Saturday, January 22, 2011

Nak Cuti-Cuti Malaysia Ke Mana Yer?

Sepanjang 2010, kebanyakan masa aku habiskan dalam Terengganu jer. Tak pergi pun cuti-cuti Malaysia ke mana-mana negeri. Kesuntukan masa dengan kerja. Lagi pun bajet disimpan untuk pergi bercuti tahun ni. Last sekali aku bercuti pada pertengahan tahun 2009 kat Pulau Redang dengan kengkawan. Yang haru birunya.. baru pulang hari sabtu, hari isnin kengkawan aku dah diarahkan pergi outstation kat sana selama 4 hari. Hitam legam lah kulit tu dibakar matahari dan kepanasan pasir pantai.

Kalau pergi Cameron Highland pun best jugak ni. Musim cuti sekolah dah habis. Jadi tak lah sesak sangat kat sana. Harga penginapan pun dah turun balik. Last pergi sana 5 tahun lepas. Best tu dapat minum teh perisa stroberi. Dapat guling-guling ala hindustan kat ladang teh. Penetum penetum, tum tum tum.. Kemudian pergi makan fresh stroberi kat kebun. Lagi best kalau makan stroberi cicah coklat. Boleh dipertimbangkan.

Langkawi, apa lagi lah yang best kat sana. Selalu pergi sana pun sebab nak memborong coklat dan gula-gula. Orang Terengganu kurang mengenali apa itu gula-gula. Kalau sebut cekelat, nenek Wook pun tahu apa bendanya tu. Bagi aku, Langkawi tu chocolate paradise. Macam-macam jenis coklat boleh jumpa. Pandai pilih kedai, dapatlah harga yang murah-murah. Harap sangat nanti bila dah siap prasarana kawasan bebas cukai kat Tasik Kenyir, banyak lah coklat yang dijual kat situ. Confirm asal hujung minggu jer, aku dah lesap kat sana. Tak jauh pun dari kampung, cuma 45km jer.

Pergi mendaki Gunung Kinabalu pun ok gak. Dah lama tak pergi mendaki. Best owk kalau sampai atas puncak gunung tu. Sejuk jer udara. Atas puncak tu nanti boleh amik gambar. Bukti aku boleh..hehehe. Tapi rasanya macam kena aktif balik mendaki bukit ni sebelum pergi sana. Dah lebih 2 tahun berhenti mendaki. Kurang stamina lah. Balik dari Gunung Kinabalu, pergi beristirehat kat Pulau Sipadan. Best tu boleh lihat dugong berjemur tepi pantai.

Kat mana lagi yang best ekk dalam Malaysia ni. Kelantan dan Pahang aku dah puas melancong. Melaka pun sama. Genting Highland aku tak suka pergi sebab seram melihat jalan macam berlekang lekuk macam ular.

Erm…terbaca kat mana aku dah lupa. Tambang kapal terbang pergi balik ke Korea tak lah mahal sangat. Ok jugak kan pergi negara orang. Jauh perjalanan luas permandangan banyak pengetahuan. Teringat aksi main salji dalam citer Winter Sonata. Best ah dapat main ski. Kalau dapat jumpa Song Hee Kyo pun best ni. Ahaks!! Oitss, dah dah. Jangan terlebih berangan. Tengok dulu jadual kerja sebelum merancang pergi bercuti. Ada sesiapa nak ikut tak aku pergi Korea?

30 comments:

♥cikmOt♥ said...

hai fairul..selamat berujung minggu...

saya sefamili balik kampung raya cina ni...balik penang...
tapi on da way balik sana, singgah cameron kejap semalaman...1-2hb feb ni...

sib baik la dapat buking bilik kat rumah peranginan persekutuan kat BPH tu..amik bilik biasa jek, semalam rm25 jek..oklah tu...namapun percutian bajet kan...hehehe....

Lydia Miza said...

salam..dah pergi pangkor?berehat di sana bersama ikan kecil yg bermain di gigi air pun mengasyikkan.Tenang dan damai.Tapi kalau nak lg tenang blh ke bkt fraser kot?amat tenang.murah dan tanpa gangguan.

Ayuni said...

gi lh ngan yg thersyg, hikhik....

Imran nyambek said...

gua cuti selalu lepak rumah je.aerrrggh

Gieyana said...

wahhh..bestnyer..belum pernah smpai kt Redang mahupon perhentian..but every year, CH itu semestinya pergi..mmg x jemu psl anak leh berlari2 kt sn tanpa berpeluh..sgt best..

This year planning nk pergi Perhentian or Redang..Mn yg best yer?

gadisBunga™ said...

pegi la Kashmir. cantik wooo!!!

