Saturday, March 27, 2010

Ainul Mardhiah

Mukaddimah:
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar Nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Secebis kisah...
Ainul Mardhiah (bermaksud mata yang di redhai) merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi di dalam bulan puasa ketika Nabi SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya sesiapa yang keluar di jalan Allah dan tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari di syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar berperang.

Sebelum zohor, menjadi sunnah Nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah). Maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama-sama jemaah tadi. Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri. Lalu dia bertanya, "Dimanakah aku?" Dan lelaki itu menjawab, "Inilah syurga." Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lelaki itu menunjuk ke satu arah, maka dia pun berjalan.

Di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu. Tak pernah dilihat di dunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, "Kamu kah Ainul Mardhiah?" Wanita itu menjawab "Eh!! tidak.. Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata perhiasan di dalam
mahligai. Dia memberi salam dan bertanya lagi, "Adakah kamu Ainul Mardiah?" Lalu wanita itu menjawab, "Eh!! tidak. Saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana."

Di naikinya anak-anak tangga mahligai permata itu yang kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berkali ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda cantiknya dari yang kedua. Tak pernah dilihatnya di dunia.

Lalu wanita itu berkata, "Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku." Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu berkata, "Nanti! Kamu belum syahid lagi."

Pemuda itu tersentak lalu terjaga dari tidurnya. Dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat. Namun begitu dia berpesan kepada sahabat itu agar jangan menceritakan kepada Nabi SAW. Sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu mereka sedang menunggu makanan untuk berbuka (menunggu makanan adalah satu sunnah nabi) maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW. Lalu diceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Sepanjang sahabat bercerita Nabi menjawab, "Benar, benar, benar..." Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga. Subhanallah...

Layakkah aku untuk didatangi mimpi seperti itu? Terlalu banyak dosa berbanding dengan pahala didalam diri ini..


Ainul Mardhiah

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih

No comments: