Tuesday, May 04, 2010

NOKIA C6


ada sesiapa pernah dengar pasal model terbaru keluaran nokia, C6? tak pernah..? hmm..memang ramai yang tak tahu sebab model ni baru saja dilancarkan 2 hari lepas. nama model terbaru ni unik sikit. kalau dalam english, akan disebut C Six dan dalam bahasa melayu akan disebut C Enam atau diringkaskan lagi menjadi Sinam. 


kali pertama lihat design nokia C6, aku dah tertarik sebab model ini adalah gabungan dari N97 dan 5800 Xpress Music. bila 2 siri digabungkan (macam Hakuto dan Minami bergabung menjadi Ultraman Ace), maka terciptalah nokia C6 ini. design C6 ni nampak menarik juga. everything i like about this model except kamera. kenapa tidak diletakkan lens Carl Zeiss? walaupun kamera dah sebesar 5 megapixel tapi tanpa sentuhan Carl Zeiss umpama memakai kerongsang tanpa permata. maka terjadilah permata yang hilang..hehe. sesiapa yang tak mampu membeli model N97, boleh beli model C6 ini kerana hampir 80% specifications menyamai N97. oh ya, after N97, ada satu lagi model serupa dengannya dilancarkan, N97 Mini. dinasihatkan agar tidak membeli model ini kerana banyak sangat rungutan dilaporkan berkenaan N97 Mini ni. better beli N97 terus kerana perbezaan harga dalam RM400 saja. kalau nak save budget, beli jer C6 ni. harga jauh lebih rendah dari model N97. dalam RM930 jer. nice kan.. 

model seperti C6 ni sesuai untuk aku sebab aku always ada banyak benda nak dicatat dalam handphone everyday. read email, surf facebook kat opis, sent dan read document dlm bentuk pdf, word, excel and powerpoint. suitable bagi mereka yang nak menjimatkan masa. jangkaan akhir bulan ini atau next month model ni dah memancut ke pasaran Malaysia. rasa lama pula nak tunggu nokia C6 ni sampai ke tangan aku. sabar sabar.. buat sementara, pakai lah dulu handphone lama tu.

klik untuk zoom in. credit to GSMArena & Nokia

2 comments:

kella said...

cepat betul! tak pernah tahu la palas sinam ni, mesti ribu riban ni kan..

Unknown said...

huhu..tak baca habis entry ni ekk. murah jer, dlm RM930