Tuesday, May 04, 2010

Budak Setan

empat jiwa dengan empat rahsia cinta. namun cinta tak semestinya bersatu..



zaman sekolah menengah dulu, aku suka sangat baca cerpen2 kat majalah. masa tu, nak beli novel tak mampu lagi sbb mak cuma bagi duit belanja sebanyak 50 ringgit jer utk sebulan. duit tu lah aku gunakan utk mkn, tambang bas dan beli peralatan sekolah. masa tu, 50 ringgit dah dikira cukup besar nilainya. tambang bas mini pergi balik sekolah sehari dlm 40 sen. mkn masa rehat habislah dlm 60 sen. sehari cuma belanja seringgit jer. jimat betul masa tu. kadang2 kalau terlebih belanja, aku balik sekolah jalan kaki jer. tak jauh, cuma 5km.

sbb kewangan yg terhad, aku cuma pinjam2 jer novel dgn budak pompuan. budak2 pompuan memang suka baca novel2 cinta ni. masa tu novel karya Ahadiat Akashah paling jadi tumpuan sbb jalan ceritanya dekat dihati remaja. dlm banyak2 karya dia, aku paling suka Legenda Budak Setan walaupun aku baca tak habis. mcm mana nak baca sampai habis, budak pompuan tu kedekut. tak bagi aku bawak balik rumah. after 11 years, kini aku berpeluang utk kembali ke alam budak setan. tapi bukan lagi dlm novel sbb Legenda Budak Setan dah difilemkan. best best... lagi pun kalau aku baca balik novel Lagenda Budak Setan yg tebal tu, belum tentu aku dpt khatam dlm sehari. so, tengok jer lah filemnya nanti. jimat masa..lagi pun rasa best jer tgk trailer Lagenda Budak Setan tadi. dengar lagu tema pun dah naik syok. nak kena pi tgk ni... tarikh tayangan pada 3-Jun-2010

2 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

selalu bace karya Ahadiat ni time sek men...heheh

Mata Hati said...

me too