sudah 2 hari dlm akhbar terpampang berita tentang suami memukul isteri. kelmarin dipaparkan berita pegawai bomba memukul isteri dlm pantang. dan hari ini keluar lagi berita tentang seorang anggota polis memukul isteri yg sedang hamil. apa nak jadi dengan suami sekarang ni. adakah mereka anggap isteri itu bagaikan seorang hamba abdi? boleh dipukul sesuka hati, disepak terajang bila2 masa. ataupun menganggap isteri ini seperti pakaian, boleh dipakai buang mcm tu jer.
wahai insan yang bernama suami, ingatlah.. isteri bukanlah hak milik, tapi anugerah kepada suami. ingatilah pengorbanan isteri menjaga makan minum kamu, melayan zahir batin kamu, melahirkan zuriat penyambung keturunan kamu.. renungkanlah wajah anak kamu, comelnya dia mempunyai lesung pipit, mata yg menawan, mewarisi kecantikan ibunya. bukankah dulu kamu yg terkejar sana sini, mencuba pelbagai usaha untuk memikat ibunya.
isteri juga sama seperti suami, mempunyai jiwa dan perasaan. namun jiwa, perasaan dan naluri mereka terlalu halus dan lembut sesuai dgn ciptaan mereka. kehadiran seorang wanita bergelar isteri dlm hidup seorang lelaki adalah kurniaan yg tiada tara tandingnya. suami tak mampu menguruskan rumahtangga sebaik yg dilakukan oleh isteri. ingatlah suami dan isteri saling memerlukan untuk membina sebuah keluarga sempurna.
note: ini last entry dari aku. nak berehat sekejap.. maybe 2-3 minggu, sebulan atau lebih lama dari tu... insyaallah dah free dan settle semuanya nanti, aku sambung balik..