Thursday, March 31, 2011

Bila Baby Pandai Berkata-Kata

Perhatikan perbualan 2 orang baby comel tu. Do you understand what they talking about? Adakah sedang bersembang pasal isu dunia ataupun sedang mengutuk orang dewasa. Susah nak faham apa sebenarnya topik yang mereka bualkan sebab yang kedengaran hanya "Ta Ta Ta". Yang paling tak tahan dan memutarbelitkan usus dalam perut, siap tunjuk aksi geram lagi tu. Agaknya tengah berebut girlfren kot. hehehe..

Aku pun terfikir semasa masih baby dulu, apa sebenarnya yang selalu aku cuba beritahu orang sekeliling sampai berbuih-buih mulut dibuatnya. Bila mak ayah mengagah, semakin galak nak berkata-kata walaupun confirm diaorang tak faham bahasa baby. Err..korang tahu tak kat mana ada sediakan kelas mengajar bahasa baby ni? Aku nak joinlah. Manalah tahu kot-kot satu hari nanti boleh jadi penterjemah bahasa baby pertama di dunia.. ;p

Dragon Ball

10 tahun lepas sewaktu citer Dragon Ball tengah rancak ditayangkan kat TV2, setiap hari Ahad jam 9 pagi, selalu sangat aku menghilangkan diri dari pejabat bersama kawan2 satu seksyen semata-mata nak melayan citer ni kat kedai makan. Kadang2 keluar makan pagi sebelum pukul 8, selepas habis citer Dragon Ball baru nampak balik muka dalam pejabat. Hehehe..

Apa pun citer kartun ni memang sengal gila semasa Goku masih kecil. Bila Goku dah besar, kesengalan tu semakin pudar. Kelmarin tetiba timbul semangat nak tengok balik cerita ni. Semalamam aku gigih mendownload cerita ni. Sempatlah download 5 episod. Bila kepala berserabut, tengok cerita kartun yang sengal macam Dragon Ball ni boleh menghilangkan stress. 

Budak berekor yang sengal tahap gaban

Wednesday, March 30, 2011

Awas!! Penggemar Tauhu

Korang semua kenal tauhu kan. Korang semua pernah makan tauhu, at least sekali seumur hidup. Tapi tahukah korang macam mana tauhu itu dibuat? 

S
A
Y
A

S
U
K
A

M
A
K
A
N

T
A
U
H
U

Selepas melihat gambar bukti ini, terus aku hilang selera nak beli tauhu kat mana2 tempat sekali pun. Buat sendiri jer lah lepas ni... Adakah korang masih berselera untuk menjamah tauhu? huhuhu...

Friday, March 25, 2011

Bunuh Diri Itu Berdosa


Ni kes yang berlaku petang kelmarin kat KB Mall, Kota Bahru. Nak upload semalam tapi petir dan kilat berdentam-dentum atas langit.

Dah tak der kerja ker orang zaman sekarang selain dari cuba bunuh diri bila berdepan masalah dan tekanan. Dah ke mana hilangnya pegangan agama? Setakat nak terjun dari tingkat 3, boleh patah riuk tulang jer. Better terjun dari tingkat 5 ke atas, baru betul2 mati kalau dah nekad nak bunuh diri sangat. Dunia dunia..

Harap2 tak der lah kalangan ex-gf yang buat kerja bodoh ni selepas meninggalkan aku..huhuhu. Realitinya, bagaimana kamu membunuh diri di atas dunia, begitulah juga yang akan kamu ulangi bila di neraka kelak. Setiap perbuatan ada pembalasannya

Thursday, March 24, 2011

Kenapa Saya Suka Hujan

Bulan ni, hampir setiap hari hujan turun. Kalau tak siang, malam pasti hujan turun. Semalam seharian hujan turun menyejukkan cuaca yang semakin panas akibat perbuatan manusia yang tak tahu menjaga alam sekitar. Bila hujan, tanah gersang akan menghijau kembali, pokok yang hampir mati akan subur kembali, bunga yang layu akan mengembang kembali.

