Mengingati masa lalu, selalu berinteraksi dengannya dan selalu meratapinya merupakan suatu kebodohan dan sikap gila. Selalu membayangkan masa lalu adalah sebuah pembunuhan terhadap cita-cita dan merupakan sebuah penyia-penyiaan bagi masa depannya. Sebab file masa lalu di kalangan orang yang cerdik adalah semestinya dilipat dan tidak perlu diceritakan. Masa lalu ditutup dan dikunci rapat selama-lamanya dalam peti lupa. Kemudian diikat denagn tali yang kuat dalam sebuah penjara kelalaian, sehingga tidak akan keluar selama-lamanya. Masa lalu mesti ditutup rapat sehingga ianya tidak muncul lagi di permukaan selama-lamanya, sebab ianya telah berlalu dan berakhir.
Sebuah duka cita tidak perlu mengembalikan kenangan masa lalu. Sebuah kesedihan tidak perlu lagi berusaha untuk memperbaiki masa lalu. Sebuah kepiluan tidak perlu ada usaha untuk membenarkannya. Kekaburan hidup tidak perlu lagi untuk menghidupkan masa lalu. Sebab ianya telah tiada dan tidak lagi wujud. Selamatkanlah dirimu dari bayangan masa lalu. Apakah anda menginginkan air sungai dikembalikan kepada sumbernya? Apakah anda ingin mengembalikan matahari kepada tempat terbitnya semula? Apakah anda ingin mengembalikan anak kecil ke dalam perut ibunya? Apakah anda ingin mengembalikan susu ke dalam pentilnya semula? Apakah anda ingin mengembalikan air mata ke dalam mata semula? Interaksi anda dengan masa lalu, kekecewaan anda kepadanya, kekesalan terhadapnya dan ketergantunganmu dengannya merupakan situasi yang menyedihkan, menakutkan, mencemaskan, mengejutkan dan menterlenakan.
Perbacaan berulang kali terhadap lembaran masa lalu merupakan bentuk penyia-nyiaan terhadap masa depan, penghancuran terhadap segala usaha dan pembantaian terhadap keadaan semasa. Allah telah menyebutkan dan menceritakan tentang bangsa-bangsa terdahulu dan apa yang telah dilakukannya. Allah terlah berfirman;
"Itu adalah umat yang telah lalu". (Q.S. al-baqarah : ayat 141}
Sebab masa lalu mereka sudah berakhir. Sebab hal itu tidak membawa untung dan tidak ada faedahnya untuk membedah kerangka bangkai dan hanya mengembalikan roda sejarah.
Orang yang mengulangi masa lalu adalah seperti orang yang mengiling gandum, sementara dia adalah orang yang mengiling dirinya sendiri, atau seperti orang yang menggergaji kayu dirinya sendiri.
Penyakit dan bencana kita adalah kita tidak mampu menghadapi masa depan kita dan kita selalu sibuk dengan masa lalu. Kita terlena dengan istana-istana yang indah dan kita selalu menangisi keruntuhan yang sudah tidak berharga. Jika seluruh manusia dan jin berkumpul untuk mengembalikan peristiwa yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu. Sebab hal ini merupakan sesuatu yang mustahil.
Selayaknya umat manusia tidak perlu melihat ke arah belakang dan tidak boleh menoleh ke arah belakang. Sebab hembusan angin selau mengarah ke arah hadapan, air mengalir ke arah hadapan dan rombongan kafilah terus maju ke arah hadapan. Oleh itu, maka janganlah anda menyalahi sunnah kehidupan
Dipetik dari buku La-Tahzan, karya Dr. Aidh Al-Qarni. Sedikit pengubahsuaian telah dilakukan supaya anda faham dengan apa yang cuba disampaikan. Boleh dapatkan buku ini dikedai-kedai buku berhampiran. Aku hanya membaca buku ini di perpustakaan kerana kesuntukan masa untuk pergi ke kedai buku.
