Monday, March 29, 2010

Kisah Di Sebuah Masjid



Awal tahun 2009.. Dalam perjalanan balik dari kerja, aku berhenti singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat asar. Suasana sekitar masjid tika itu agak lengang, hanya kelihatan beberapa orang saja yang beransur pergi dari situ. Lagi pun waktu itu dah pukul 6 lebih. Selesai berwuduk, aku cepat2 ke ruang utama solat di tingkat 1 kerana waktu pun sudah lewat. Kalau lambat, kan tak pasal2 nanti terlepas waktu. Sampai ditingkat atas, pintu besar dewan solat dah tertutup rapat.

Aku berkata dalam hati.."biarlah aku solat diluar ni saja..". Sebaik habis berkata begitu, tidak semena-mena kedua-dua daun pintu besar terbuka. Alhamdulillah.. mungkin ada jemaah yang tolong bukakan pintu dari dalam. Sebaik melangkah masuk, aku menoleh ke kiri ke kanan. Tiada sesiapa didalam dewan solat. Siapa pula yang tolong bukakan pintu ni? Biarlah dulu. Tak nak lengahkan masa, aku terus tunaikan solat asar. Selesai solat, aku pergi ke pintu besar. Aku cuba tolak pintu tu, memang berat. Mustahil tiupan angin mampu menolak pintu tu yang hampir setinggi 4 meter itu kecuali ada seseorang yg menolaknya dari dalam. Dan aku teringat waktu naik tangga menuju ke tingkat atas tadi, aku dah berselisih dengan pakcik penjaga masjid yang mahu turun ke bawah.

Sepanjang perjalanan balik aku masih terfikir macam mana pintu besar yang berat dan tertutup rapat itu boleh terbuka? Apa pun apa saja boleh berlaku dengan kehendak-Nya. Teringat aku pada satu kuliah agama yang pernah aku hadiri. Ustaz pernah berkata, kalau kite mahu berbuat sesuatu kebaikan apa lagi perkara yg dituntut dalam agama, insyaallah segala perjalanan urusan kite akan dipermudahkan.. Subhanallah..

No comments: