balik lewat dan macam2 lagi sampaikan cikgu disiplin dah fed-up nak jatuhkan hukuman kat aku and the geng. tapi budak nakal dulu dah berubah. dah tak nakal2.. dah tak mengacau budak pompuan..

berbalik pada cerita cuti sekolah..maklum sajalah. setiap kali cuti, sure akan ada kenduri kahwin. kat atas meja ada lebih 12 keping kad jemputan kenduri kahwin. semuanya nak kena pergi. sepanjang minggu ni makan gulai daging dgn nasik putih ajer lah aku. mak cakap, kalau org dah jemput wajib kita kena pergi. arrrrrr.. yer lah, yer lah..panjang umur sampai lah kat setiap kenduri tu. kalau dekat ok lah jugak.. ni haa..sampai 60km jauh nya. ngeekk.. kenapa ekk time awal tahun dgn akhir tahun ramai sgt yg kahwin? sampai penghujung tahun penuh wad bersalin. huuu.. kalau awal tahun ok lah lagi tapi akhir tahun tu. tu kan musim hujan tapi ramai jugak yg plan buat kenduri. kalau pengantin best ler, sejuk.. ni ha yg bertugas buat persiapan. huru hara bila hujan turun. akhir tahun lepas pun aku mandi hujan time kenduri mak sedara. masa kenduri tu, ntah mcm mana kemah jamuan boleh runtuh kes terlalu banyak sgt air bertakung atas kanvas. mujur ada sorang 2 jer tetamu bawah kemah masa tu.. kesian kesian..

kalu kat terengganu, kenduri kahwin ni disebut panggilan. kalu panggilan, sure lah kena hulurkan duit kat bapak pengantin bila nak get out. tak kiralah seriyal, 2 riyal, 5 riyal or 10 riyal ke yg penting ikhlas.. ada ke ek yg kasik seriyal jer? dulu aku pernah buat mcm tu. acap kali ah jugak. dah ler masa tu duit syiling seriyal masih sah digunakan. kadang2 tu lepas makan terus cabut.. terkedip kedip mata bapak pengantin tgk aku cabut tanpa bersalam dgn dia dulu. tapi aku pernah berada ditempat kejadian. lepas jer bersalam terus bapak pengantin bukak tangan nak lihat berapa riyal tetamu bagi sedangkan tetamu tu masih terpacak kat depan tunggu dia kasik telur. ceh..hampeh betul bapak pengantin ni. memalukan tetamu jer. kalau nak sgt duit, baik pacak jer signboard kat pintu pagar. tulis...setiap tetamu diwajibkan memberi sekurang2 nya 10 riyal seorang. mmg mangkuk hayun betullah bapak pengantin ni. tak kisah lah berapa riyal tetamu nak kasi asalkan ikhlas. ikhlas....

kepada yg nak kahwin tu, diucapkan Selamat Pengantin Baru. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.

Monday, March 15, 2010

Everyone Can Read My Blog with Language Translator

Hello - مرحبا - こんにちは - 안녕하세요 - Olá - Bonjour -

NOW, everyone can read my blog with Google Translator. 50 languages are available to be translated. u can find this tool at my sidebar. feel free to try it...

so, enjoy.. thanks for reading my blog..hahaha ngeekkk

Saturday, March 13, 2010

Demam F1 Melanda Lagi

Too Hot To Handle

tomorrow, musim baru F1 secara rasminya bermula. sirkit pertama di litar Sakhir, Bahrain pastinya menjanjikan permulaan musim yg sengit dan menarik berbanding musim2 sebelum ni. 3-4 tahun sebelum ni, perjalanan perlumbaan F1 nampak agak suram. terlalu banyak kontrovesi, perubahan peraturan perlumbaan yg agak pelik dan persaingan juara hanya didominasi oleh 2-3 pasukan utama saja. tapi perlumbaan musim 2009 telah meniup angin baru dengan kejayaan dramatik pasukan baru Brawn GP. perlumbaan F1 yg sebelum itu nampak semakin hilang seri bagaikan mendapat semangat baru. ditambah lagi dgn hasrat Michael Schumacher untuk berlumba kembali bersama Ferrari walaupun apa yg diharapkan tak menjadi kenyataan. tapi itu kisah yg dah berlalu. pembukaan musim baru F1 2010 menjanjikan kelainan, pastinya pertarungan akan lebih sengit.

