Dah lama rasanya tak pergi ke perpustakaan. Last pergi sana dlm 3 tahun lepas sewaktu hadiri taklimat jabatan. Teringat masa kecik2 dulu, perpustakaan lah tempat aku habiskan masa lapang. Kalau tak landing kat perpustakaan sekolah, aku landing kat perpustakaan maktab perguruan berhampiran. Biasanya aku boleh habiskan masa dlm 3-4 jam kat perpustakaan.
Yup, aku suka membaca. Not academic book but encylopedia or buku cerita. Hampir 90% buku cerita dlm perpustakaan sekolah dah aku khatamkan. Aku cukup minat dgn kisah mitos or dongeng, fiksyen dan jugak penyiasatan. Putera Katak, Penyiasat Hardy Bersaudara, Awang Pungung Tajam, Perompak Canggih vs Polis Cyber.. Itu antara buku cerita yang aku still ingat jalan ceritanya sampai sekarang.
Amalan membaca baik untuk perkembangan minda. Kanak2 kalau telah ditanam minat membaca sejak kecil mampu menjadikan mereka pelajar pintar bila menjejakkan kaki ke alam persekolahan kelak. Kerajaan pun sentiasa mengadakan kempen membaca. Of coz lah korang pernah lihat iklan marilah membaca kat tv. So, semaikan minat membaca dalam diri sendiri dan anak2. Membaca amalan mulia..
Dalam perjalanan balik dari perpustakaan, aku melintasi tangki air ni. Tangki air ni terletak betul-betul belakang perpustakaan. Nostalgia betul ah kawasan tangki air ni. Masa sekolah rendah dulu, kat sinilah aku banyak habiskan masa bermain dengan kawan-kawan. Sebab aku gayat dengan tempat tinggi, cuma berani panjat sampai tingkat 1 jer. Kiranya masa tu tempat ini kamilah tuannya..huhuhu. Dah tak terjaga kawasan ni. Penuh lalang-lalang dan semak samun. Tak seperti dulu yang sentiasa bersih.
14 comments:
sekarang ni macam2 program kat sekolah utk menarik minat murid2 rajin membaca buku cerita. kalo tak salah akak, salah satunya prog. nilam, sapa yg boleh baca byk buku, dpt hadiah. berlumba2 anak2 akak kat umah dok baca buku cerita..hehehe
Kenangan indah terpahat di memori.. masa semakin pantas berlalu kan.. nak nanges rase..
wahh rajin btul membca smpai khatam 90% buku kt library.. kl sy prefer bku yg byk gmbr dr tulisan..sy lebih suka tgk gmbr rather than membaca..for me 1 gmbr boleh mengungkap seribu cerita.. hihi
kak lynn kalau gie library bila musim nak exam jer...sebab study kat library baru leh masuk otak...hehehe...
hm, sye ske gak gi library. library kt unisza nie tgh renovate, buku english x bnyk, bnyk buku agama je. tp kn ske jugak gi library kota. bnyk jugak buku tp buku yg berkaitan ngan subjek sye slalu xde.....
dulu bersih sbb ada budak2 main kat situ..hehehe..lalang pun tak sempat nak tumbuh..
skg ni budak2 yg main kat situ dah besar..hehehe tu yg tumbuh lalang tu..
sis pun dah lama sgt x gi perpustakaan..
tempat yg abandoned macam tu buat photoshoot wedding cantek woo!!
msti tanki air tu dlu tompat ponteng kn.. huhuhu :P
║║╔║║╔╗ ║
╠╣╠║║║║ ║
║║╚╚╚╚╝ O
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ha ni tempat ponteng sekolah ni port baik punya....
yupppp dulu aku suka singgah tangki air ni main panjat-panjat pasal nak tengokkk pemandangan dari aras tinggi
kne tag, sila ke http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2011/02/pencarian-blog-paling-hensem-dan-cantik.html
sy bukan kaki membaca sangat...semua depends pd mood...hehe
sy pernah menang hadiah nombor pengunjung bertuah mse form4 dl...hehe
salam
tempat jatuh kan dikenang inikan pula tempat yang penuh dengan kenangan terindah =)
kenangan mmg best!tetibe teringat library kat skola2 dlu..tmpt plg best lepak sbb tenang n tak ramai student:D hehe sy suke pnyiasat hardy bersaudara n 5 sekawan tuh..nancy's book :) best..bajet nak jadi mata2 je dlu..ekeke:)sonoknye skola!
Post a Comment