(tapi kite pun tak penah sampai lagi..huhu~)

Unknown said...

ciK mOt - teringin nak pi cameron highland balik tapi keja tgh byk skrg. kat sana sya suka menginap kat hotel rosa passadena sbb makanannya best.

buat lah giveaway baru. hadiahnya buah stroberi... ;)

Unknown said...

sis LM - pulau pangkor, belum pernah lagi sampai situ. ada rezeki nak jugak pergi sana..

bukit fraser? cadangan yg baik. tak terlintas pun dlm kepala. kena survey dulu mcm keadaan kat sana.

Unknown said...

Ayuni - yg thersyg dah tak der. meh ler ayuni tlg temankan... ;)

Imran nyambek - dah boring lepak kat rumah sbb bukak pintu nampak sawah padi jer.

cik mici said...

nak bwk saya pon blh jugak g korea tuh...:P

awk g jmp song hye kyo, saya g jumpa lee min ho...hahaha~~~


xpernah sampai lah kat redang..teringin gak nak g...langkawi pon dah lama xjejak...


tioman ok...tenang jer...

Unknown said...

Gieyana - sya suka cameron highland. tempat ideal utk cari ketenangan. lihat ladang teh menghijau pun dah cukup menyegarkan mata.

Perhentian - di pulau perhentian besar. byk terumbu karang mati sepanjang pantai. x berapa best nak mandi.
kalau pulau perhentian kecil sesuai sbb berdekatan kampung. harga makanan pun murah dan sepanjang pantai comel jer. kalau nak pi honeymoon berdua jer sesuai kot.

redang - yang ni sesuai kalau nak bawak family. banyak xtvt boleh dilakukan kat sini. pantai bersih, air jernih dan ada taman laut yg tercantik. tmpt peberet pelancong dari hong kong

Unknown said...

gadisBunga - kashmir tu terkeluar dari senarai..ekekeke

jom kita pi maldives..org kata kat sana mmg cantik

Unknown said...

JP Nurul - jom..sya selalu terima dgn tgn terbuka kalau ada org nak follow.

pi lah redang..comel lorrr. kalau stay 3 hari 2 malam rasa mcm tak padan jer. best sangat snorkeling kat sana. ikan berenang bawah kaki jer tanpa rasa was-was

Cempakamelati said...

Seronoknya bercerita pasal pergi bercuti..dah beberapa tahun tak pergi bercuti ni...

Unknown said...

pergi lah bercuti thn ni. sesekali pergi bercuti, dpt hilangkan stress

Noor Fatin said...

awak tinggal kat tganu kat mana?

Unknown said...

kat kole teganu

mak encik | SZ said...

cameron highlands mmg tempatttt kegemaran, best! langkawi pun best, KK pun best ...

fairul dah g fraser hill?
akak blom smpi lagi fraser hill...
dengarnya klu orang yg sukakan ketenangan sesuai lah p sana...ihiksss..

sarawak ok gak...

suri solehah said...

datang lah langkawi lagi..boleh jumpa akak kt sini..kata orang turki pun sesuai,,hubby pernah ke sana,,negara unik katanya half eropah n arab..

Cik Specky said...

sesekali g la jauh ckit - sarawak or sabah :)

Cik TeN10 said...

jom2..sy terbang dr jepun ke korea..1 jam smpai la..jmpe awk kt seoul ea!!.. (^.-)

isabelle said...

nak ikottttt..
hahaha. terlupa daratan dok dlm pantang, anak dah dua...

kinn said...

nak ikoooott g korea. nak g beli kereta kat sane.hek2

Unknown said...

sz | m.s.s - belum pernah sampai fraser hill. tu lah semua org cakap kat sana sesuai utk cari ketenangan. insyaallah akan sampai juga satu masa nanti

suri solehah - akak duk kat sana ekk..kat, nanti sya bagitau kalau2 pergi sana. tetete

kawan seopis sya suka sgt pergi melancong ke turki.

Unknown said...

nurHeart - sabah tu ada dalam perancangan. nak panjat gunung kinabalu dan santai kat pulau sipadan

Cik TeN10 - ok, see u at seoul.
mentari korea...haha

Unknown said...

isabelle - sabar, masih dalam perintah berkurung..hehehe

kinN~ - meh ler...cepat2 kemas baju dlm beg

Andy said...

Sampai kat blog ni sebab saya taip kat Google : kat mana nak cuti ni... tgh2 pening nak bawak anak gi mana, baru lps tel awana, tp hari yg nak tu dah full lak.

Anonymous said...

For neweѕt news уou have to ρay а visit
world-wide-web and on the web I found this ωeb sіtе as a mοst еxсellent ωeb sitе for
most recent upԁateѕ.

Stop by my ωеblog: rocket spanish language course

Anonymous said...

Ροѕt wгiting іs also a fun, if you knoω
aftеrωard yоu cаn writе оtherwise it is difficult to wгіtе.


My pаge we'éé

Anonymous said...

Wоω! Fіnаlly ӏ got a blog from where I can
truly get valuable data сoncerning mу studу and knowledge.



Also vіsit my ωеb blog: outdoor cushions target