bagi aku yg dah lama tak merasa keghairahan F1, kali terakhir 4-5 tahun lepas... sesoheh-sohehnya tertunggu detik permulaan perlumbaan pertama F1 musim ni. kembalinya Michael Schumacher dari persaraan, penubuhan team Mercedes GP, pertukaran besar pelumba dlm pasukan bertanding dan penyertaan 4 pasukan baru dah cukup membuatkan aku teruja untuk menantikan bermulanya musim 2010 yg dianggap sebagai musim penyelamat F1 racing. kemeriahan kini terasa, deruman enjin kereta F1 akan membingitkan telinga. rakyat Malaysia tentunya tertunggu2 persembahan team Lotus Racing, team F1 milik negara. kalau nak berkata tentang peluang untuk pasukan ni mencabar podium rasanya tak termampu lagi. masih banyak yg perlu dilakukan untuk meningkatkan prestasi jentera. penyertaan sulung musim ni boleh lah dianggap sebagai percubaan untuk mencipta jentera yg benar2 berdaya saing.

 Mercedes GP

sebelum kemunculan team Mercedes GP. aku hanya meminati team Sauber Petronas dan McLaren Mercedes. tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni aku rasa meluat dgn kontrovesi dlm team McLaren ni. lagi pun Mika Hakkinen dah bersara. so, dah tak der lagi mana2 racer dlm McLaren yg aku minat. but dgn penubuhan Mercedes GP (actually gabungan team Brawn GP dgn teknologi Mercedes) dan jugak tajaan dari Petronas dah cukup utk membuatkan aku beralih sokongan kpd team ni. nak2 lagi bila Michael Schumacher jadi racer team ni. lagilah kukuh pendirian aku utk menyokong team ni.

sebut pasal Michael Schumacher, aku teringat masa dia dan familly dtg bercuti kat Tanjung Jara, Dungun. ohh mak!!! jadi tumpuan sekejap Tanjung Jara dan secara tak langsung telah mempromosikan nama Tanjung Jara Beach Resort ke mata dunia. ramai reporter dari dalam dan luar negara dtg ke situ. peminat pulak ada yg dtg dari utara dan selatan semata2 nak tgk secara live lagenda F1 ni. kehadiran Michael Schumacher pastinya meninggalkan kenangan manis bila dapat lihat secara live dia bermain bola sepak dgn penduduk kg kat situ. memang tak nampak langsung ciri2 dia sbg juara F1. dgn selamba jer bermandi debu main bola atas padang kampung. korang tahu2 sendirilah mcm mana keadaan padang bola kat kg, rumput mana cukup. sekali sepak bola, dgn debu2 sekali naik ke udara. sepanjang menginap kat situ, dia tak tunjukkan pun sikap seorang ternama di dunia. mcm pelancong asing yg biasa2 jer..

 
iyahh..iyahh..peteh jgn dok peteh

kay lah, aku pun tak sabar nak tunggu deruman enjin F1 esok. harap2 persaingan musim ni penuh dramatik, takder lagi dominasi Ferrari dan McLaren. rekaan aerodinamik jentera musim ni semakin pelik tapi teruja aku nak lihat sejauh mana kemampuannya. dan aku harap pasukan Lotus Racing dan juga Sauber dpt naik podium. untuk team Lotus Racing nampak agak mustahil tapi apa saja boleh terjadi selagi tayar berpusing dan enjin menderum. selepas kegagalan Alex Yoong utk menyerlah bersama team Minardi, mmg hampeh mamat ni.. aku harap dpt lihat kelibat Fairuz Fauzy dlm perlumbaan sebenar. go go power rangers... ngeekk

Monday, March 08, 2010

TAG KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST



aiseh..org lain semuanya dah jauh bergerak ke depan, aku baru jer nak belajar bertatih. dah jauh ketinggalan ni. ok, tak nak berleter panjang lebar. kan ada pulak yg tertido atas keyboard nanti. tugasan untuk contest kali ni, TAG KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST ialah sejenis game dimana para peserta menyoal peserta lain. caranya amat mudah! tag 10 orang peserta untuk menjawab 10 soalan dibawah. bagi jer jawapan kat ruangan komen dibawah. easy kan..huhuhu..

Soalan-soalannya: jeng jeng jeng...