Hari ini marilah kita bersama-sama berkata; "Pergilah masa lalu kerana aku ingin membina hidup baru. Pergilah kenangan pahit kerana aku tak memerlukannya. Pergilah kesedihanku kerana esok aku ingin ketawa. Pergilah kesusahanku kerana aku akan berusaha untuk mencari kesenangan".
Kepada yang penah putus cinta dan masih terasa kehilangannya, katakanlah; "Pergilah kekasihku kerana suatu hari nanti pasti aku akan dipertemukan dengan insan yang terbaik untuk ku". Dan kepada yang meratapi kematian insan tersayang, katakanlah; "Pergilah kesedihanku kerana aku redha dengan pemergiannya. Tiada yang kekal dalam dunia ini. Setiap yang hidup pasti akan mati jua suatu hari nanti".
Yang berlalu biarkan berlalu. Cukuplah sampai disini. Esok kita bina kembali keyakinan diri untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Hidup ini terlalu singkat. Usia kita sebenarnya semakin pendek dari hari ke hari dan bukannya dipanjangkan. Sekiranya kita terlalu memikirkan hal duniawi, bagaimana nasib kita kelak apabila dijemput menghadap Ilahi tanpa amal dan bekalan yang mencukupi. Janganlah persia-siakan baki kehidupan yang masih ada ini.
22 comments:
hidup mesti terus bro...
bila nak kawin ni...eh tetiba...hehehe
penuh mendalam maksud..dan saya suka..tq kerana mengingati..so life must go on k:)
we can remember but to look back is not a smart move. what past is past. the future is still long and windy.
yang lalu biarkan berlalu... ia telah pun jdk sejarah... jom kita buat sejarah baru dalam hidup ini... hehe
sejarah lalu, yg terindah, jadikan kenangan utk selamanya, yg buruk itu, ambil sebagai iktibar dan pengajaran.
eh.. betul ke ape ai cakap ni?? hehehe
yupppp setuju!!! :))
yang penting pandang ke hadapan....
Kisah lalu..biarkan jd kenangan,jgn asik diharapia akan berulang.kisah lalu biasanya akan jadi pembakar semangat untuk kita terus maju kehadapan.
mudah memaafkan... sukar melupakan... sukar..
setuju dgn pesanan!
benda yg lepas dijdkan kenangan...dan jadikan ia satu kenangan yg terindah..ia tak akan dpt diulangi semula...
yg lepas tu kenangan.. buang yg keruh ambil yg jernih..
semoga hari ini lebih baik dr hari semalam.. dan hari esok lebih baik dr hari ini.. insyaAllah.. (",)
mls nk igt, wat sakit ati...
redhalah dengan apa yang terjadi. mungkin ada hikmah disebaliknya :)
yup.. thanx for sharing.. jgn dikenang barang yg dah lepas.. smile!!
things & people change, it doesn’t mean u forget the past, it means that u move on & treasure the memories..
hurmmm... kekadang kenang untuk renungan. tapi bila asyik kenang.... tu yang makan dalam tu.
lalalalala
buku la tahzan memang byk membantu...buku ini saya baca setiap kali bersedih hati...
yg lalu biarkan berlalu...klu dah pernah dikecewakan kekasih hati jgn serik mencari yg lain...:P
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila bersemadi warna cinta
Pudarlah segalanya
Tiada mentari lagi
Yang mengiringi perjalanan
Mestikah bersedih
Pada hakikat
Dikurniakan padamu
Bukankah cita-citamu
Memperjudikan kasih sayang
Kita mampu merancang
Hanya Tuhan menetukan
Tak perlu dikisahkan..ooo...(2x)
hidup ni bagai roda sekejap naik sekejap turun..... but hidup perlu diteruskan
setiap perkara..
ada hikmahnya...
assalam
bukan sekali tapi berkali-kali ku cuba biarkan yang berlalu itu terus berlalu, namun hakikat itu....dah3...
selalu layan buku dont be sad........semangat pembakar diri..
salam
erk,,,nak komen di entri yang sama dua kali
saya harap entri ini berlalu dan diganti dgn entri baru..hehehh
Post a Comment