Dah 2 hari aku tak post apa-apa kat blog. Seperti biasa bila penyakit malas melanda, nak buka komputer pun macam kena paksa diri. Biarpun tak der sebarang entry baru tapi aku masih jalan-jalan kat blog kengkawan. Adalah dalam 7-8 blog jer. Jalan-jalan cuci mata tanpa tinggalkan sebarang jejak. Huuu...
Termasuk hari ni, dah seminggu kita berada dalam bulan februari. Sekejapnya rasa masa berlalu. Awal-awal tahun ni, alhamdulillah belum lagi aku diserang sakit belakang. Harap-harap dah sembuh walaupun aku tak pernah pergi dapatkan rawatan kat mana-mana tempat. Dari info yang aku baca pasal sakit belakang ni, ada yang tak kena dengan sistem saraf. Ntahlah... boleh baca kat SINI kalau nak tahu lebih lanjut. Kepada sesiapa yang tak pernah alami sakit belakang yang kerap, sila berhati-hati dengan aktiviti harian korang lebih-lebih lagi dalam sukan. Nanti kalau alami sakit belakang macam aku, setiap pagi tutup mata lah sementara menunggu kesakitan hilang. Nak gerak kiri kanan pun tak boleh. Sila bertanggungjawab terjadap kesihatan korang.
Apa lagi ekk..oh yer. Aku masih menanti jawapan hasil interview hari tu. Tak lah berharap mana sebab dah tahu persaingan berat sebelah. Tapi kalau ada 1% peluang pun dah dikira ok dari tiada peluang terus. Bersyukur sesangat. Aku dah plan nak apply duk kat kuarters kalau dapat kerja tu. Dah 14 tahun aku stay kat rumah pusaka tok nenek ni. Suasana dah tak sama macam dulu. Sawah padi kian menghilang ditelan projek perumahan. Dalam 10 tahun lagi sure dah hilang kehijauan. Kehijauan alam sebenarnya memberi ketenangan kepada kita. Sampai masa nak cari angin baru, nak rasa duk rumah sendiri (walaupun kat kuarters jer). Masih lagi stay sensorang bila dah pindah nanti. Actually kalau stay sensorang ni, everything up to me. Dalam erti kata lain berdikari (selama ni pun aku dah cukup berdikari). Paling best bila aku bebas untuk cooking tanpa gangguan. Sedap ke tak sedap, hanya aku yang tahu..hahaha
Berat badan aku dah semakin susut akibat kurang tidur dan makan tak tentu masa. Sehari tidur dalam 3-4 jam, makan kadang-kadang sekali sehari atau pun seharian tak makan. Tunggu esok jer baru makan. Bonda dah sound beberapa kali. Kena adjust sikit perkara ni. Bimbang gak kalau-kalau diserang penyakit. Dah lama sangat aku tak main badminton dan futsal. Nak kena aktif kembali untuk stamina. Aku dah tak tahu nak taip apa lagi. Malam nanti sudi-sudilah terima kunjungan aku ke blog korang. Kay.. nak layan citer Ngangkung kejap. Then sambung dengan citer Aku Masih Teruna Dara...
12 comments:
saalah kita..cuti sakan...keyboard pun x bersentuh gok..selamat kembali..huhu
oooo rajin memasak si bujang ni ye...
untungggg bakal suri hati nanti ;)
hehheeh kena paksa nah bukok laptop!
1% pun peluang dih..sy doakan awk berjaya!
bagusnya ada hati nk masak sendiri..okla tu, esok2 bila kawen, leh tlg bini ;-)
salam,
bila sehari tak buka laptop
mmg jadi malas terus pulakan..hihi
pagi ni pun rase janggal giler nak pegi keroje dah nih hahaha punyer la mood cuti menghantui diri lagi akekeke :P
ape2 pun saye doakan mudahan MH sihat hendaknyer :))
disebabkan cuti raya cina nie...kak lynn pun tak update apa2 kat blog...dan traffic pun merundum jatuh...huhuhuh...
uitsss, jgn tak makan, kena makan, masak simple2 pun takpe, janji makan, nanti sakit sape yg susah, dah le takde wife lagik, hehehe
sakit belakang 2 sbb pernah excident ke???
spinal cord injury r common cases..
teringin gak nak duduk umah yg dikelilingi sawah padi...suka..tp xsuka pacat,lintah...huhu
zaman berubah... pembangunan menelan kenindahan semulajadi.. nikmatilah ketika masih ada..
Hello there,
I’m Azlina from Universiti Sains Malaysia, Penang. I am currently doing a research on Malaysian Bloggers as part of my Masters degree in Social Science (Psychology). Your blog has been selected and I would sincerely be grateful if you can participate in my study. In this research, I am interested to understand more about your blogging experience. If you are indeed 18 years old and above, and willing to spend a few moments of your time to complete a survey to help with my research, please answer the questionnaire in the link below as soon as possible. If you have any questions or concerns about this survey, you may email me at scorpluto35@yahoo.com.
I sincerely appreciate your time and consideration!
http://www.kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=IJNOIM_a20d967d
Azlina
scorpluto35@yahoo.com
please delete this after done, thanks
best ek citer ngangkung? ngeee..tak layan2 lagi..
Jom skodeng :Notre Belle Histoire
salam...
kembali menyentuh keyboard tajuk n3 yang paling sesuai utk minggu 1 n 2 bulan feb...wahwahw....
Post a Comment