1- Apakah nama timangan anda dikalangan rakan-rakan?
2- Anda sudah berkahwin atau masih bujang?
3- Anda berasal dari negeri mana?
4- Apakah binatang peliharaan anda?
5- Warna kegemaran anda apa ek?
6- Apakah movie kegemaran anda?
7- Apakah bulan kelahiran anda? 
8- Berapa banyakkah koleksi jam tangan anda?
9- Anda suka masuk contest?
10-  Kalau diberikan RM1 juta, apakah perkara pertama yg akan anda lakukan?

ok selamat menjawab. terpulang lah nak bagi jawapan mcm mana, pendek ker, panjang ker..semuanya boleh. make sure anda menjawab soalan2 tersebut dengan tersusun mengikut turutan soalan. sertakan sekali link blog anda.

contoh jawapan:
Link blog: hahaha.blogspot.com

1- Ali/Mek Yah
2- Dah kahwin/Bujang/ Teruna/ Anak Dara
3- Terengganu
4- Ikan
5- Biru
6- Transformers
7- Januari
8- 2 jer
9- Yup
10- Kahwin selalu, hari tu jugak


1000 penghargaan kpd sesaper yg sudi menjawab. time kasih daun keladi. esok2 jemputlah lagi melawat blog ni. chaiyok chaiyok

KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST

dah setahun lebih berblog, this is 1st time aku masuk contest. today secara rasminya aku join KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST. actually aku masuk contest bukan semata-mata nak menang, just saja nak cuba nasib. kata orang tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yg tahu. masa kecik2 dulu, sepupu sepapa cakap aku ni budak yg bertuah. tahu tak kenapa?

ok, cuba korang singkap kembali kenangan waktu kecik2 dulu. bagi yg lahir sekitar tahun 80an, aku sure korang pernah main "Tikam." err, tak tahu apa itu "Tikam"? adesss..kat mana korang membesar ekk. huuu.. macam ni, "Tikam" ni sejenis permainan cabut kertas kat sekeping board. dekat board tu ada dlm 100 keping kertas kecik. setiap kali nak buat cabutan, kena bayar 20sen. dlm lipatan kertas kecik tu adalah dicatatkan present yg korang menang kalu bertuah. kalau tak bertuah, bila bukak jer kertas, tertulis sorry. melayang 20sen. berbalik kpd cerita aku. selalunya sepupu2 aku ni selalu ajak aku pergi sekali ke kedai kalau nak main "Tikam". you  know why? because aku ni ada tuah. setiap kali main "Tikam", aku akan disuruh buat cabutan. dan setiap kali aku buat cabutan pasti akan dapat present. kebanyakan present tu toys lah. kadang2 dapat robot, pistol, kereta dan macam2 lagi.

berbalik kpd KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST. contest ni anjuran FCU Community. tarikh tutup penyertaan pada 23 MAC 2010. nak menyertai contest ini cukup mudah. tak perlu isi 2-3 keping borang, tak perlukan pengesahan sijik dari tok penghulu. just ikut step by step apa yg dipaparkan dlm website http://www.fcucommunity.net

Antara Hadiah2 yang ditawarkan ialah:

JOHAN

Rekaan Flash Header esklusif bernilai RM150 tajaan fcubanner
Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle
Beg tangan wanita bernilai RM92 tajaan PattyBelle
New One Drop Perfume esklusif bernilai RM40 tajaan Rizi-Biz
1 pcs Babyland Printed bernilai RM35 tajaan BabykidsLove
Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz

NAIB JOHAN
Rekaan Flash Banner 180x200 bernilai RM55 tajaan fcubanner
Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle
Beg tangan wanita bernilai RM92 tajaan PattyBelle
New One Drop Perfume esklusif bernilai RM40 tajaan Rizi-Biz
1 pcs Coolababy Velcro bernilai RM33 tajaan BabykidsLove
Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz

TEMPAT KE 3
Rekaan Flash Banner 150x150 bernilai RM45 tajaan fcubanner
Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle
1 set Cadar bernilai RM75 tajaan DaniaShop
New One Drop Perfume esklusif bernilai RM40 tajaan Rizi-Biz
1 pcs Coolababy Snap Button bernilai RM28 tajaan BabykidsLove
Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz
 
dan banyak lagi hadiah untuk dimenangi. sebelum tu nak tanya dulu...


"SIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CONTEST INI?"

"SAYA..SAYA..SAYA..SAYA BERMINAT."

ok adik manis, kakak comel, makcik anggun, pakcik hensem, anak-anak. errr, anak-anak? nampak benor mcm aku ni dah tua sangat. ngeekk. kalu berminat sila klik BANNER dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara2 menyertai contest ini.


