Friday, April 15, 2011

Mereka Juga Punyai Hati Dan Perasaan

Senyumku tak seghairah, Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu, Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati, Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini, Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...

Tadi entah kenapa rasa sayu jer bila dengar lagu ni. Teringat kat pakcik peminta sedekah depan pintu masuk CIMB bank semalam. Itu bukan pertama kali aku melihat dia, sudah bertahun-tahun lamanya. Berbaju lusuh, berkain pelikat usang dan berkopiah. Walaupun dah acap kali terserempak tapi baru pertama kali tergerak hati untuk hulur sumbangan.

Semalam aku perhati gerak geri perilaku dia. Walaupun ramai yang keluar masuk bank tapi hanya beberapa kerat jer yang menghulurkan derma. Bila ada duit singgah ditapak tangan dia, setiap kali itu dia menadahkan tangan berdoa. Apa yang dia doakan aku tak tahu. Maybe memanjatkan kesyukuran. Ramai peminta sedekah tak merelakan diri mereka mengharapkan sumbangan orang semata-mata. Ada yang terpaksa meminta sedekah kerana kecacatan diri dan jugak kedaifan hidup.

Tetiba rasa insaf sebab kita yang sempurna dan diberi kesenangan hidup ini jarang sangat bersyukur dengan apa yang dimiliki. Yang kaya mahu lebih kaya tanpa pedulikan nasib golongan yang kurang berkemampuan. Yang berkuasa mahu lebih berkuasa walaupun terpaksa menindas golongan bawahan. Aku sendiri ada waktunya tidak bersyukur dengan rezeki kurniaan Tuhan.

14 comments:

JP Nurul said...

pak cik tu cacat ke???


sian pak cik tuh..T_T

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

huhu..blh miskin ke kita dgn bg seringgit dua pd mereka?tp dgn duit tu perut mereka blh terisi...betul kan?

Siti Fatimah Fuzz said...

anda di tag...http://eimah2328.blogspot.com/2011/04/giveaway-from-moscow-by-miszlullaby.html

azwa amani said...

tgn yg memberi lbh baik dr tgn yg menerima....... rezeki yg kita perolhi buk semua milik kita tetpi utk dikongsi bersma org lain..

gadisBunga said...

masa untuk berhenti merungut. nice entry. kipidap!

MAPPIAU said...

sesungguhnye cerita nih membuatkan saye rase bersyukur dengan ape yang dikurniakan kepada sy skang nih.

alexa yussida said...

sepatutnya kita tak berkira utk mnyumbang,stakat singgit dua apelah sangat sdangkan bnyk nikmat yg Allah bg kat kita T__T insaff..

nurHeart said...

bg yg benar2 daif kehidupannya, tpaksa menebal muka menadah tgn minta sedekah.. saye x dpt bygkan bila hidup dihimpit pilu & hiba mengenangkan nasib..

be grateful with what we have~

Cik Bidadari said...

allah... kalau jumpa lagi cubalahbagi nasi... manalah tahu dia lapar ke? kan-kan-kan

najihatussolehah said...

spatutnya kita nih b'syukur dgn apa yg kita miliki..

NOOR FATIN said...

sedihnya. kdg2 kita rasa kita la paling susah, xde duit, sbb xleh beli brg yg kita idamkan, tpi bagi diorg, dpat duit utk beli makanan utk alas perut pn dah sgt bersyukur..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
rxz 5 speed 6 speed catalyzer

kesiannya.... sedikit sebanyak bantuan kita meringankan beban mereka...


Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu (2X)

Hidup kami dalam dunia
Tak berbapa tak beribu (2X)

Aduhai insan-insani tolonglah kami (2X)

Allah akan beri rahmat
Dari dunia ke akhirat

Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu

Kalau tuan hati mulia
Bantu kami yatim piatu

Agar dapat kami rasa
Nikmat hidup di dunia (2X)

Seperti anak yang punya ibu dan bapa (2X)

Allah tidak akan lupa
Pada orang yang menderma

Kalau tuan hati mulia
Bantu kami dengan rela

♥ Mrs.Eady ♥ said...

insaf....

Ayuni said...

kt dpn bank Islam KT tu pun ader....