Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
dicopy dari Sini
24 comments:
mudah-mudahan orang macam ni akan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T dan kembali ke pangkal jalan.
suruh adik tu jalan mengundur ke belakang.. tentu dia rasa susah
mule2 bace tajuk entry mcm ISHHH ISHH.skali dh baca faham. thnx perkongsian ni
jika kita faham..mudah dlm menjalankan suruhan Allah..tp bila menerangkan pd org cetek ilmu ni kena betul2 sabar..
penah baca jugak kisah ni.. pandai ustaz tu bg respon kan.. jawapan ustaz tu membuatkan budak tu berfikir balik apa yg telah dia persoalkan..
teringat jiran bercerita ...
dia keje di UAE, di sana p jalan2 shopping complex klu tak tutup aurat pun kena "saman" ... ada penguatkuasa..
alangkah indahnya klu diimplemenkan di semua negara / tempat kan... :)
nice info..semoga memberi kesedaran...
Allah itu maha pemberi nikmat,maha pengampun tp kena ingt Allah juga maha memberi azab:)
Kesedaran itu akan timbul sekiranya diperjelaskan dengan cara yang betul :)
erk~~ (tercekik sebentar)
brani juga budak tu jawap camtu~~
semoga diri ini berada dilandasan yg betul~~
tegur menegur perlu dilakukan secara diplomasi..bijak~~
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
enjin wira enjin apa lepas jpj
haih..kalau aku dengar camtu..bukan tahap panas telinga dah..mendidih & terbakar terus..
bagus artikel ni.. kalo neraka xde, dah lama aku g rompak bank.. takyah susah2 keje mkn gaji.. idup pn senang..kalau tiada neraka, hanya kejahatan amalan manusia di dunia ini….
nasib baik ustaz tu bijak...kalau aku tadi ada dah kena maki pompuan tu...huhu...
jwpn yg tepat utk soalan yg mcm tu..:)
klik HB
thanks sharing entry nie... sejuk untuk jiwa
Allah SWT maha mengetahui segala2nya isi langit dan bumi...
semoga kita semua mendapat rahmat dariNYA
perkongsian yg baik...
oh terkesan sungguh hati saye kate2 ustaz tuh, sesungguhnye Allah itu maha mengetahui segala2nye.
tabik kt ustaz tu, x melenting, dlm lembut tutur kata ada ketegasan & kata2 yg sgt mdalam :)
cekap jugak ustaz tu kaunter budak tu kan? sapa nama ustaz tu? hihi~
bagus ustaz tu bagi jawapan. padat dan boleh buat gadis tu cepat sedar..mudahan2..
penah bc psl nie, bnyk di tgampal di unisza....
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
pilihan motorsikal kupcai terbaik
eeemmmmm kalau benar memang jelas kebenarannya.... walau seribu alasan utk menutup kesalahan memang terang benda tu tak betul...
nk bls komen: tuhla..politik ngara kita tak pernah bersih kan..>.< keliru kepala nk pilih sapa tp sbg org Islam kita wajib memilih pemimpin sbb nanti kat akhirat Allah akn tnye(:
Wah...best cerita ni...
Post a Comment