Tuan blog sangat suka bila hujan turun. Kalau setiap hari hujan pun tak per asalkan jangan banjir. Nak tahu kenapa tuan blog suka hujan, baca apa yang ditaip kat bawah sana. Te te te...
  1. Saya suka hujan sebab saya suka cuaca sejuk
  2. Saya suka hujan sebab bila sejuk, saya akan teringat kenangan lama yang indah2 belaka
  3. Saya suka hujan sebab mood rajin akan datang menyerang
  4. Saya suka hujan sebab tetiba rasa rajin nak masak-masak sebab perut cepat lapar
  5. Saya suka hujan sebab boleh mandi hujan
  6. Saya suka hujan sebab saya suka drive dalam hujan
  7. Saya suka hujan sebab pasti tak ramai orang kat pasaraya dan saya boleh shopping dengan hati yang riang gembira
  8. Saya suka hujan sebab saya dapat tidur lena dan bermimpi yang best2
  9. Saya suka hujan sebab saya suka basuh kenderaan dalam hujan
  10. Saya suka hujan sebab saya suka amik gambar permandangan waktu hujan 
  11. Saya suka hujan sebab confirm saya tak perlu kerja luar
  12. Saya suka hujan sebab bila hujan idea datang mencurah-curah
  13. Saya suka hujan sebab saya dilahirkan dalam bulan hujan, musim tengkujuh
  14. Saya suka hujan sebab bila hujan saya rasa lebih bertenaga
  15. Saya suka hujan sebab saya boleh pakai sweater yang jarang2 sekali dipakai
  16. Saya suka hujan sebab confirm takder kawan yang nak ajak keluar jalan2
  17. Saya suka hujan sebab saya suka duduk tepi pantai waktu hujan
  18. Saya suka hujan sebab saya boleh mengadap komputer dengan aman tanpa gangguan sepupu2 yang kecik tuwek
  19. Saya suka hujan sebab ada chance nak makan ikan sungai yang fresh
  20. Saya suka hujan sebab saya suka nyanyi lagu Hujan.. "hujan yang turun bagaikan mutiara, berkilau bersinar berkedirpan ~..la la la"

Wednesday, March 23, 2011

Petua Mendapat Pasangan - Juzuk Akhir

Ok, dah sampai bab terakhir tips mendapat pasangan ni. Maybe ada yang dah meluat sebab asyik-asyik entry pasal ni. Ok lah tu dari buat entry merapu merabang. At least ada jugak ilmu pengetahun yang boleh dicedok. Kan kan kan... Apa saja yang elok dipraktikkan, do it. 

Apa pun sebelum kita menagih cinta makhluk bernama manusia, adalah lebih baik terlebih dulu kita mencintai Allah swt. Dari-Nya kita akan mengenali erti cinta yang sebenar. Cinta kepada Allah takkan mengecewakan kita berbanding cinta kepada manusia yang belum tentu berakhir dengan kebahagiaan.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenal pasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Tuesday, March 22, 2011

Petua Mendapat Pasangan - Juzuk 2

Sambungan dari artikel/tips sebelumnya. Bahagian terakhir aku publish esok ler. Tak larat nak taip banyak2. Mana yang elok tu jadikanlah sebagai panduan untuk mengeratkan kasih sayang, terutama kepada mereka yang telah berumahtangga.

Oh ya...semalam, sepupu kecil sebelah rumah disyaki pihak hospital dijangkiti H1N1. Confirm nanti orang dari pejabat kesihatan datang buat check-up kat rumah. Ada masa nanti aku ceritakan pasal ni. Mata pun dah ngantuk sangat ni. Dah sampai masa untuk bermimpi jadi mat romeo never die... zzzzz

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

Monday, March 21, 2011

Petua Mendapat Pasangan - Juzuk 1

Kepada yang masih mencari pasangan atau sudah berpasangan tapi belum kahwin, hayati apa yang terkandung dalam artikel Dr. Fadzilah Kamsah ni. Sebab terlalu banyak, terpaksa aku bahagikan kepada 3 juzuk. Apa yang baik jadikan lah panduan..

