Saturday, May 15, 2010

Permainan Budak Dulu2

masih kah korang ingat permainan yg kita main masa zaman budak2 kecik dulu. apa permainan kita masa itu ekk? korang tentu masih ingat lagi kalau disebut Anokkan, Tikam, Laga Buah Getah dan Meriam Buluh. tapi korang masih boleh bayangkan lagi tak mcm mana rupa permainan tu? arghhh!!! tolong..tak ingatlah. hmm...ok ok, jom kita lihat kat bawah ni. sure korang akan teringat kembali kenangan masa budak2 dulu.


Anokkan - permainan yg budak2 pompuan suka main masa tu. budak2 laki pun ada gak yg main Anokkan ni, mcm aku. hehehe.. tapi aku beli yg jenis robot dan watak2 dlm citer kartun masa tuh mcm thundercats dan transformers.

Bola Kertas - budak2 dulu mmg kreatif. masa tuh mana ada lagi playstation dan xbox. so, dgn kreatifnya diaorang rekacipta permainan bola kertas ni. bahan2 utama biasanya kotak rokok dan kotak ubat nyamuk. masa kecik dulu, aku pernah lah jugak koyakkan player sepupu aku sbb selalu jer kalah masa main. huhu..

Game - ni mmg feberet budak2 zaman awal 90an. kalau dpt beli satu, mmg tak sabar2 nak tunjuk kat kengkawan. yg tak der pitih nak beli, pinjam ler yg kawan punya

Brick Game - yg ni mmg femes sekitar awal 90an. walaupun sekadar susun bata tapi best. menguji minda utk dapatkan mata setinggi mungkin. pendek kata, berhibur sambil memeras otak

Meriam Buluh - permainan yg tak perlu diperkenalkan lagi. teramat femes time dekat2 nak raya. sana sini berdentum dentum bunyi mercun. malam raya lagi lah. berlawan bunyi meriam dgn budak kampung sebelah. budak2 sekarang mmg dah tak reti nak buat benda ni.

Tikam - sekali nak buat cabutan, kena bayar seposen atau 20 sen. kalau beruntung dapat lah hadiah mcm duit ataupun barang permainan. masa kecik, aku dikatakan mempunyai tangan bertuah sbb setiap kali buat cabutan, selalu jer mengena. tapi sekarang tuah tu dah hilang..

Laga Buah Getah - ni permainan budak2 lelaki jer. masa tuh kalau dapat sebijik buah getah yg berkulit keras, mmg suka sangat sbb gerenti akan menang setiap kali berlaga. 

2 comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

yg paling antik sekali tu aderlah buah getah tu..mana nak cari sekarang ni...buah getah tu ingat lagi masa rumah nenek, buat main congkak dalam tanah yg kita korek2 jadi lubang tu...

Mata Hati said...

hik hik...buah getah tu boleh cari kat mana2 kebun getah. congkak dlm tanah tu lagi antik. dulu kalu main congkak dlm tanah, hitam habis kuku tangan