Tuesday, May 04, 2010

Ultraman

 
finally, dapat jugak aku tengok movie terbaru ultraman, Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legend The Movie. 4 bulan menanti dengan penuh tekun dan sabar (ala-ala menanti rombongan datang meminang..ahak ahak), akhirnya 2 hari lepas dapat jugak aku download citer ni. kalau diikutkan mmg kurang puas hati sbb kualiti gambar tak mengancam mcm dvd or blue-ray. tapi layan lah dulu sebelum aku pi download atau beli jer yg blue-ray version.
movie terbaru ultraman mmg gempak. habis semua bapak, mak, atok, pakcik, makcik dan anak2 keluar bertarung. sebut saja ultraman yg korang ingat, semua ada dlm movie ni. termasuk yg dlm versi kartun mcm ultraman jonias dan ultraman usa. style fighting ultraman kali ni mmg best, side kick. for the 1st time dpt lihat mcm mana keadaan planet ultraman, M78. for the 1st time jugak dpt lihat asal usul kejadian ultraman. sampai tak berkedip2 aku tgk citer ni sampai habis. sesuai sangat kalau kasi anak2 tengok sbb takder unsur2 18sx dlm citer ni. mak bapak pun boleh layan gak sbb u all masa kecik2 dulu pun tgk jugak ultraman. so, boleh refresh balik kenangan lama.. alamak, colortimer kat dada aku ni dah berkelip2 merah menandakan energy dah kurang. time for lunch..huhu

No comments: