Dalam seribu kawan akan terjalin ikatan persahabatan. Dalam persahabatan akan wujudnya kasih sayang. Dalam kasih sayang tak semestinya ada cinta.
Tak ada halangan dengan siapa saja kita mahu berkawan. Pangkat, harta, keturunan, agama dan bangsa tidak pernah menjadi tembok penghalang. Berkawanlah dengan seberapa ramai yang mungkin asalkan pandai menjaga perhubungan dan batasan, lebih-lebih lagi bagi kita yang beragama islam.
Berkaitan tajuk di atas, aku ingin berkongsi satu kisah yang bersaksikan mata aku sendiri. Walaupun apa status kita, bujang atau sudah berkahwin; tiada salahnya untuk berkawan. Tapi masih ada kemungkinan untuk terjadi sesuatu yang di luar dugaan.
Aku mempunyai ramai kawan. Antaranya encik X yang baru menamatkan pengajian diluar negara ketika itu dan puan Y yang memegang status isteri orang. Everything ok pada mulanya. Hari berganti hari. Kerana sering bersama ke sana ke sini menyiapkan tugasan, datangnya perasaan suka sama suka antara mereka. Walaupun tahu itu hubungan terlarang tapi tetap nak teruskan. .
Aku yang sedar tentang perkara itu tak tahu apa nak dibuat. Begitu juga dengan kawan-kawan yang dapat menghidunya. Suami puan Y sangat baik orangnya. Susah payah mengerah kudrat untuk memberi kesenangan kepada puan Y. Serba salah aku dibuatnya. Nak menegur terus dikatakan busy body, tak nak menegur berbulu mata melihat kemesraan diaorang. Hanya mampu berdoa semoga dibuka pintu hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Kerana dah mabuk cinta, boleh jer puan Y pergi bercuti bersama encik X dengan menipu suaminya bahawa dia pergi berkursus. Alangkah berdosanya...
Kenapa dengan isteri orang juga encik X nak bercinta sedangkan dia tahu hukum hakamnya. Aku kesal kerana encik X mempunyai ilmu agama yang jauh lebih tinggi dari aku tapi tetap terkulai juga kerana seorang perempuan.
Berhati-hatilah dengan siapa kita berkawan lebih-lebih lagi yang berlainan jantina dan memegang status suami/isteri orang. Dalam agama telah mengariskan batas-batas dalam berkawan. Selagi kita berpegang kepada agama, insyaallah kita takkan terjerumus dengan hubungan terlarang. Jangan pandang rendah soal perasaan ini kerana sesiapa saja boleh tewas bila-bila masa bila syaitan membisikkan kata-kata nafsu.