Friday, April 29, 2011

Saya Suka Makan Kacang Keping


Ada sesiapa suka makan kacang keping aka peanut candy or sekut kacang? (Nota: 'sekut' tu sebenarnya nama singkatan biskut). Ni salah satu dari makanan peberet aku. Kalau ada kacang keping ni, mulut rasa nak mengunyah jer. Lepas satu, satu dimasukkan dalam mulut. Paling best di makan time tgh layan movie kat komputer.

Kelmarin terbeli 1kg kat kedai sekut dgn harga 11 riyal. Tak sampai sehari dah 1/2kg selamat mendarat dalam perut aku. Kekeke... Siyes tak tahan godaan nafsu makan kalau kacang keping ni ada dlm bilik aku. Walaupun org selalu ckp makan byk kacang boleh menyebabkan muka berjerawat, tapi tak pernah pun keluar sebijik jerawat kat muka aku sepanjang mkn kacang keping ni. Ada 2 sebab kenapa aku suka makan kacang keping... 
  1. Sebab ianya diperbuat dari kacang. Of coz lah kan...
  2. Sebab bila mengunyah, akan keluar bunyi kruk krak kruk krak dalam mulut
Budak yg suka makan kacang keping. Salah satu syarat utk kahwin dengan budak ni, mestilah pandai buat kacang keping.... Hahahaha

Thursday, April 28, 2011

Interbiu, I Lap U


Next week ada interbiu lagi. Tak lah berapa happy sangat tapi tetap nak pergi walaupun jawatan yg aku apply bukanlah jawatan yg betul2 aku hendak. Rezeki jangan ditolak. Next time belum tentu lagi akan dapat panggilan interbiu yg lain. Ok, hari ahad nanti boleh try cari maklumat sikit2...

Apakebenda yg akan ditanya kali ni? Kalau bab politik, konpem aku gagal. Err..ada ke yg tanya pasal politik sbb jawatan yg aku apply ni memerlukan aku berdepan dengan kerenah rakyat jelata.

Nama menteri2 kena hafal tak? Leceh ah kalau nak hafal nama diaorang sbb aku paling bermasalah kalau bab mengingati nama2 orang ni. Lebih senang kalau tanya pasal pengalaman kerja. Sure aku boleh ceritakan dgn panjang lebar..

Wednesday, April 27, 2011

Misteri Buku Yang Hilang

Dah diceritakan dalam entry sebelumnya tentang kegilaan aku membaca apa saja jenis buku kecuali yang aku tak faham bahasanya. Semalam aku rajinkan diri mengemas balik semua buku2 yang bertimbun dalam bilik. Baru mengemas sebahagian jer dah ambil masa hampir 9 jam lebih. Rasa mcm tergeliat urat belakang bila terbongkok2 menyusun buku2 tu mengikut tajuk dan jenis buku. Bila ditimbang, amik kau!! Hampir 150kg. Agaknya kalau ditimbang semua buku2 yag ada dlm bilik, mau mencecah 400kg lebih.

Sebahagian kecil buku yang ada dalam bilik. Apasal semua komik jer? hehehe..dulu aku ni memang suka baca komik tapi sekarang kegilaan tu dah mula pudar. Jadi amik keputusan nak jual jer komik2 ni kat kengkawan.

Tapi satu misteri yang bermain dalam kepala sampai saat aku menaip entry ni, ke mana menghilangnya hampir 70 bijik buku kesayangan aku. Dah merata-rata tempat aku cari tapi tak jumpa. Siapa yg ambil sebab sepengetahuan aku, aku belum pernah dermakan buku2 tu kat sesiapa pun. Sayang lorr sbb buku tu dah takder kat pasaran sekarang.

Monday, April 25, 2011

Bila Monyet Pandai Bercinta

Bukan manusia jer yg pandai bercinta, haiwan pun pandai jugak. Kalau tak, takkan muncul istilah cinta monyet. Femes monyet ni sampai diabadikan nama spesis diaorang dalam kamus cinta manusia. Cinta monyet hanya  berputik dalam anak remaja. Lebih sinonim dengan budak2 sekolah. Tapi tak tahulah kalau2 orang dewasa atau orang tua pun ada yg masih bercinta monyet. Tak mustahil sebab dunia sekarang mmg pelik. Apa saja diluar jangkaan dan peradaban sering terjadi.

