walaupun dah bertahun2 berlalu tapi semuanya dirasakan bagaikan baru semalam. begitulah cepatnya perjalanan masa. dari tahun ke tahun, usia semakin meningkat. tahun depan sudah mencecah angka 30 (mcm tak percaya jer). usia 30 tahun selalu dianggap sebagai peringkat matang lelaki dan perempuan. tak lah!! aku tak terfikir pun mcm tu. bukan semua org layak dianggap matang bila sudah mencecah angka 30an. sbb aku sendiri jauh dari peringkat matang. pada pandangan aku, perempuan paling layak dikatakan matang sbb sebelum mencecah usia ni lagi mereka dah buat perancangan masa depan sedangkan lelaki masih lagi hanyut dlm keseronokan, mcm aku. aik!! kenapa contohnya mesti aku? simple, hanya aku yg lebih mengenali diri sendiri. baik buruk diri ini hanya aku yg tahu..
semalam aku bermimpi lagi. mimpi yg sama sejak bertahun2 lamanya. terus terang aku beritahu, aku masih mimpikan si dia. sometimes aku lebih suka bermimpi dari berada dlm alam nyata sbb dlm mimpi aku boleh becakap dgn dia, melihat dia senyum. berbeza dgn alam nyata, segalanya terasa amat rumit. apa jua yg aku buat nampak sepeti mengeruhkan lagi keadaan sedangkan niat dihati utk menjernihkan suasana. kenapa yer?
kenapa aku tidak mencari penganti? jawapannya aku sendiri tak tahu. bukan seorang dua yg dtg menghulurkan tangan tapi sedikit pun tak tergerak hati ini untuk memberikan mereka peluang. dan aku rasakan ini jalan yg terbaik utk mereka kerana mereka berhak mendapat lelaki yg lebih baik dari aku, lelaki yg mampu memberikan sepenuh kasih sayang tanpa berbelah bahagi. lagi pun aku bukan jenis yg suka permainkan perasaan org. apalah gunanya memberi harapan sedangkan hakikatnya aku tak boleh berikan sepenuh hati pada mereka.
kenapa aku sukar mencari penganti? kenapa yer, kenapa? aku teringat janji yg pernah aku ucapkan dulu. susah senang aku akan jaga dia baik2. tapi janji ini dah dikira terhapus selepas dia pergi tapi kenapa aku masih tak dpt lupakan dia. setiap kali aku cuba, setiap kali itulah semakin kuat ingatan aku pada dia. mungkin kerana janji seorang kekasih dah terhapus, tapi janji sebagai seorang sahabat masih ada. janji aku sebagai seorang sahabat, aku akan setiasa berada setiap kali dia memerlukan. dan sehingga hari ini dia masih berada depan mata. setiap hari aku masih melihat dia. setiap waktu bila berdepan dgn dia selalu aku jadi gugup. walaupun dekat tapi hakikatnya ada tembok antara kami.
arghh!! kenapa tetiba tertulis pasal ni kat blog aku... dah, malas nak layan sangat perasaan ni. semakin dipikirkan, semakin kuat ingatan aku kat dia. biarlah aku hanya mengingati dia dlm doa setiap kali lepas solat. doa ku semoga dia bahagia selalu dan dipelihara dari musibah bencana. tak kisah lah kalau aku keseorangan hingga akhir hayat. yg aku utamakan sekarang, nak capai 2 lagi impian aku. nak tunaikan janji utk hantar mak ayah pergi tunaikan rukun islam ke lima. nak berusaha sedaya upaya utk wujudkan rumah perlindungan utk anak2 yatim dan miskin. aku akan cuba capai impian ini. jatuh bangun biarlah aku seorang diri..