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

Saturday, March 19, 2011

Kerja Bawah Pokok

Pernah dengar ayat "kerja bawah pokok"? Kalau tak pernah, cuba lihat gambar kat bawah tu. Itulah yg dinamakan kerja bawah pokok. Duduk berlindung bawah pokok dari panas matahari sambil shoot gambar sendiri..hahaha. Tak tahu nak taip pasal apa. Dari biarkan blog sunyi tanpa kabar, aku taip jugaklah entry ni buat pengubat rindu peminat2 ku... (perasan) hahaha..

Sepanjang hidup ini, kita sering berdepan dengan pelbagai ragam orang disekeliling. Ada waktunya mereka membuatkan kita sakit hati, terluka ataupun berdendam. Hidup kita takkan tenteram selagi tersimpan perasaan negatif pada seseorang. Perasaan negatif ini hanya akan membuatkan kita lebih terseksa. Maafkanlah mereka walaupun terlalu berat untuk kita lakukan.

"Memberi kemaafan kepada seseorang yang dirasakan tidak patut dimaafkan adalah kemaafan yang sejati. Tiada yang lebih indah dalam hidup ini selain dari hidup tanpa perasaan benci dan dendam..."

Tuesday, March 15, 2011

Cuti Sekolah Musim Orang Kahwin

Seminggu sebelum cuti sekolah dah berkeping2 kad kahwin atas meja. Macam2 patern kad dan macam2 warna ada. Bukak satu, anak jiran belakang rumah yang kahwin, bukak satu lagi, jiran hujung sana yang kahwin. Ramai betul yang amik peluang cuti sekolah ni utk melangsungkan perkahwinan. Hari sabtu minggu lepas saja, 5 kenduri kahwin berlangsung serentak. Jadi sebagai memenuhi undangan, terpacaklah aku kat kenduri kahwin sejak dari t/hari sampai petang. Kena pulak hari tu hujan, makin berselera nak makan bila cuaca sejuk. 

Sudah makan sampailah masa utk bersalam dengan tuan rumah sambil hulurkan sekeping duit kertas. Pernah jugak aku hulurkan seringgit jer sebab lupa nak tukar kepada duit kecik sebelum pergi kenduri. Takkan nak kasi seratus, tidak ler. Lain lah kalau kawan2 rapat atau sedara mara yang kahwin. Nak cabut macam tu jer rasa serba salah. Mujur tuan rumah terus masukkan duit tu dlm poket seluar, tak tengok berapa ringgit aku kasi. Hahaha... Balasannya, dapat ler cenderahati dari tuan rumah. Kalau dulu confirm dapat telur sebijik. Sebab sekarang harga telur dah melambung, sebagai gantinya diletakkan gula2, cup cake dan buku yasin.

Tak der ke lawan2 blogger yang kahwin musim cuti sekolah ni? Yang tengah berpacaran eloklah kahwin awal untuk mengelakkan berlakunya maksiat. Biasalah kalau berpacaran ni, mula2 pandang2, pastu pegang2. Yang dah bergelar suami orang pun tapi nak tambah cawangan apa salahnya, ikut sunnah Nabi. Lebih baik kahwin jer dari berskandal sana sini. Tetetete....

Monday, March 14, 2011

Bunga

Dalam taman terdapat 4 jenis bunga.
Disiram dibajai, hanya 1 yang kembang mekar.
Tapi sayang kembangnya cuma seketika sebelum layu.