Remaja dialam persekolahan mudah jatuh cinta. Remaja ni mudah jatuh cinta. Tengok jer student pompuan yg lawa, terus rasa nak pikat. Tengok jer student lelaki yg hensem, mula ambil langkah merisik khabar. Bila dah dapat, mulalah jadi mamat dan minah jiwang. Bergayut kat telefon tak ingat dunia. Habis kat telefon, sambung pulak dengan berchatting kat internet. Tapi zaman aku dulu, just bergayut kat public phone jer sbb masa tu handphone belum femes lagi. Internet belum kenal sangat, cuma pernah dengar nama saja. Paling komang spanar kalau berjauhan, tulis surat jer bertanya khabar. Masihkah kau mengingati diriku...? Huk huk huk.. rindu punya pasal.

Cinta monyet bisanya tak kekal lama. Paling lama setakat 3-4 tahun jer pastu putus. Lepas putus, sure akan dpt penganti. Bila sebut pasal cinta monyet, terus teringat pada cinta monyet aku masa form 5 dulu. Ni semua kes terjumpa surat cinta masa mengemas rak buku tadi. Rasanya dah bertahun-tahun surat ni hilang. Rupa2 nya ada terselit dicelah2 buku. Surat ni dihantar kat aku sempena besday dia (pengirim surat ni ler) yg ke 16. Seingat aku dlm banyak2 surat yang dia kirimkan, yg ni paling best sbb diselitkan sekali gambar dia yg cun melecun. Angau sekejap masa tu lepas tgk gambar dia..hahaha. Sepanjang kenal dgn dia, selalu dia panggill aku khairul, bukan fairul. Tak kisah lah asalkan sebutannya dekat dekat nak serupa... ;p

Sudah sudah, malas nak ingat lebih2 kenangan cinta monyet ni. Tapi rasa memang tepat lah org2 dulu bagi nama cinta monyet sbb ada satu persamaan antara monyet dgn manusia. Kalau monyet pandai bergayut kat dahan pokok, manusia pulak pandai bergayut kat telefon. Betulkan kan kan kan.. Samalah mcm aku dulu, tension bergayut kat rumah, sambung pulak kat public phone. Kay ah, korang sendiri pun sure ada cinta monyet kan. Itupun kalau masa zaman sekolah dulu dah gatal gatal nak bercinta. 

Semoga sentiasa bahagia disisi keluarga dan berjaya mengapai cita-cita.. peace

Thursday, April 21, 2011

Jawapan Kepada Soalan - Cik Anita + Kella

Jawapan - Maybe ada ler yg berfikiran negatif bila melihat pompuan chubby. Pompuan chubby x comel, berlemak-lemak, kuat makan, tak berkenan nak dibuat bini dsb. Tapi ada juga yg sentiasa berfikiran positif. Pompuan ni chubby sbb sihat, subur, happy sokmo dsb. Actually susah nak baca apa yg bermain dlm fikiran seseorang lelaki bila melihat pompuan seperti ini. Lain orang lain pandangannya.

Kalau sya sendiri, neutral. Bila terlihat pompuan ni, sekadar lihat jer lah. Tak payah nak pikir apa2. Pompuan chubby pun manusia jugak, makhluk ciptaan Tuhan, ada hati dan perasaan. Tiada sesiapa yang berhak mengutuk seseorang pompuan tu kerana dia chubby. Err, cik anita terchubby ke? penetum penetum penetum tum tum tum ;p

Nota: Tapi kalau chubby pun, jgn sesekali pakai pakaian ketat. Tak lulus pada pandangan mata..

Jawapan - Extra soalan dari kella. Rasa sejuk jer tangan nak jawab pertanyaan ni. Yup, sya still single mingle triangle. Siapakah gerangan yg hendak direkomenkan itu? Ish!! malu ah nak kenal2 dgn aweks ni sbb sya byk sgt lompang sana sini. Malu semalu malunya...

Dalam menempuhi sisa-sisa hidup ini, adakalanya kita terleka dengan hal duniawi. Adalah suatu kenikmatan seandainya mendapat pasangan yg sentiasa mengingatkan kita kepada suruhan Allah s.w.t.

