Susah sebenarnya kita nak ubah sikap suka menipu kalau ia sudah sebati dengan darah daging kita. Tapi kita masih mampu merubahnya sebelum terlambat. Sekiranya tak dapat lakukan secara drastik, lakukan secara perlahan, sedikit demi sedikit. Asalkan mempunyai hati yang cekal dan nawaitu untuk berubah, insyaallah kita mampu untuk berubah
U all yang bekerja dengan government atau swasta pastinya dah sebati dengan perkataan claim. Pegawai luar seperti aku rutin bulanannya adalah membuat claim perjalanan. 10 tahun lamanya aku menaip claim setiap hujung bulan. Claim bulanan memang lumayan, jauh mengatasi gaji bulanan. Tapi sampai satu tahap aku terfikir, adakah aku berhak sepenuhnya ke atas duit claim itu?
Sewaktu mula-mula masuk kerja, setiap bulan pasti senyum meleret bila tengok jumlah claim. Walaupun pada mulanya aku teragak-agak untuk buat claim tapi lama-kelamaan dah jadi satu kegilaan. Berlumba-lumba dengan kawan2 yang lain untuk mengumpul jumlah tertinggi. Tapi sebanyak mana pun yang aku dapat, satu sen pun tak melekat dalam simpanan. Semuanya habis dibelanjakan. Selalu aku termenung, fikirkan ke mana aku belanjakan duit itu?
Setiap kali outstation, adakah aku mengikut jadual seperti yang ditetapkan? Jawapannya, No!! Selalunya aku sentiasa mengejar masa untuk menyiapkan kerja secepat mungkin. Seminggu tempoh yang diberi, dalam 2-3 hari aku dah siapkan. Selebihnya pergi jalan sana sini. Dalam borang tetap buat tuntutan untuk kerja seminggu. Walaupun kualiti kerja seperti yang diharapkan tapi aku menipu dengan masa. Tugasan seperti yang aku lakukan memang susah nak fit dengan masa.
Aku selalu dengar ceramah agama, selalu dengar ustaz cakap; "Berdosa kita mengambil sesuatu yang bukan hak kita, berdosa kita menipu untuk kesenangan diri". Aku sekadar mendengar, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi bila selalu mendengar, lama-kelamaan pasti akan menusuk juga ke dalam hati. Jadi sikit demi sedikit aku cuba kurangkan kegilaan mengejar duit. Memang tak semudah itu sebab sudah sekian lama sebati dalam diri.
Selagi aku terus dengan pegang jawatan itu dan selagi aku terus stay kat situ, memang sukar nak lari dari perbuatan menipu. Bagaimana nasib aku dalam kubur nanti kalau hinga akhir hayat aku terus menjamah hasil yang bukan hak aku. Sebab tu aku decide untuk bertukar kerja. Aku dah tak sanggup untuk menuntut duit yang bukan hak aku. Lagi teruk kalau duit itu aku gunakan untuk menjamu perut anak isteri. Walaupun aku terpaksa bermula dengan jawatan bawahan tapi aku happy sebab tak perlu lagi menipu. Biarlah sumber rezeki yang aku dapat itu dari jalan yang diredhai.
Teringat kenangan dulu, aku selalu bergurau dengan kawan bila membandingkan jumlah claim masing2; "Berasaplah kubur bila mati nanti. Jangan lupa standby pili bomba dan air-cond. Tak lah rasa panas sebab hantar claim lebong".
*lebong - menipu
Teringat kenangan dulu, aku selalu bergurau dengan kawan bila membandingkan jumlah claim masing2; "Berasaplah kubur bila mati nanti. Jangan lupa standby pili bomba dan air-cond. Tak lah rasa panas sebab hantar claim lebong".
*lebong - menipu
29 comments:
berhijrah ketempat baru, dan kearah kebaikan, thats good
buat la sesuatu tu ...biar la berkat...
isu claim ni kat mane2 tempat kerja pun same...lagi byk dpt duit lagi hati gembirakan...semua tu terpulang pd diri masing2...
kadang kala kita dok ingat kita ni selalu je betul sehinggalah Allah berikan kita petunjuk!
dan bersyukurlah dengan petunjuk Allah itu kerana kita telah dikira bertuah diberi dari Allah.. melainkan sesetengah orang lain yang buta dalam celik....
en fairul ini link untuk mode safe..kita penah uat entry mengenainya... :)
http://kellazule.blogspot.com/2011/01/tutorial-energy-saving-mode-mode.html
terima kasih.. :)
entri ini memang menarik dan tertarik pula untuk menokok tambah.. nak minta izin ni.. buleh ke..?
