Monday, March 21, 2011

Petua Mendapat Pasangan - Juzuk 1

Kepada yang masih mencari pasangan atau sudah berpasangan tapi belum kahwin, hayati apa yang terkandung dalam artikel Dr. Fadzilah Kamsah ni. Sebab terlalu banyak, terpaksa aku bahagikan kepada 3 juzuk. Apa yang baik jadikan lah panduan..

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21 comments:

gadisBunga™ said...

hu~

mari kite semua ikut petua-petua ni supaya mudah mendapat pasangan. eh?

Unknown said...

semoga GB dikurniakan pasangan ideal..hehehe

gadisBunga™ said...

amin.

heheheh~

Unknown said...

semoga dapat jodoh yg baek2 dan beriman..amin..hehehe..:)

NM02 said...

mcm pakar motivasi plak.. ahaksss

Unknown said...

Amirah Adnan - semoga begitulah hendaknya.. amin

Unknown said...

NM02 - sya tumpang copy artikel org jer.. :)

mak encik | SZ said...

banyak juga tips nya ye...

semoga fairul bertemu jodoh segera! :)

Unknown said...

amin...

tips utk semua yg belum kahwin

Noor Fatin said...

semoga beliau jodoh saya.. amin..

Bidadari Syurga said...

muka atak senyum....

Bidadari Syurga said...

muka atak senyum....

cik mici said...

erk...nnt sy nak cube petua ni...hihi..

cuba utk jadi magnet yer...hmm

cek chun said...

sungguh la menarik info nyer.
thanks nooo

Unknown said...

Cik Bidadari - huh? senyum apa ekkk?

Unknown said...

JP Nurul - lagi cepat mencuba, lagi cepat ketemu jodoh

Unknown said...

cek chun - sama-sama

Afzainizam said...

=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Tali timba ditarik perlahan
Terasa sejuk air perigi
Ziarah Blog tanda persahabatan
InsyaAllah hamba datang lagi”

Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. minggu lepas agak sibuk sangat maaf lah yerr...

uihhhhh ni nak amalkan lerrr

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

alexayussida said...

ingin cnta yg tulus kerna redha Ilahi...

Unknown said...

Afzainizam - mana yang elok tu bolehlah amalkan... yg kurang sesuai elok dijauhkan

Unknown said...

alexa yussida - semoga anda sudah menemuinya sekarang :)