Wednesday, April 20, 2011

Jawapan Kepada Soalan - gadisBunga

Jawapan - Sejujurnya kalau sebut pasal nasi dagang ni, sya cuma pandai makan jer. Tak pernah praktis buat lagi walaupun dah selalu tgk bonda buat. Setakat buat acar tu terror lah. Plan nak mintak resepi dgn tok wan sebab resepinya diakui antara yg terbest di kg ladang. Tapi dia memandangkan sakit tua sekarang, tak dapat ler nak mintak resepi tu.

Actually byk resepi nasi dagang kat internet. Nampak sama tapi rasanya tak serupa. Sebab GB nak yg betul2 asli, godek punya godek terjumpa resepi klasik ni yg menjadi hidangan di istana. Yg ni untuk dimakan seramai 25 orang. Kalau untuk hidangan dlm 5 orang ke, bajet2 ler byk mana bahan2 nya. 25 bahagikan kepada 5, jawapannya 5. Cuba tanya orang2 tua, diaorang tahu mcm mana nak bahagikan bahan2 ni.

Err..teringin pulak nak rasa nasi dagang yg cik GB buat..nyummmm

Klik kat gambar untuk pembesaran maksimun atau pergi jer kat SINI


Nota: Kalau ada apa2 yg tak faham, bagitaulah.. Cetong tu maknanya pot/tin. Kat terengganu, ikan tongkol lebih femes dgn nama ikan aya. Sebaiknya guna ikan aya hitam.

Jawapan Kepada Soalan - e.l.i.z.@

Jawapan - Sebelum sya menjawabnya, terlebih dulu kena bagi pembuka kata..ekekeke

Kak e.l.i.z.@, sya dilahirkan pada 14 Disember 1981, jam 7:29 pm, di Hospital Besar Kuala Terengganu (sekarang dikenali sbg Hospital Sultanah Nur Zahirah). Tahun ni umor sya dah mencecah 3 series pun.

Choopp choopp!! tak aci tak aci. Baru 29 tahun lah sebab sekarang baru bulan april. Masih nak pakai 2 series. Hujung tahun nanti baru diguna pakai angka 3 series tu. Tapi ramai yg tak percaya bila sya bagitau umur sebenar sbb perangai kadang kala mengalahkan budak2. Biasalah, kanak2 ribena...huhuhu

Jawapan Kepada Soalan - Amirah Adnan, zacky ~786~

Jawapan - Selamat selamat...heee.. Kenapa mata hati ekk.? Actually kalau melihat melalui mata kasar, selalu sangat kita tertipu. Tapi kalau melihat mengunakan mata hati, susah utk kita tertipu.

Masa awal2 kemunculan dlm dunia blog, sya guna banyak nama termasuklah  nama ni. Adalah sekali sya bagi komen kat satu blog, kalau tak silap nama tuan punya blog tu Jessica, orang sabah. Dia cakap nama mata hati ni unik. Lepas tu sya terus jer lah guna nama ni. Tapi sekarang rasa dah kurang unik nama ni sbb ramai jugak yang guna nama serupa kat blog. So, nak singkatkan jadi MH jer..

Jawapan - Sya amik course pentadbiran perniagaan. Jawapan terpendek yang diberikan..huhuhu

Tuesday, April 19, 2011

Jawapan Kepada Soalan - Rozuan Ismail, Kak =sz=

Jawapan - Aiyakkk!!!! Soalan paling susah nak bagi dijawab..huhu. Soalan ni memang selalu ditanya oleh kawan2 dan sedara mara sejak bertahun2 lamanya. Actually, cuma boleh cakap.. "Coming Soon". hahaha.. Siyes tak pernah tetapkan jangka waktu bila nak kahwin sbb lom ada calon. Gelpren pun takder..kekeke. So, tunggu jer lah kad kahwin ditampal kat blog ni bila dah sampai masanya nanti..

Jawapan - Pening jugak nak pikirkan jawapan memenuhi kriteria yg ditetapkan ni. Silap bagi jawapan, terus kena potong markah.. hahaha.. ;p

Sya buat pjj (perkahwinan jarak jauh) kat open university start bulan september 2006. Amik course pentadbiran perniagaan. Sya belum lagi sampai tahap buat master. Degree pun belum dapat. Still dalam pengajian tapi tak tahulah bila nak habis sebab asyik tangguh tangguh tangguh. Tu ler kerjanya sejak bertahun2 lamanya sampai dah fed up pihak U nak memujuk. Diaorang bagi tempoh 6 tahun utk tamatkan pengajian. Sekarang dah tahun 2011. Mission impossible...