salam
salah satu sebab saya benci sgt org kerajaan walaupun arwah mak beria2 suruh saya kerja kerajaan...
kawan2 selalu cerita macam tu,pendek kata banganglah kalau tak buat...tapi kita sendiri y tentukan kita macam mana, bukan orang lain, kita ada pilihan untuk buat atau tidak. jika kita fikir panasnya neraka, sanggup lagi ke kita nak buat? seorang itu takkan berbuat dosa jika dia berada dalam minda yang sedar...
emm..sume org penah buat silap..bgsu la kl dh tersedar dr kesilapan..selamat berhijrah ea..
emm..pendapatan wlpn sikit tp berkat insyaAllah lekat je..sikit mcm mna pn pasti kita rsa mencukupi.. :)
betul, tindakan menukar kerja adalah sesuatu yg bagus....
Salam MH~
sgt mendalam entry ni.. hmm, rash dulu keje xpenah outstation so xmengalami la plak tp slalu dgr opismate lelaki suke klu outstation ;) garisan halal & haram ni susah nk ditentukan kecuali mmg yg terang2 disebut dlm Al quran.. So, klu MH ragu2 dgn nye, rash rs mmg keputusan yg MH buat adalah bijak.. rezeki ade dimane2 kn, slagi MH mengejar rezeki yg halal..
salam..
kalau dah teringat tu maknenya masih ade sesuatu di dalam HATI dan nilai2 baik untuk berubah...buat lah sebelom terlambat....
menipu juga menghilangkan kasih orang pada kita..
sebab itu orang kate"siakap senohong gelama ikan duri.."
saya suka siakap masak pedas..
♥MAMASYAZA♥ - hijrah mencari kehidupan yg lebih baik
kak ainnoraini - kerana duit ramai yg menutup mata soal halal dan haram. walaupun tahu dapat dgn cara yg tak betul tapi seberapa ramai yg amik kisah.. mata dah dikaburi duit
kella - syukur masih diberi petunjuk untuk berada di jalan yg lurus. kalau nak tambah apa2, buat jer.. :)
terima kasih atas ttorial tu.. mlm nanti boleh try
sissyira - tapi tak semua tempat dlm sektor kerajaan negatif. masih byk tempat yg kita boleh memperolehi hasil secara halal.
cuma satu penyakit dlm sektor kerajaan, susah sgt kalau nak minta tukar.. nak tukar seksyen pun kena ada alasan kukuh. itu pun belum pasti diterima
Cik TeN10 - biarlah sikit asalkan bahagia. hati pun rasa tenang.. hasil pendapatan berkat
Ayuni - sebab tu sya beria-ria sgt nak tukar kerja :)
Rash - bergantung juga. ada outstation yg membuatkan kita terikat sepenuhnya dgn masa yg ditetapkan. itu ok jer..
tapi kalau outstation yg memberi kebebasan kpd kita utk menguruskan masa, yg ni ramai yg salah gunakan
~ PIJA ~ mujur hati belum lagi menjadi hitam sepenuhnya. masih ada nur didalamnya.
A.s.t.i.n.a - sya pun suka siakap masak pedas. lagi best bila ada bersama budu dan pucuk gajus
dah 10 tahun keje? biar betul?
anyway, mungkin jugak tu punca kenapa duit yg kite dapat tu tak lekat...
i like~~~
selamat bertugas ditempat baru....
jgn sbb nila setitik, rosak susu sebelanga ye x? pokok pangkal nya dr diri kita sdiri.. apa2 pun, i'm hepi for u :)
gadisBunga - yup. dah 10 tahun dlm alam pekerjaan.. tu x termasuk kerja lepas habis spm dulu
lagi terukkan kalau duit yg tak berkat itu masuk hasilnya dlm perut kita
JP Nurul - hah? u like me? hahahaha
harap tempat baru menjanjikan suasana baru dan hidup baru
nurHeart - sekarang org dah jarang guna nila..hehehe
kena mulakan langkah utk berubah sbb hidup ini singkat jer
gue pun xtau nak kata apa..
hehehee
mie - pandang-pandang, dengar-dengar :)
NaDia CoMaNeCi - tukang sign x leh kata apa2 sbb dia pun buat mcm tu jugak :)
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
buat baik berpada -pada kata orang tua ,buat jhat jangan sekali engkau akan rugi...
Post a Comment