MARILAH PAKAT JOIN SAMA

Friday, March 05, 2010

Jom Nyanyi

jom.jom pakat nyanyi lagu ni. menghiburkan hati yg kesunyian, meredakan stress.. apa guna dilayan perasaan kalau apa yg diinginkan takkan tercapai. ready, 1,2,3 go.... la la la ~


Di Sudut Kamar Hati Ku

Resah hatiku merinduimu
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada
Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman


tapi sesekali kalau mahu dilayan perasaan ok lah jugak. apa gunanya dicipta perasaan ini kalau ia diabaikan. pesan cikgu, kalau nak menangis, nangislah sepuas-puasnya. kalau nak menjerit, jeritlah sekuat-kuatnya. dan kalau nak menyanyi, nyanyilah dengan penuh perasaan.. huuu~

Thursday, March 04, 2010

Sate Jabi Jadi Tumpuan


jika di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan peminat sate boleh ke Kajang untuk menikmati sajian itu, di Terengganu lokasi tumpuan untuk orang ramai menikmati sate ialah di Jabi. bagi mereka yang tinggal di sekitar daerah Besut, Jabi bukanlah lokasi baru bagi mereka untuk menikmati sate. keenakan sate Jabi menjadi tumpuan penduduk dari negeri ini setiap kali mahu menikmati sajian tersebut. lokasinya di Kampung Bakap, Jabi di mana terdapat tiga buah gerai yang menjual makanan itu. pengunjung boleh memilih untuk ke gerai yang disukai memandangkan rasa dan keenakan setiap gerai berbeza.

terletak kira-kira 80km dari bandar raya Kuala Terengganu, pengunjung hanya perlu mengambil masa selama satu jam untuk ke kawasan tersebut. tidak perlu risau tersesat atau tidak menemui gerai sate berkenaan kerana apabila sampai sahaja di perkampungan tersebut, sebut sahaja sate Jabi pasti ramai yang ringan mulut untuk menunjukkan arah. jika tidak, lihat sahaja deretan kenderaan yang diletak di bahu jalan sejauh lebih kurang 500m pasti di situlah lokasinya.

menurut isteri kepada salah seorang pemilik gerai sate itu, Nurida Yunus, 42, pada mulanya suami dan ibu mertuanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja. katanya, bermula dengan seekor ayam akhirnya gerai sate milik mereka iaitu Gerai Sate Lanang semakin popular dan kini menerima lebih 200 pelanggan sehari dengan 70 ekor ayam diperlukan untuk membuat sate.

"saya mula membantu suami sejak 16 tahun lalu, namun ketika itu gerai ini hanya sebuah gerai kecil dan tidak ramai pelanggan seperti hari ini.

"dari hari ke hari, gerai ini semakin popular sehingga setiap hari sebanyak 5,000 cucuk sate dijual dan sebanyak 45 kilogram nasi himpit ditanak," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

ketika ditanya apa rahsia keenakan sate buatannya, Nurida berkata, ia merupakan resipi yang diperoleh oleh ibu saudara mertuanya sejak zaman-berzaman dan yang paling penting daging lembu mesti diperoleh daripada lembu yang baru disembelih. menurutnya, semua bahan dan cara memproses dibuat secara tradisional menyebabkan rasa enak dan manis pada daging masih segar.

"seawal pukul 8 pagi, setelah bekalan ayam diperoleh, ia akan diproses sebelum diperap dengan rempah seketika dan kemudian mula dicucuk oleh beberapa orang pekerja.

"sekitar pukul 3 petang gerai mula dibuka dengan pelanggan sedia menunggu di hadapan gerai dan berakhir pada pukul 10 malam setiap hari," jelasnya.

tambah ibu kepada empat anak itu, dengan hanya mempunyai lapan orang pekerja di kalangan ahli keluarga, Nurida mengakui tidak mampu untuk menguruskan perniagaannya. jelasnya, disebabkan itu dia dan suami tidak menerima sebarang tempahan ketika bulan puasa mahupun hari raya bagi meluangkan masa bersama keluarga dan beribadat. menurutnya, setiap kali cuti sekolah atau cuti umum, gerainya akan dipenuhi pelanggan tidak kira penduduk tempatan mahupun dari luar.

"kebanyakan mereka merupakan pelanggan tetap kami yang sering singgah ke kawasan ini setiap kali melaluinya.

"walaupun ramai yang meminta kami membuka cawangan, namun buat masa ini kami belum memikirkannya memandangkan masih tidak cukup pekerja," jelasnya.

di Gerai Sate Lanang, pelbagai pilihan sate ditawarkan seperti ayam, lembu, hati dan limpa dengan harga 40 sen secucuk. jadi, jika anda ke Besut, jangan lupa singgah Jabi untuk menikmati keenakan sate di kawasan itu.

satu lagi yang menarik, Gerai Sate Lanang ni terletak berhampiran dgn jalan masuk ke Lata Belatan. bak kata orang, sebelum makan sate, boleh pergi mandi manda kat Lata Belatan dulu. tak sampai 4km dari Gerai Sate Lanang ni..