Dulu alasan sibuk dgn kerja, sekarang tak leh pakai dah alasan tu. Kalau cakap mim alif lam sin lagi tepat...heeee. Actually semangat nak habiskan study dah mcm air suam. Sikit jer lagi nak jadi air sejuk.  Ahaks!!!

Jawapan Kepada Soalan - azwa_amani, Lydia Miza

Jawapan - Takder gedik-gediknya tanya soalan macam ni. Lagi pun sya dah bagitau akan jawab apa saja soalan yang ditujukan. Of coz sya takkan abaikan..kan kan kan... Ok, sya suka jer blog amani. Lagi pun isi kandungan blog amani banyak menyeru ke arah kebaikan. Sya suka suka suka sangat membacanya. Tapi sekarang sya jarang terjah selalu blog amani sbb kebizian melanda. Tapi dalam seminggu sya tetap akan jenguk jugak sekali 2 secara silent reader...

Jawapan - Yup, sya duk area Kuala Terengganu. Memang dekat sangat dengan pantai Batu Buruk. Adalah dalam 8km jaraknya. Tapi rumah tok wan sya lagi dekat dengan pantai tu. Tak sampai 100 meter pun..huhuhu..

Oh, plan nak buat gath ke? Hmm..bila tu ekk? Boleh jer sya join tapi kena habaq awal ler tarikh tu. Boleh sya freekan diri untuk join sekali gath tu. Nanti kita ramai2 boleh bersuai kenal kat gath. Tapi nak bagitau ni.. sya  pemalu kucing sikit orangnya...meowww...!!! Jadi sudi2 lah tegur kalau ternampak kelibat sya. Btw, thanks yer kerana sudi membuat entry khusus pasal ikan tuh.. Heee

Nota: Jawapan untuk soalan2 lain akan menyusul kemudian... ;p

You Ask, I Answer


Dalam kepala kosong jer, takder idea yang timbul. Actually aku almost fail utk dapatkan apa yang dihajatkan. So, bila semangat dah kian luntur seperti direndam dalam clorox, idea untuk menulis pun dah kering seperti dijemur tengah panas. Sementara menanti idea segar semula, aku pinjam ler idea seseorang untuk buat entry ni dgn permission dia. Kan kan kan.. kak =sz=. heeeeee

Ok, kalau dalam entry2 sebelumnya tuan blog jarang menjawab apa yang ditanya. So, sekarang korang tanyalah apa2 saja dan seberapa banyak mana pun kalau nak tahu pasal tuan blog dan yg bersangkut paut dengannya. Insyaallah, semua persoalan akan dijawab dan bebas dari sebarang tapisan. Tarikh tutup bila tuan blog dah pengsan mengarang jawapan korang.. huu

Kaunter Pertanyaan Ditutup Pada 
19 April 2011, Jam 12:00 T/Hari

Friday, April 15, 2011

Mereka Juga Punyai Hati Dan Perasaan

Senyumku tak seghairah, Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu, Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati, Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini, Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...

Tadi entah kenapa rasa sayu jer bila dengar lagu ni. Teringat kat pakcik peminta sedekah depan pintu masuk CIMB bank semalam. Itu bukan pertama kali aku melihat dia, sudah bertahun-tahun lamanya. Berbaju lusuh, berkain pelikat usang dan berkopiah. Walaupun dah acap kali terserempak tapi baru pertama kali tergerak hati untuk hulur sumbangan.

Semalam aku perhati gerak geri perilaku dia. Walaupun ramai yang keluar masuk bank tapi hanya beberapa kerat jer yang menghulurkan derma. Bila ada duit singgah ditapak tangan dia, setiap kali itu dia menadahkan tangan berdoa. Apa yang dia doakan aku tak tahu. Maybe memanjatkan kesyukuran. Ramai peminta sedekah tak merelakan diri mereka mengharapkan sumbangan orang semata-mata. Ada yang terpaksa meminta sedekah kerana kecacatan diri dan jugak kedaifan hidup.