Kenapa terjadi begitu?
Adakah kerana tanah dalam taman itu kurang subur?
Atau tiada bunga yang sesuai ditanam dalam taman itu?
Atau tuan punya taman tak tahu menjaganya dengan baik?

Thursday, March 10, 2011

Demam Hikayat Merong Mahawangsa

Demam Merong Mahawangsa dah melanda rakyat negara ini. Mana-mana tempat orang bercakap pasal filem yang menggunakan bajet RM8 juta tapi hasilnya mengagumkan. Buah tangan Yusry KRU kali ni tak mengecewakan. Hari ni panggung penuh, tak sempat nak pergi tengok. Esok baru pi tengok. Itupun kalau berjaya dapatkan tiket.. Tak sabar nak tengok sendiri filem epik yang menengelamkan genre seram dan cinta yang dah meluat aku nak tengok. Kay, jom sekali family dan kawan-kawan tengok filem ni. 

Bila Susu Dibalas Tuba

U all pernah dengar peribahasa melayu tu? Kalau pernah mesti tahu apa maknanya. Ni 1st time terjadi kat aku malam kelmarin. Sejak kemalangan hari tu, aku jaga ia baik-baik sampai sembuh. Jaga makan minum, kasi urut selalu untuk betulkan anggota yang terkehel. Tapi semua jasa aku tak pernah dikenang sama sekali. Aku bagi susu, tuba dibalasnya.

Tergamak kucing aku kencing atas komputer. Arghh!!!! kill kill kill..tension betul ah. Dah lah kes jenayah tu berlaku dalam bilik aku. Harum semerbak satu bilik dengan bau kencing kucing. Apa kejadahnya kucing aku ni, dalam banyak2 tempat dalam rumah, atas komputer aku jugak ko kencingkan. Aku tengok kucing tu ari ni, nampak kecik jer. Kalau manusia, dah lama aku cekik cekik sampai koma. Sebagai hukuman, minggu ni tak payah nak mengada-ngada nak makan ikan goreng dan frieskies. Makan keropok jer lah....

Satu kerja aku nak bersihkan najis mutawasitah. Dah ler aku tengah terdesak nak guna komputer. Tergendala lagi hasrat aku nak balas komen u all.. Kena repair dulu komputer sampai siap. Monitor dah gelap gelita akibat air kencing kucing sial tu. Mujur cpu masih sihat walafiat. Dan keyboard aku kalis air. Kalau tak satu kerja nak pergi beli yang baru.

Ni ler kucing kejadah yang kencingkan komputer aku. Gambar last year lepas eksiden..

Saturday, March 05, 2011

Sinar Cahaya Ayat Qursi & 7 Kalimat

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. 

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 
  4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"
  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
  4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
Mudah-mudahan kita sentiasa mengamalkan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w...

Thursday, March 03, 2011

Pening

Beberapa hari ni, aku rasa ada yang tak kena kesihatan aku. Setiap hari tetiba jer sekali 2 pandangan jadi gelap seketika. Ada waktu terduduk terus atas lantai sebab hilang keseimbangan. Apesal lak ni? Dulu pernah jadi gak macam ni tapi cuma gelap mata jer. Tekanan darah rendah lagi ke? Atau tekanan darah tinggi? Check tekanan darah minggu lepas normal jer. Tak rendah tak tinggi...

Kalau lah tengah drive tetiba jadi macam ni, habislah aku...

Projek Akan Datang

Tengah duk memikirkan apa nak buat semalam, tetiba timbul idea nak buat komputer baru. Laju jer tangan ni google hardware komputer yang nak dibeli. Bukak sana bukak sini, siaplah senarai barang yang nak dibeli nanti. Tinggi jugak kos kali ni sebab mahukan super komputer yang dilengkapi teknologi terkini. Tak kisahlah asalkan berbaloi dengan kos yang dikeluarkan. Next month dah boleh start order barang-barang pc. 

