Sunday, May 02, 2010

Bila Aku Jadi Pengasuh

hari2 minggu mcm ni kebiasaannya jarang aku dapat rehat dgn sepuas2 nya. baru nak layan internet dgn aman, dah datang askar jepun dtg menyerang. tak pasal2 tercetus perang dunia ke 3. nak tak nak, terpaksalah aku melawan askar2 jepun ni. ngeekk... askar2 jepun tu sebenarnya sepupu2 aku yg kecik tuek tuh. selalu lah time cuti mcm ni, mak ayah diaorang datang lepak2 kat rumah tok aku ni. alah!!! kalau bukan time cuti pun diaorang datang jugak tapi sebelah petang ler, lepas balik dari kerja. 

so, terpaksalah aku jadi pengasuh tanpa gaji. melayan kerenah budak2 kecik ni. kadang2 letih aku nak menjawab sbb banyak sgt soalan diaorang ni. pantang masuk bilik aku, ada jer yg nak ditanya. itulah inilah, apa tu? buat apa? mcm2 lagi lah soalan sampaikan ada masanya aku rasakan dah jadi mcm kaunter petanyaan pulak. tu tak dikira lagi acara menyelerakkan barang2 dlm bilik aku. mentang2 lah bilik aku ada banyak toys, datang jer terus masuk bilik aku. lompat sana sini..mintak itu ini. sesekali kalau dah geram sangat, aku angkat diaorang letak kat luar bilik then terus kunci pintu. done.. tapi tak settle jugak masalah. mcm nak pecah pintu diaorang ketuk sbb nak masuk dalam.. alahai!!! tak aman dunia aku. whatever, happy sebenarnya kalau sepupu2 yg kecik tuek ni ada. tak lah aku rasa sunyi sangat..

 syahmi..selalu bertanya itu ini sampaikan aku dah blurr nak menjawab

 fitri, aku panggil budak ni 'usop toyol' sbb nakal sangat

 
 adam..kalau masuk bilik aku suka sangat cabut plug kipas. kalau tgk citer upin ipin kat tv, terus diam membisu sampai citer tu habis.

 aidil..kalau aku tutup lampu pun, selamber jer budak ni masuk bilik aku. tak takut gelap langsung

4 comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

hahahaha..baru tau erkkk bukan senang nak jaga budak2 ni kn..tak per..praktis dulu, nanti dah kawen ader gak pengalaman sikit2...

p/s: memang susah sikit ler nak jaga kalau semua boys...sabar jer lah kan..

Mata Hati said...

memang penat nak layan kerenah budak2 ni. apa pun, sabar jer lah..

kella said...

aloo...tomei tomei mereka tu..
biasalah kecik2 mmg cam tu..
tapi riuh rendah merekalah buat kita tak sunyi

Mata Hati said...

semuanya nakal2..huhu