Tetiba rasa insaf sebab kita yang sempurna dan diberi kesenangan hidup ini jarang sangat bersyukur dengan apa yang dimiliki. Yang kaya mahu lebih kaya tanpa pedulikan nasib golongan yang kurang berkemampuan. Yang berkuasa mahu lebih berkuasa walaupun terpaksa menindas golongan bawahan. Aku sendiri ada waktunya tidak bersyukur dengan rezeki kurniaan Tuhan.

Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum..

Rajinkan diri jenguk blog sebentar. Banyak betul komen yang menunggu masa untuk aku publishkan. Terpaksa buat macam tu untuk entry yang berusia 2 hari ke atas sebab tak mahu nanti terlepas pandang komen2 yang korang coretkan. Kalau ada komen2 korang yang aku tak reply balik kat entry tersebut, sorry sesangat sebab aku jarang jenguk blog setiap hari. Selalunya aku online kat fesbuk jer. Itu pun bukan setiap masa aku green light.

Bila dah banyak komen kat entry, rasa malas sikit nak reply. Tapi aku tak lupa untuk membalas balik kunjungan korang. Insyaallah, aku sedaya mungkin akan meninggalkan komen kat latest entry di blog korang. Tanpa korang, blog ni pasti lagi sunyi.. Sebelum aku letak titik noktah untuk entry ringkas kali ni, renung2 kan lah kata-kata dibawah...

Lahirnya insan ke dunia disambut dengan alunan azan, manakala perginya insan diiringi solat. Singkatnya hidup ini kerana jaraknya cuma di antara azan dan solat...

Monday, April 11, 2011

Kalau Tuhan Itu Baik, Kenapa Dicipta Neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

dicopy dari Sini

Friday, April 08, 2011

Telur Asli vs Telur Tiruan


1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Semoga takder sesaper yang termakan telur made in china. Kalu terjumpa kat mana-mana kedai atau pasaraya, sila maklumkan kepada pihak berkuasa. Ok ok ok... Nak sambung buat kerja memeningkan kepala....

Tuesday, April 05, 2011

Update Situasi Terkini

4 hari tanpa update. Dah hampir beku blog ni.. heeee

Actually, sekarang tengah pening kepala nak dapatkan dana tambahan sebelum awal bulan may. Nampak masih jauh lagi tapi sebenarnya masa yang ada terlalu singkat. Bila kita mengejar masa, terasa masa berlalu dengan cepat. Tak perlu rasanya nak explain panjang lebar tentang dana tu sebab confirm aku tak reti nak habaq macam mana. Better diamkan jer lah. Semalam 2 orang dah bagi respon tapi belum ada kata putus samada diaorang berminat atau tak.

Dah jangka sejak akhir tahun lepas, saat-saat genting ni pasti akan datang jugak. So so so, selagi belum berjaya dapatkan dana tu, selagi tu la aku rasa tak senang duduk. Bangun pagi dah pikirkan pasal hal ni. Sebelum tidur pun tangan landing atas dahi pikirkan pasal hal ni. Tension, blurr.. Kalau boleh larikan diri dah lama aku buat macam tu tapi cara ni takkan selesaikan masalah. Sometimes rasa nak nangis jer, nak give up bila terpaksa tempuhi ni sorang diri. Tak tahu nak mengadu kat saper. Tapi aku teringat pesan bonda, orang lelaki kena kuat untuk tempuhi segala cabaran. Apa yang aku mulakan, mesti aku tamatkan sendiri. Apa yang aku buat, aku akan buat sampai habis.

Sekarang aku tak leh nak jenguk2 selalu blog ni dan jugak blog kengkawan. Situasi sekarang terlalu genting untuk aku. Aku tak boleh nak tumpukan kepada hal lain selain dari hal ni. Kalau gagal, apa yang aku dah mulakan sejak bertahun-tahun lamanya akan beku dalam sekelip mata. Kalau berjaya, itu detik paling manis dalam kerjaya dan hidup.

Sampai jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum...

Friday, April 01, 2011

Doa Untuk Anak Dengar Kata

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -
 "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati.

Artikel di atas dicopy dari SINI

Lelaki Dan Perempuan Perlu Tahu

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Artikel di atas dicopy dari SINI