Aku kalau pasal komputer memang kipas susah mati. Apa saja pasal komputer cepat jer menangkap dalam ingatan. Tengok sekali imbas jer dah boleh faham. Tapi kalau soal lain memang aku slow motion sikit. Kay ah, jom nengok senarai barang-barang untuk komputer baru aku nanti. Belum muktamad lagi senarai ni. Maybe ada tambahan atau pertukaran bergantung kepada harga dan stok.

Wednesday, March 02, 2011

Aku Tak Sanggup Menipu Lagi

Susah sebenarnya kita nak ubah sikap suka menipu kalau ia sudah sebati dengan darah daging kita. Tapi kita masih mampu merubahnya sebelum terlambat. Sekiranya tak dapat lakukan secara drastik, lakukan secara perlahan, sedikit demi sedikit. Asalkan mempunyai hati yang cekal dan nawaitu untuk berubah, insyaallah kita mampu untuk berubah

U all yang bekerja dengan government atau swasta pastinya dah sebati dengan perkataan claim. Pegawai luar seperti aku rutin bulanannya adalah membuat claim perjalanan. 10 tahun lamanya aku menaip claim setiap hujung bulan. Claim bulanan memang lumayan, jauh mengatasi gaji bulanan. Tapi sampai satu tahap aku terfikir, adakah aku berhak sepenuhnya ke atas duit claim itu?

Sewaktu mula-mula masuk kerja, setiap bulan pasti senyum meleret bila tengok jumlah claim. Walaupun pada mulanya aku teragak-agak untuk buat claim tapi lama-kelamaan dah jadi satu kegilaan. Berlumba-lumba dengan kawan2 yang lain untuk mengumpul jumlah tertinggi. Tapi sebanyak mana pun yang aku dapat, satu sen pun tak melekat dalam simpanan. Semuanya habis dibelanjakan. Selalu aku termenung, fikirkan ke mana aku belanjakan duit itu?

Setiap kali outstation, adakah aku mengikut jadual seperti yang ditetapkan? Jawapannya, No!! Selalunya aku sentiasa mengejar masa untuk menyiapkan kerja secepat mungkin. Seminggu tempoh yang diberi, dalam 2-3 hari aku dah siapkan. Selebihnya pergi jalan sana sini. Dalam borang tetap buat tuntutan untuk kerja seminggu. Walaupun kualiti kerja seperti yang diharapkan tapi aku menipu dengan masa. Tugasan seperti yang aku lakukan memang susah nak fit dengan masa.

Aku selalu dengar ceramah agama, selalu dengar ustaz cakap; "Berdosa kita mengambil sesuatu yang bukan hak kita, berdosa kita menipu untuk kesenangan diri". Aku sekadar mendengar, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi bila selalu mendengar, lama-kelamaan pasti akan menusuk juga ke dalam hati. Jadi sikit demi sedikit aku cuba kurangkan kegilaan mengejar duit. Memang tak semudah itu sebab sudah sekian lama sebati dalam diri.

Selagi aku terus dengan pegang jawatan itu dan selagi aku terus stay kat situ, memang sukar nak lari dari perbuatan menipu. Bagaimana nasib aku dalam kubur nanti kalau hinga akhir hayat aku terus menjamah hasil yang bukan hak aku. Sebab tu aku decide untuk bertukar kerja. Aku dah tak sanggup untuk menuntut duit yang bukan hak aku. Lagi teruk kalau duit itu aku gunakan untuk menjamu perut anak isteri. Walaupun aku terpaksa bermula dengan jawatan bawahan tapi aku happy sebab tak perlu lagi menipu. Biarlah sumber rezeki yang aku dapat itu dari jalan yang diredhai.

Teringat kenangan dulu, aku selalu bergurau dengan kawan bila membandingkan jumlah claim masing2; "Berasaplah kubur bila mati nanti. Jangan lupa standby pili bomba dan air-cond. Tak lah rasa panas sebab hantar claim lebong".

*lebong -  menipu