Tuesday, February 01, 2011

The Rabun Saga - Rabun Kehidupan

Rabun mata adalah perkara biasa dan boleh diperbetulkan. Zaman sekarang ramai yang mengalami rabun kehidupan atau akhirat. Orang yang rabun kehidupan atau akhirat ini akan nampak benda kecil menjadi besar. Semua benda akan mendatangkan masalah kepada mereka. Ini kerana mereka memakai cermin mata kehidupan yang salah. Terlalu banyak negatif berbanding positif.

Kita patut memakai cermin mata kehidupan yang positif di mana kita nampak apa yang ada di dunia ini semuanya bagus. Kita harus menganggap semua orang baik. Kalau kita sayang semua orang, mereka juga akan menyayangi kita. Jadi kalau kita mahukan syurga di luar kita, terlebih dulu kita kena wujudkan syurga di dalam hati kita. Kalau hati kita baik, insyaallah...Allah akan mengizinkan kita berjumpa orang yang baik.

Bagi wanita yang belum berkahwin, sekiranya mengidamkan calon suami yang baik, terlebih dulu haruslah kamu menjadi seorang yang baik. Pelihara aurat, tingkah laku, pergaulan, hormat/taat pada ibubapa dan menunaikan segala tuntutan agama. Biarlah hidup kamu sedikit terbatas asalkan tidak terjerumus ke jalan yang salah.

Bagi yang sudah berkahwin, sekiranya mendapat suami yang tak baik, janganlah terlalu mudah menunding jari menyalahkan suami. Lebih baik kamu fikirkan kenapa Allah jadikan suami kamu macam ini dengan kamu? Di manakah silapnya, di manakah kekurangannya dan apakah kesalahan yang pernah kamu lakukan? Sebelum kamu bertindak untuk merubah suami, adalah lebih baik kamu merubah diri kamu terlebih dahulu. Hanya isteri yang baik mampu membimbing suaminya menjadi seorang yang baik.

Dan bagi suami, silalah hargai isteri setiap masa terutama kalau isteri tidak berkeja. Ada waktunya kita merasakan hanya kita seorang yang bermandi peluh memerah keringat mencari nafkah sedangkan isteri hanya duduk di rumah. Sebenarnya kerja sebagai suri rumahtangga adalah kerja yang paling dihormati dan mulia kerana 24 jam bekerja. Mengasuh anak, memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian serta melayan kehendak batin suami. Siang malam bekerja.

Sekiranya anak masih menyusu, tentu suami akan rasa terbeban kalau perlu keluarkan duit selalu untuk membeli susu dalam tin. Setin susu sudah berapa puluh harganya. Kalau anak kuat menyusu, agaklah sendiri berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk susu anak. Tapi semua ini terlah dipermudahkan bila isteri memberi susu badan. Jadi hargailah isteri kita. Mereka adalah sebaik-baik pasangan untuk kita.

Mulakan budaya berterima kasih pada pasangan kita. Sebelum kita tidur, kita maafkan dulu kesalahan suami/isteri kita dan juga semua orang yang kita kenali. Seeloknya kita berniat bila bangun pagi nanti, kita nak mengembirakan semua orang dan mahu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, dengan apa yang diberikan. Insyaallah, segala kerabunan dalam hidup akan hilang sekiranya kita memakai cermin mata kehidupan yang positif.


Nota: Dah mula terasa kesan akibat kurang tidur. Kepala asyik berdenyut, bawah kelopak mata dah nampak lebam. Menaip entry ni pun dalam keadaan hanyut semacam. Aku kena perbetulkan sikit cermin mata kehidupan aku ni. Nak pergi bercuti untuk hilangkan stress...

22 comments:

mie said...

bercuti memang bagus ubtuk hilangkan stress...
heheee

Rash said...

Salam~

rash sgt setuju dgn ape yg diutarakan oleh saudara.. biasalah manusia tidak sempurna, masing2 ade kekurangan.. kdg2 kite nmpk perkara2 negatif org lain lebih dr kite nmpk ape yg ade pd diri kite sendiri.. cume kite hendaklah berusaha utk merubah nye & jgn sentiase berade di takuk lame =)

stay positive ^^

Eliza Sulaiman said...

agree,,,


;D

Ayuni said...

Bagi wanita yang belum berkahwin, sekiranya mengidamkan calon suami yang baik, terlebih dulu haruslah kamu menjadi seorang yang baik. Pelihara aurat, tingkah laku, pergaulan, hormat/taat pada ibubapa dan menunaikan segala tuntutan agama. Biarlah hidup kamu sedikit terbatas asalkan tidak terjerumus ke jalan yang salah.

yg nie sye ske n setuju....

cik mici said...

satuju ^_^


huhu...terasa ah...sy kena ubah sedikit sikap...huhu

Noor Fatin said...

masing2 ada peranan tersndiri.. :)

Cempakamelati said...

Saya setuju dengan entry ni. Memang bagus dibaca oleh semua.

maya amir said...

agree:))sharing is caring...

Farhan Zulhusmi said...

daripada surah al-nur ayat 26...
yang bermaksud...lelaki yg baik untk wanita yg baik..dan wanita yg baik untuk lelaki yg baik dan juga sebaliknya...
oleh itu...
jika kita inginkan pasangan yg baik kita perlu mengubah diri kita menjadi lebih baik....
insyaallah.....
amin.......

apdm said...

salam petang selasa =)

rabun cinta =)

jom cuti-cuti malaysia....hhahah

azwa amani said...

betul tu..kena perbetulkan power mata hati kita , agar kita nampak halatuju sebenar kehidupan kita di dunia ni...ehem..ehem...amani pun pakai cermin mata, bangun tdoq cari cermin dulu..hehehehe...sudah kembali menulis...rindu nak ke sini...

KakD said...

hurrrmm betul tuh dalam kehidupan rumah tangga tolak ansur dan saling menghormati amatlah penting :))

Cik Specky said...

menghargai & dihargai - hidup akan menjadi lebih indah & bermakna :)

KUREKURE COMEL said...

betul....mcm mina ni...suke menjawab..hehehe....

Unknown said...

mie - yup...lupa sekejap segala masalah

Rash - kita jarang nampak kelemahan kita tapi cepat menangkap kelemahan org lain

Unknown said...

Cik Eliza, Ayuni - yang elok jadikan panduan

JP Nurul - kena ubah banyak tu...

Unknown said...

NOOR FATIN - yg penting saling menghormati

Cempakamelati - ;)

Unknown said...

maya amir - sharing is caring, sharing is loving

Farhan Zulhusm- mesti jadi seorang yg baik dan terbaik

Unknown said...

sissyira - rabun cinta nanti sya buat.. nak pi cuti2 ke mana yaa

amani - sya bangun tidu raba2 cari jam dulu

Unknown said...

MAPPIAU - bertolan ansur dan saling memahami kunci kebahagiaan rumahtangga

nurHeart - bila terjadi mcm tu, barulah terasa syurga diluar kita

KUREKURE COMEL - kena ubah tu..hee
terpulang kpd diri masing2

Miss Yaty said...

fuh entry yang penuh dengan jiwa dan perasaan...

setuju dengan pendapat awak..susah hidup kalau tersilap pilih kaca mata kehidupan...

sama-samalah kita berubah menjadi yang lebih baik...

Unknown said...

pakailah kaca mata kehidupan yg betul ;)