Dalam seribu kawan akan terjalin ikatan persahabatan. Dalam persahabatan akan wujudnya kasih sayang. Dalam kasih sayang tak semestinya ada cinta.
Tak ada halangan dengan siapa saja kita mahu berkawan. Pangkat, harta, keturunan, agama dan bangsa tidak pernah menjadi tembok penghalang. Berkawanlah dengan seberapa ramai yang mungkin asalkan pandai menjaga perhubungan dan batasan, lebih-lebih lagi bagi kita yang beragama islam.
Berkaitan tajuk di atas, aku ingin berkongsi satu kisah yang bersaksikan mata aku sendiri. Walaupun apa status kita, bujang atau sudah berkahwin; tiada salahnya untuk berkawan. Tapi masih ada kemungkinan untuk terjadi sesuatu yang di luar dugaan.
Aku mempunyai ramai kawan. Antaranya encik X yang baru menamatkan pengajian diluar negara ketika itu dan puan Y yang memegang status isteri orang. Everything ok pada mulanya. Hari berganti hari. Kerana sering bersama ke sana ke sini menyiapkan tugasan, datangnya perasaan suka sama suka antara mereka. Walaupun tahu itu hubungan terlarang tapi tetap nak teruskan. .
Aku yang sedar tentang perkara itu tak tahu apa nak dibuat. Begitu juga dengan kawan-kawan yang dapat menghidunya. Suami puan Y sangat baik orangnya. Susah payah mengerah kudrat untuk memberi kesenangan kepada puan Y. Serba salah aku dibuatnya. Nak menegur terus dikatakan busy body, tak nak menegur berbulu mata melihat kemesraan diaorang. Hanya mampu berdoa semoga dibuka pintu hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Kerana dah mabuk cinta, boleh jer puan Y pergi bercuti bersama encik X dengan menipu suaminya bahawa dia pergi berkursus. Alangkah berdosanya...
Kenapa dengan isteri orang juga encik X nak bercinta sedangkan dia tahu hukum hakamnya. Aku kesal kerana encik X mempunyai ilmu agama yang jauh lebih tinggi dari aku tapi tetap terkulai juga kerana seorang perempuan.
Berhati-hatilah dengan siapa kita berkawan lebih-lebih lagi yang berlainan jantina dan memegang status suami/isteri orang. Dalam agama telah mengariskan batas-batas dalam berkawan. Selagi kita berpegang kepada agama, insyaallah kita takkan terjerumus dengan hubungan terlarang. Jangan pandang rendah soal perasaan ini kerana sesiapa saja boleh tewas bila-bila masa bila syaitan membisikkan kata-kata nafsu.
21 comments:
hurmm...tul tu...sangat setuju...
hmm konolah berpada2 kalo nk bercintan cintun pon.huhu.
setuju dgn awk!>.
tak sepatutnya puan Y buat mcm tu..smpai snggup menipu suami sdri.. semoga puan Y dan incik X cepat2 tersedar dr kesilapan mereka.. kita pn perlu ambil pengajaran drpd cerita ni..thanks for sharing.. :)
semua tu terpulang pada masing...kalau nak berkawan ape salahnye
tapi jgn la terlebih sudah...buruk padahnye.. lg pada yg dah ade berkeluarga...
Ade karipap pusing tak sini..?
erkkkkkkkkkkkksss. takot2.
Maaf selalu menapak tidak tinggal jejak. This N3 buat kakak terpanggil meninggal jejak. Walau apa jua cara kenalah nasihat kalau tidak tempias dosa ada pada semua. Kalau nasihat tidak diendahkan ajukan pada pihak berkuasa. Usah dibiar dosa bermaharajalela. Cubalah ye... sayangi diri kita kerana org lain kita tempias sama hanya kerana membiarkan perkara itu didepan mata tanpa usaha.
benar ..dan mmg benar sekali..
berkawan biar beribu juta million pun..tetapi sila jaga adab dan tatasusila..
ingatlah syaitan sentiasa membisik..
sentiasa nak menang!!.. jadi adakah anda mahu jadi seorang yg TEWAS??
hahh..mcm pidato lak deqlis nie hihi..
MH jom join nie..kena tag..cepat buat hantar last hari nie..
usha sini
http://deqlis-contest.blogspot.com/2011/02/contest-kempen-tak-nak-buang-bayi.html
ya Allah.. kalau dah berkahwin tu, buat cara dah kawin..
takutnya dengan kuasa Allah..
berkawan pun perlu la berpada pada.. jangan ada harapan dan memberi pengharapan lebih lebih..
en fairul.. kita ngumpat awak kat blog kita.. hehehe.. :p jangan mare ah..
kena menegurlah...walaupon dianggap bizi body tp sbg teman seagama wajib kite tegur....
gerun sbb member2 ramai gak berhubungan dgn suami org...mintak sy dijauhkan....
salam
bukankah syaitan itu telah berjanji bahawa dia akan terus menyesatkan umat nabi Muhammad SAW hingga akhir zaman?
percayalah bahawa, selagi banyak dan tinggi keimanan kita kepada Tuhan, selagi hebat laknatulallah itu menghasut kita.
ini bukan masa untuk mencemuh. jika kita rakan yang baik, tegurlah, kerana kita takut2 dia tidak sedar dengan tindakan dia.
hal ini pernah terjadi kepada kawan saya, saya mengambil langkah untuk menegur, betul kata saya, bila syaitan dan nafsu menjadi ikutan, mereka sudah buta dalam menilai kebenaran.
takut bila baca kisah macam ni..harap2 jnglah ade kisah gini berlaku kt saya atau sesapa je..mcm dalam novel ...
betul, bkawan lh seramai mana pun, dgn siapa2 saja namun biar lah berpada2.. beringat sblum kena, moga kita semua mdapat manfaat dr kisah ni~
ermmm...
yang terlarang tu la yang mengasyikkkan...huhuhu...sedih...
setuju sgt..!!!!
betul tu..especially yg dah kawen, kenalaa berpada2 bile berkawan..takut ade yg terpesong..
itu la..
yang penting saling ingat mengingati..
ehehee
sebab tu jgn sekali2 menghampiri apa yg terlarang tu. Allah tahu sangat sifat hambaNya ni...tak kuat pun.
erkkk... jangan pandang2... boleh pegang2... lalalala...
cinta tu buta
Wе absolutely love уour blog and fіnd almost all of youг рost's to be exactly what I'm lоoκing for.
Does one offеr guеѕt writers tο write contеnt fоr you?
I wouldn't mind writing a post or elaborating on most of the subjects you write related to here. Again, awesome blog!
Feel free to visit my web blog: guaranteed payday loans
Post a Comment